Masyarakat kini sudah mula dilihat terbiasa dengan norma baharu yang dikperkenalkan. Meskipun agak sukar mengikut segala SOP yang ditetapkan, masyarakat perlu sentiasa peka dengan aspek yang telah dititikberatkan agar dapat dijauhi dengan wabak yang semakin mengganas ini.
Pusat keagamaan seperti masjid juga telah ditetapkan SOP buat jemaah yang hadir.
Namun melalui perkongsian wanita ini, dia agak terkilan dengan pihak masjid di kawasan persinggahan tersebut apabila tidak membenarkan anaknya masuk ke dalam ruangan solat masjid.
OKAY nak cerita sikitlah. Tadi singgah satu masjid ini untuk solat Jamak Maghrib + Isyak. Dah pesan anak-anak tak perlu masuk di ruangan solat utama yang berkapet itu, memadai solat di bahagian luar, tepi-tepi kaki lima je. Kita musafir.
Selepas solat, terus cari budak-budak ini tak jumpa. Rupanya si bongsu kena marah, sebab budak tak boleh masuk dalam ruangan solat masjid. Itu SOP kata pakcik masjid. Last-last nampak dia solat seorang diri di kaki lima pintu keluar toilet.
Nak ditinggalkan dalam kereta seorang, tempat parking itu gelap. Nak beritahu tak payah solat, macam rasa tak betul pula aku ni jadi.
Kalau ye pun SOP, rasanya mungkin boleh dipertimbangkan. Bagilah budak tu solat di bahagian kaki lima dalam ruangan solat jadi la.
Meskipun turut geram dengan insiden itu, ada netizen yang menasihatkannya usah diperbesarkan hal itu dan menganggap ia sebahagian daripada ujian.
Tetapi bagi KhyrulFaiza, dia tidak bersetuju.
"Sorry, akak tak setuju SOP macam ni sebab waktu dah malam. Macam mana nak biarkan budak seorang-seorang duduk luar? Hujan pula tu, hanya semata-mata ikut SOP?
"Kalau standard SOP, semua tempat sama tak apa. Kita faham dan kita boleh adjust macam mana nak solat. Masjid lain tak macam ni," katanya.
Rata-rata netizen bersetuju, SOP perlu dipatuhi tetapi pihak masjid juga wajar menangani situasi itu menggunakan budi bicara.
Sumber: KhyrulFaiza Amdan
from The Reporter https://ift.tt/2RRO3Ok
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment