Ramai yang menganggap pengasas perniagaan Hot Burger itu berani, meskipun tindakannya itu boleh memudaratkan keselamatan diri dan keluarga kerana pada awal pendedahannya itu lagi, dia menerima maklumat bahawa ada pihak yang tidak berpuas hati dengannya.
Namun dalam kenyataan yang dikeluarkannya baru-baru ini mengundang kontroversi terutamanya golongan anggota polis dan tentera.
Berikut kenyataan Asri dalam video viral di media sosial.
"Kebanyakan yang masuk jadi polis, jadi tentera ini tidak jaga solat. Terlalu mudah, cair, cepat. Hisap rokok, tak jaga sembahyang.
"Cuba tanya anggota polis, subuh sembahyang tak? Bila last bawa isteri sembahyang subuh? Pernah tak tanya anak apa itu syahadah? Bermakna sebenarnya segala kuncinya," katanya dalam satu forum anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Di media sosial, ada netizen yang mendakwa menjumpai rekod lampau Asri termasuk rekod jenayah memukul isteri, selain rekod ugutan jenayah dan seleweng wang syarikat.
Netizen berkata, "Mula-mula aku sokong juga apa yang dia lakukan. Tapi bila dah jadi macam ni, rasa-rasa macam ada something je dengan dia ni.
"Tak payah cakap polis dan ATM la, orang yang kerja lain dan yang tak ada kerja pun belum tentu solat. Solat ini bergantung pada individu itu sendiri bukan pada kerjaya seseorang.
"Jangan libatkan agama la dan ada juga aku terbaca komen yang dia ni pernah ada kes pukul bini, Kalau betul kes tu, kau pun tak berapa bagus. Pastu kau nak hina orang lain. Dah merepek sangat kau ni. Acah-acah suci tapi macam musibat."
"Buat masa ini, keadaan saya amat tertekan dengan apa yang berlaku. Buat masa ini, saya belum bersedia bertemu dengan media," katanya.
Asri dijangka akan membuat siaran langsung bersama (PPIM) pada jam 2 petang hari ini.
Sumber: Harian Metro, Suara TV, Komen Netizen Dari Facebook
from The Reporter https://ift.tt/2DVjdkd
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment