Home » , » Budak 2 tahun maut, tertinggal dalam van selama 7 jam

Budak 2 tahun maut, tertinggal dalam van selama 7 jam

shamsulazlan | 20:24 | 0 comments


Seorang pemandu bas van dan guru di wilayah Nakhon Si Thammarat, Thailand, didakwa atas kecuaian sehingga menyebabkan kanak-kanak lelaki berusia dua tahun tertinggal dalam van selama tujuh jam pada 11 Ogos lalu dan disahkan meninggal dunia di hospital. 

Menurut polis, pemandu van dan guru yang bertanggungjawab menghantar mangsa pulang ke rumahnya dari pusat jagaan kanak-kanak di daerah Kathoon, telah tampil menyerah diri. 

Kejadian itu berlaku di Pusat Perkembangan Kanak-Kanak Wat Simaram. Mangsa, Kong Bin, ditemui tidak sedarkan diri di tempat duduk belakang van dalam keadaan mulutnya ternganga. 

Mangsa dikejarkan ke hospital dan tidak beberapa lama selepas itu mengalami koma. 

Doktor berkata, otak Kong Bin bengkak dan mangsa tidak memberi sebarang reaksi kepada rawatan selama beberapa hari sebelum disahkan meninggal dunia pada 15 Ogos. 

Ekoran kejadian itu, pemandu van dan guru terbabit didakwa melakukan kecuaian sehingga meragut nyawa mangsa. 

Kedua-dua tertuduh itu kini berdepan dengan hukuman penjara selama 10 tahun dan denda 200,000 Baht (RM27,000), atau kedua-duanya sekali. 

Kedua-duanya mengaku bersalah di atas pertuduhan itu dan dibenarkan diikat jamin sementara menunggu proses perbicaraan. 

Sumber: Asia One



from The Reporter https://ift.tt/323HJrA
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger