Remaja lelaki dibakar rakan kerana dituduh mencuri RM100

shamsulazlan | 19:22 | 0 comments



Seorang remaja berusia 15 tahun dilaporkan melecur di bahagian leher dan badan selepas dibakar oleh rakan dalam kejadian di Perasing Jaya, Jabor, Kemaman, Jumaat lalu, 22 Julai 2022. 


Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, mangsa pulang ke rumah pada jam 3 pagi untuk meminta pertolongan dari keluarganya. 


Mangsa menangis menahan kesakitan menceritakan kepada bapanya bahawa dia telah dibakar oleh rakannya sehingga melecur dari bahagian leher hingga ke belakang. 


Siasatan awal polis mendapati, mangsa dibakar kerana dituuh mencuri wang rakannya berjumlah RM100. Mangsa disimbah dengan cecair dipercayai petrol sebelum dicucuh api yang menyebabkan badannya melecur. 


Mangsa kini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan, Pahang.


Susulan dari kejadian itu, polis telah menahan suspek berusia 28 tahun pada Sabtu di kediamannya. Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine, selain mempunyai empat rekod lampau berkaitan dadah. 


Lima lagi suspek berusia 18 hingga 25 tahun disyaki terbabit dalam kejadian itu turut ditahan.


Kesemua suspek direman selama enam hari untuk siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/l1OPeYA
via IFTTT

No telefon Zalina kali terakhir aktif pada 20 November, polis giat kesan pekerja pengubahsuaian rumah

shamsulazlan | 02:22 | 0 comments



Dalam perkembangan terkini kes kehilangan bekas personaliti TV3, Zalina Azman, polis mengesahkan kali terakhir nombor telefon bimbitnya aktif adalah pada 20 November 2021, iaitu empat hari sebelum anak lelakinya cuba menghubungi wanita itu. 


Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan Zalina mungkin hilang lebih awal dari tarikh yang dilaporkan. 


"Kalau anaknya tidak cuba telefon, kita pun tidak tahu dia hilang. Berkemungkinan Zalina sudah hilang lebih awal, tapi tidaklah awal sangat sebab kita dah semak dan pada 20 November didapati telefon dimatikan (tiada rekod panggilan keluar atau masuk). 


"Sama ada kerana sudah kehabisan bateri, itu kita tidak dapat pastikan," katanya. 


Sementara itu, pemeriksaan dalam rumah Zalina mendapati, keadaan dalam kediaman itu tidak tersusun disebabkan ia dalam proses pengubahsuaian menjadi sebuah galeri. 




Polis kini sedang mengesan pekerja pengubahsuaian untuk membantu siasatan berhubung kes kehilangan Zalina. 


"Kita masih jalankan siasatan, kini sedang mengesan pekerja-pekerja yang terlibat dalam pengubahsuaian kediaman itu yang mungkin boleh membantu siasatan," katanya. 


Sebelum ini, jirannya, Mohammad Bokhari Shariff, 76, memaklumkan kerja-kerja pengubahsuaian di rumah Zalina terhenti beberapa bulan sebelum dia dilaporkan hilang. 


Polis percaya, Zalina masih berada di dalam negara berikutan tiada rekod pergerakan keluar masuk yang dikesan pihak berkuasa setakat ini. 


Sumber: Bernama



from The Reporter https://ift.tt/Jhdl2g4
via IFTTT

Owner Crackhouse Comedy Club didakwa atas 3 pertuduhan muat naik video untuk sakitkan hati orang (perkauman)

shamsulazlan | 02:22 | 0 comments



Pengasas dan pemilik bersama Crackhouse Comedy Club, Rizan Van Geyzel, hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan memuat naik video di tiga platform media sosial yang menyentuh isu sensitiviti perkauman. 


Orang kena saman (OKS), Mohamad Rizal Johan Van Geyzel, 39, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan tersebut dibaca di hadapan Hakim Nor Hasniah Ab Razak. 


OKS didakwa memuat naik video tersebut di Facebook, Instagram dan TikTok miliknya pada 4, 5 dan 6 Julai lalu dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain. 


Untuk kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda RM50,000 dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap kesalahan itu diteruskan selepas sabitan. 


Timbalan Pendakwa Raya Noor Haslinda Che Seman tidak menawarkan jaminan kerana kes itu membabitkan isu serius yang menyentuh sensitiviti perkauman. Namun, pihaknya menawarkan jaminan RM30,000 bagi setiap pertuduhan itu jika mahkamah memutuskan untuk membenarkan OKS dijamin. 


Peguam OKS, Ramkarpal Singh memohon mahkamah membenarkan anak guamnya dijamin RM2,000 bagi setiap pertuduhan dengan alasan anak OKS menghidap dyslexia selain bapanya juga menghidap kanser. 


Hakim kemudian membenarkan OKS dijamin RM12,000 bagi semua pertuduhan dan memerintahkannya menyerahkan pasport kepada mahkamah. 


OKS juga diperintah untuk tidak membuat sebarang hantaran dan mengeluarkan komen di media sosial berhubung kes itu. 19 Ogos ini ditetapkan sebagai tarikh sebutan kes. 


OKS kemudian membayar wang jaminan berkenaan. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/ScQxOk3
via IFTTT

(Video) 'Korang rasa diorang berkawan ke?' - TikTokers rakam anggota MPV disyaki terima suapan, polis minta tampil untuk bantu siasatan

shamsulazlan | 23:22 | 0 comments

Foto dari video tular di TikTok @Stickerpro_my


Tular video di media sosial di mana seorang pengguna TikTok, @stickerpro_my, yang mendakwa ternampak sebuah Kereta Peronda Polis (MPV) disyaki mengambil suapan berdekatan stesen minyak. 


Individu terbabit sempat membuat rakaman video dan menularkannya di laman TikTok dengan kapsyen yang mengajak netizen menilai, apa yang sedang dilakukan oleh anggota MPV berkenaan. 


"Pemandu Hilux ini ditahan polis di lebuh raya. Pemandu itu kemudian datang ke stesen minyak dan lebih mengejutkan, kereta MPV itu juga berada di situ. 


"Tidak beberapa lama kemudian, dia (pemandu Hilux) berjalan menuju ke arah kereta peronda. Saya rasa mereka berkawan, berbual seketika sebelum mengucapkan selamat tinggal. 


"Korang rasa diorang berkawan ke?" kata @Stickerpro_my. 


@stickerpro_my Tiktok pls dont delete this again 😉, repost punyer... #fyp #tiktokmalaysia #peaceandlove #viral #malaysiaroar ♬ Ambition For Cash - Key Glock


Di ruangan komen, netizen berkongsi pelbagai pandangan. Ada yang mendakwa mungkin anggota berkenaan meminta tolong rakannya mengambil wang di mesin ATM stesen minyak itu. 


Susulan penularan video itu, Ketua Polis Daerah Bricksfield, Amihizam Abdul Shukor, meminta pemilik akaun TikTok Stickerpro_my tampil untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan. 


"Hasil siasatan serta penelitian awal terhadap klip video berkenaan mendapati, kejadian berkenaan mungkin berlaku di Stesen Minyak Shell Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban, menghala ke pusat bandar berhampiran pintu gerbang sempadan Kuala Lumpur - Selangor. 


"Usaha untuk mengesan serta mengambil keterangan pemilik akaun TikTok berkenaan sedang dijalankan bagi membantu siasatan. 


"Pihak polis menyeru pemilik akaun TikTok tersebut mahupun orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan tarikh dan masa kejadian serta nombor pendaftaran Kereta Peronda Polis berkenaan untuk tampil ke hadapan," katanya. 


Mana-mana individu yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Balai Polis Brickfields di talian 03-22979222 atau mana-mana balai polis yang berdekatan. 



from The Reporter https://ift.tt/MgKaZTL
via IFTTT

(Video) 'Diam! Boleh pun telan, pastu makan macam anjing!' - Wanita pukul budak 5 tahun sebab tak nak makan

shamsulazlan | 22:22 | 0 comments



Sedang tular di media sosial video menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dipukul menggunakan penyapu oleh wanita yang dipercayai ibunya di sebuah kediaman di Eco Majestic, Semenyih, Selangor.


Berdasarkan video tersebut, wanita berkenaan memaksa anaknya makan dan sesekali memberi amaran kepadanya berhenti menangis dan tidak menumpahkan makanan atau dia akan dipukul. 


Namun, apakan daya mangsa yang ketakutan dan tidak memahami arahan tersebut menangis berterusan sebelum si ibu memaksa mangsa menutup mulut menggunakan batang penyapu.



Keengganan mangsa untuk mengunyah makanan diberi menyebabkan dia dipukul oleh ibunya di kedua belah tangannya dan muka.


Kejadian itu turut disaksikan oleh seorang lagi wanita dipercayai warga emas yang duduk di hadapan kanak-kanak terbabit. Namun, dia tidak melakukan apa-apa untuk menghalang si ibu dari terus memukul mangsa. 


Dalam video kedua pula menunjukkan, mangsa dipukul menggunakan penyangkut pakaian sehingga meninggalkan kesan birat, lebam dan bengkak di bahagian muka, tangan dan kakinya serta belakang badannya.



Difahamkan, laporan polis telah dibuat dan suspek telah ditahan polis untuk tindakan lanjut.



from The Reporter https://ift.tt/560QlVo
via IFTTT

'Yabbedabbedoo!' - Warga Putrajaya bertuah, bakal nikmati harga ayam murah bermula 1 Ogos

shamsulazlan | 21:22 | 0 comments



Warga Putrajaya akan dapat membeli ayam standard pada harga RM8.50 sekilogram, lebih rendah daripada harga siling RM9.40 sekarang, bermula 1 Ogos ini melalui program Jualan Rakyat MyGrocer@Wilayah di semua pasar awam di Putrajaya.


Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata bagi menjayakan inisiatif tersebut, sebuah pusat penyembelihan ayam diwujudkan di Presint 20 bagi membolehkan ayam disembelih di Putrajaya.


"Kami guna gudang sedia ada di kawasan itu (Presint 20) sebagai pusat penyembelihan," katanya kepada pemberita selepas majlis prapelancaran Festival Bunga dan Taman Floria Diraja Putrajaya 2022 di sini hari ini.


Jualan Rakyat MyGrocer@Wilayah itu telah dilaksanakan di Kuala Lumpur dan Labuan pada 14 Julai lepas, dengan menawarkan barangan keperluan asas dan makanan kering secara terus daripada pembekal ke kawasan perumahan, manakala di Labuan, program itu dilaksana melalui peruncit yang dikenal pasti Perbadanan Labuan.


Mengenai Festival Bunga dan Taman Floria Diraja Putrajaya 2022, Shahidan berkata pihaknya menyasarkan 500,000 pengunjung berbanding 150,000 pada 2019 untuk menghadiri festival edisi ke-12 itu, bermula 29 Ogos hingga 4 Sept di Anjung Floria, Presint 4 di sini.


Bertemakan 'Floria Hebat' beliau berkata kira-kira 400,000 bunga dan tumbuhan pelbagai spesies dari dalam dan luar negara akan dipamerkan sepanjang penganjuran festival itu.


Katanya penganjuran festival itu bertepatan dengan matlamat perancangan dan pembangunan pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan sebagai bandar raya pintar dalam taman yang menggabungkan elemen moden serta alam semula jadi dihiasi kepelbagaian flora yang berwarna-warni.


"Setelah dua tahun tidak diadakan kerana pandemik COVID-19, penganjuran kali ini jelas mengembalikan keceriaan kerana festival ini ada peminatnya tersendiri," katanya.


Festival tahunan itu merupakan anjuran Perbadanan Putrajaya dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sempena sambutan Jubli Perak Putrajaya ke-25 tahun dan sambutan Hari Kebangsaan ke-65.


Sumber: Bernama



from The Reporter https://ift.tt/3xcjAPT
via IFTTT

'Sebenarnya video itu diupload untuk diri saya sendiri' - Gagal bayar denda RM50,000, Mohd Nor'muzil dipenjara 6 bulan

shamsulazlan | 20:22 | 0 comments

Foto Kosmo Online


Mohd Nor'muzil Mohd Razalli yang didakwa menghina agama Islam dilaporkan gagal membayar denda RM50,000 terpaksa menjalani hukuman penjara selama enam bulan. 


Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Sepang, Wan Kamarul Azran Wan Yusof, semalam dan Mohd Nor'muzil telah dibawa ke Penjara kajang untuk menjalani hukuman tersebut. 


Mahkamah Sesyen Sepang semalam menjatuhkan hukuman denda RM50,000 terhadap Mohd Nor'muzil, dan turut memerintahkan lelaki itu dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda. 


Berdasarkan pertuduhan, Mohd Nor'muzil memuat naik video dirinya menghina agama Islam di YouTube dengan niat menyakitkan hati orang lain di hadapat Shell Cyberjaya pada jam 11.15 malam, 16 Julai lalu. 


Akibat dari perbuatannya itu, dia dibelasah oleh sekumpulan lelaki yang tidak berpuas hati dengan tindakan biadabnya sehingga mengalami kecederaan di bahagian muka sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. 


Lapor Sinar Harian, Mohd Nor'muzil mengaku secara sedar membuat video tersebut dan dimuat naik ke YouTube hanya untuk dirinya sahaja. 


"Sebenarnya video itu diupload untuk diri saya sendiri. Saya mengaku bersalah," katanya. 


Sedangkan sebelum ini, Mohd Nor'muzil sebelum ini kerap memuat naik video ceramah agama dan kisah-kisah Nabi di saluran YouTube miliknya. 


Sumber: Sinar Harian



from The Reporter https://ift.tt/8t2M6vg
via IFTTT
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger