Artis lelaki 80-an ditahan kerana disyaki lakukan amang seksual fizikal terhadap remaja perempuan

shamsulazlan | 02:22 | 0 comments


Polis menahan seorang artis lelaki tahun 80-an kerana disyaki melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan semenjak Ogos 2020. 


Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Ab Khalid Othman mengesahkan pihaknya ada menerima laporan berhubungan kejadian itu pada 21 Julai 2021. 


Menurut Ab Khalid, kejadian itu membabitkan mangsa berusia 14 tahun di rumah kawan ibunya di sebuah kondominium di Puchong Prima yang membabitkan suspek yang dikenali sebagai 'atok' berusia 65 tahun. 


Dua lagi kejadian amang seksual fizikal dilakukan suspek terhadap mangsa yang masih bersekolah di Tingkatan Dua di sebuah sekolah menengah di Puchong pada Oktober dan November 2020.


"Kedua-dua kejadian itu berlaku di rumah suspek di Puchong. Perkara itu sekali lagi berlaku pada Januari lalu. Disebabkan takut, pengadu hanya mendiamkan diri sebelum ini," katanya. 


Bertindak di atas laporan itu, polis telah menahan suspek pada 21 Julai 2021, tetapi dibebaskan dengan jaminan polis kerana suspek menghidap penyakit jantung. 


Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/3zynHVm
via IFTTT

Remaja dirogol pembekal sate berulang kali, ibu saudaranya tahu tetapi enggan peduli

shamsulazlan | 22:22 | 0 comments


Seorang remaja berusia 18 tahun tampil membuat laporan polis pada Ahad, 25 Julai 2021, mendakwa dia telah dirogol oleh pembekal sate yang juga merupakan bapa saudaranya. 


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Melaka, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, mangsa yang kehilangan ibunya sejak berusia 10 tahun telah dijaga oleh ibu saudaranya. 


Berdasarkan laporan yang dibuat mangsa, dia telah dirogol sejak Oktober 2018 di rumah mereka di Alor Gajah. Kejadian itu turut diketahui oleh ibu saudaranya yang juga isteri kepada suspek. 


Difahamkan pada hari kejadian iaitu Oktober jam 5 pagi, mangsa telah dipanggil oleh ibu saudaranya untuk masuk ke bilik dan diperiksa sama ada dia masih dara atau tidak. Selepas itu, wanita berkenaan menyuruh mangsa melakukan hubungan seks dengan suaminya. 


Sejak dari itu, mangsa dirogol berulang kali oleh suspek dan isteri suspek langsung tidak mempedulikan hal itu. Tidak tahan diperlakukan seperti itu, mangsa tampil membuat laporan polis. 


Bertindak di atas laporan tersebut, isteri suspek berusia 37 tahun telah ditahan pada hari yang sama, manakala suaminya berusia 39 tahun ditahan pada 22 Julai jam 6 petang dan direman sehingga 29 Julai untuk disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/3iSUQEG
via IFTTT

(Video) 'Kau apahal?! Aku langgar kau ke?! Pu***** kau la!' - Rider Grab Food tak puas hati ditegur langgar lampu isyarat merah

shamsulazlan | 21:22 | 0 comments


"Kau apa hal?! Sekarang aku tanya kau, aku langgar kau ke?!" jerit seorang lelaki yang juga penghantar makanan tidak berpuas hati dengan tindakan seorang pemandu membunyikan hon terhadapnya. 


Video berdurasi 50 saat yang viral di media sosial menunjukkan pertengkaran di antara penghantar makanan dengan pemandu kereta dalam kejadian yang berlaku pada jam 4.30 petang (tidak dinyatakan tarikh) persimpangan lampu isyarat berdekatan Impiana Hotel KLCC. 


Menurut pengadu yang dikenali sebagai Joe Azman berkata, ketika dia sedang menunggu di persimpangan lampu isyarat, lelaki terbabit telah datang dan melanggar lampu isyarat merah. Tindakan lelaki itu membuatkan Joe terus membunyikan hon bagi menegurkan perbuatannya yang tidak bertanggungjawab. 


"Saya menunggu lampu merah dan di sebelah kiri ada bas Rapid KL. Rider motor ini datang mencelah di tengah dan melanggar lampu merah. Saya bunyikan hon sedikit saja kerana dia telah melanggar lampu merah. 


"Setelah dia mendengar bunyi hon kereta saya, dia memberhentikan motosikalnya di hadapan di tengah jalan dan U-Turn untuk menunggu saya. Semasa saya lalu di sebelah, dia mengajak saya bergaduh dan berhenti di tepi kerana tidak berpuas hati dengan tindakan saya yang menegur kesalahannya. Dia cuba menendang dan membuka pintu kereta saya.


"Di depan Avenue K persimpangan lampu isyarat, saya berhenti dan dia sekali lagi cuba membuka pintu kereta untuk ajak bergaduh. Saya terus pergi ke Balai Polis Jalan Tun Razak dan sekali lagi di depan balai dia halang laluan kereta saya. 


"Selepas saya turun dari kereta untuk membuat laporan polis, dia mengugut saya untuk memadamkan video tersebut. Tetapi saya teruskan dengan membuat laporan," katanya. 



Sumber: Joe Azman



from The Reporter https://ift.tt/3eWR9ML
via IFTTT

(Video) 'Rina Harun dah tinggalkan majlis' - Polis siasat video viral sekumpulan wanita berjoget di Majlis Bersatu

shamsulazlan | 21:22 | 0 comments


Tular di media sosial video sekumpulan wanita menari sakan di sebuah dewan tanpa memakai pelitup muka dan tidak mengamalkan penjarakan sosial, jelas sekali telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 


Dalam video itu turut menunjukkan wajah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun, pada gambar latar di pentas. 


Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, video berdurasi 1 minit 34 saat itu dipercayai berlaku di sebuah dewan di Shah Alam pada April lalu ketika negara sedang dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). 


Baharudin juga mengesahkan pihaknya menerima satu laporan polis mengenai video tular itu dan pihaknya sedang menjalankan siasatan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 17 P.U (A) 225/2021 (Melanggar SOP PKP) yang memperuntukan kompaun sebanyak RM2,000 ke atas individu dan RM10,000 terhadap penganjur jika sabit kesalahan. 



Sementara itu, salah seorang pegawai menteri berkata, Rina telah meninggalkan majlis tersebut (Bersatu) selepas merasmikan majlis itu. Namun pegawai berkenaan tidak pasti sama ada insiden itu berlaku sebelum atau sesudah masjlis. 


"Mungkin sebelum atau sesudah majlis itu. Tapi dia tidak ada ketika perkara itu terjadi. Dia tidak terlibat dalam apa jua keadaan pun," katanya. 


Sumber: Harian Metro, MalaysiaKini



from The Reporter https://ift.tt/3zBzguO
via IFTTT

Remaja buat content TikTok 'Challenge Malaikat Maut' mati dilanggar lori

shamsulazlan | 20:22 | 0 comments


Baru-baru ini viral video di media sosial Indonesia menunjukkan sekumpulan remaja lelaki sanggup membahayakan diri dengan melakukan 'Challenge Malaikat Maut' yang sedang trending aplikasi TikTok. 


Bagi mereka yang menyertai cabaran itu, mereka perlu berdiri di laluan kenderaan yang sedang bergerak dalam percubaan melakukan prank terhadap pemandunya sebelum segera beralih bagi mengelakkan diri dilanggar. 


Cabaran itu dianggap berjaya sekiranya kenderaan tersebut sempat berhenti tanpa menyebabkan kemalangan jiwa. Namun, perbuatan itu jelas sekali berbahaya dan dalam kejadian yang berlaku pada 11 Julai 2021 seorang remaja lelaki maut ketika melakukan cabaran tersebut di Daerah Cikarang Utara, Bekasi.


Lapor CNN Indonesia, sekumpulan remaja lelaki telah menyertai cabaran itu. Malangnya pemandu lori tidak sempat menghentikan kenderaannya lalu melanggar tiga daripada lapan remaja yang terlibat. Salah seorang mangsa berusia 13 tahun yang dikenali sebagai FA maut di tempat kejadian, manakala salah seorang lagi mengalami kecederaan parah dan sedang menjalani rawatan di hospital. 


Ketua Polis Trafik Bekasi, Komisioner Argo Wiyono berkata, siasatan awal mendapati ini bukan kali pertama mangsa melakukan aksi berbahaya itu semata-mata untuk menarik perhatian netizen di media sosial. Salah seorang rakannya berkata, FA kerap melakukan content seperti itu kerana mahu videonya viral dan menjadi popular. 


Polis juga telah membuka kertas siasatan berhubung kejadian tersebut, termasuk mengesan pemandu lori terbabit. Argo berkata, pemandu lori itu adalah suspek dalam kes tersebut kerana dia bertindak melarikan diri selepas kejadian itu. 


Sementara itu, Pakar Psikologi, Rose Mini agoes Salim berkata, ibu bapa dan orang dewasa perlu memahami mengapa remaja sanggup melakukan perbuatan berbahaya itu. Kecenderungan remaja untuk melakukan cabaran berbahaya seperti itu adalah untuk memenuhi keperluan identiti diri. 


"Secara psikologi, remaja ini mencari identiti diri. Jadi mereka akan mencari tempat untuk menunjukkan kewujudan mereka," katanya.


Selain itu, Romi percaya remaja yang melakukan cabaran berbahaya seperti itu tidak begitu cemerlang dalam bidang akademik dan cuba berusaha untuk membuktikan keberadaan mereka dengan melakukan perkara berbahaya. 


Sumber: CNN Indonesia



from The Reporter https://ift.tt/3iN6kt9
via IFTTT

Ketua Balai Polis bersama dengan 3 anggotanya & 4 wanita ditahan kerana berpesta liar di balai polis

shamsulazlan | 02:22 | 0 comments


Serbuan pasukan Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman di sebuah balai polis di daerah Kajang telah berjaya menahan Ketua Balai Polis, tiga anggotanya bersama empat wanita (orang awam), yang ketika itu sedang berhibur di dalam bilik khas di balai tersebut. 


JIPS sebelum itu mendapat maklumat dari orang awam dan melakukan serbuan pada jam 6 petang semalam yang mendapati sebahagian daripada suspek dipercayai sedang menari sambil berhibur dengan minuman keras, serta meminum air ketum dalam sebuah bilik di tingkat dua. 


Sementara itu, anggota polis dan wanita yang ditahan sedang menari dan berkaraoke di dalam bilik gelap yang dipasang dengan lampu berputar bagaikan dalam kelab malam. 


Ekoran itu, Ketua Balai Polis berpangkat Sub Inspektor, dua Koperal dan seorang Koperal Sokongan, serta empat wanita berusia 21 hingga 37 tahun telah ditahan. Turut dirampas, alat pembesar suara, lampu disko, botol minuman keras, perakam, satu unit tv, peralatan sistem pembesar audio dan mikrofon. Lima botol air yang mengandungi air ketum serta gambar lucah salah seorang anggota bersama dedngan seorang wanita, turut dirampas. 


Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad berkata, "Tindakan pegawai, anggota dan orang awam terbabit yangg berhibur di sebuah bilik di balai berkenaan dengan berkaraoke adalah menyalahi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19. Tangkapan dijalankan oleh pegawai dan anggota JIPS Bukit Aman selepas mendapati tindakan itu jelas melanggar SOP. 


"Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak jika mereka didapati melanggar peraturan atau SOP yang ditetapkan," katanyaa. 


Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan kerana perbuatan cuai yang mungkin boleh menyebabkan jangkitan apa-apa penyakit berjangkit yang boleh membahayakan nyawa. 


Sumber: Berita Harian



from The Reporter https://ift.tt/3kH2cxo
via IFTTT

(Video) 'Kalau (Polis) kena lempang dengan aku tadi, memang habislah' - Lelaki bengang dikompaun polis sebab tak pakai mask, siap cakap tak nak ambil vaksin sebab...

shamsulazlan | 00:22 | 0 comments


Viral di media sosial video seorang lelaki mempertikaikan tindakan anggota polis yang mengenakan kompaun terhadapnya atas kesalahan tidak memakai pelitup muka ketika berada di sebuah stesen minyak di Sri Damansara. 


Dalam video berdurasi 15 minit 42 saat itu, lelaki berkenaan dia hanya singgah ke stesen itu untuk menambah nilai kad Touch and Go sahaja dan ketika itu tiada pelanggan lain di stesen tersebut. 


Tidak berpuas hati dengan tindakan pihak berkuasa, lelaki itu mula membuat rakaman video dan memprovok anggota-anggota terbabit. Salah seorang anggota cuba menenangkannya dan meminta untuk tidak membuat rakaman video, tetapi lelaki berkenaan berdegil dan meneruskan rakaman. 


"Saya kena tahan dengan polis sebab saya tak pakai mask. Saya berada di stesen minyak pun kena 'kacau'. Okay tak apa, saya bagi kad pengenalan saya. Saya tak kacau orang bang. Saya pergi depan situ (kaunter) jer, saya tak masuk kedai pun," katanya yang kemudian anggota terbabit menunjukkan kad pengenalannya. 


"Bagilah kerjasama. Apsal kau nak rakam? Kenapa kau nak rakam?" soal anggota terbabit.


"Apa pegang-pegang, ini boleh against the law ni. Abang (polis) bagi saya punya IC bang. Abang polis ke, abang gangster? Kenapa abang pegang phone saya tadi? Saya pergi situ, saya bayar Touch and Go saja. Saya tak buat benda lain. Saya rakyat biasa je, saya bukan penjenayah tau," jelasnya.


Biar apa pun alasan yang diberikan, anggota berkenaan tetap bertegas bahawa prosedur operasi standard (SOP) bagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah lama dilaksanakan dan rakyat adalah wajib mematuhi SOP tersebut tanpa sebarang alasan dan tanpa mengenal darjat, pangkat atau keturunan. Tambahnya lagi, mereka hanya sekadar menjalankan tugas bagi memastikan rakyat mematuhi SOP. 


"Kalau semua kepala macam abang ni, jahanam kita tau? Habislah kita," kata salah seorang anggota yang berada di tempat kejadian. 


Isu tidak memakai pelitup muka sepatutnya berakhir di situ, tetapi timbul pula isu lain apabila lelaki itu memaklumkan dia tidak mahu mengambil vaksin Covid-19 semasa disoal anggota yang sama, sama ada dia sudah mengambil suntikan vaksin atau tidak.


"Saya tak nak ambil vaksin bang, sebab saya tahu benda itu tak elok. Saya dah baca banyak-banyak dah, dekat US, dekat UK, semua orang tengah tolak vaksin sekarang. Kita je ikut. Saya tak nak ambil vaksin, saya bukan macam orang lain main ikut je. Saya baca betul-betul bang.


"Abang (polis) tahu tak vaksin tu, diorang hanya authorized under emergency use. Maksudnya FDA (Food and Drug Administration) tak luluskan benda tu. Trial tak ada, diorang skip animal trial bang. Abang kena buat research," katanya. 


"Masalahnya dah suntik dah, macam mana nak buat research?" balas anggota terbabit. 


Setelah selesai proses mengenakan kompaun selesai, polis menasihatkan lelaki itu memakai pelitup muka sebelum beredar dari stesen minyak itu. Tidak terhenti di situ, sebaik saja masuk ke dalam kereta milik ibunya, lelaki berambut panjang itu mula membebel dan melemparkan kata-kata kesat terhadap polis. 


"Diorang nak saman aku, aku pergi isi minyak je dowh tak masuk kedai, bayar guna touch and go, itu pun jadi masalah? Diorang cakap aku menjahanamkan negara, korang yang menjahanamkan negara. Kau polis la, kau kerja untuk rakyat tahu tak? Gaji kau dibayar oleh rakyat, kau faham tak? 


"Cukai, cukai yang kita bayar kat diorang (kerajaan) setiap hari dan ini yang diorang buat? Dan kita ikut macam tu? Korang mesti dah hilang akal.. yang mengikut semua tu tak ada telur. Bagi aku kertas tu pun, aku takkan buat apa-apa. Sumbatlah dalam jail, aku tak kisah. 


"Semua ikut, pak turut. Inilah Malaysia, semua pak turut. Tak nak guna otak untuk fikir sendiri. Nasib baik aku tak mengamuk kat polis tu tadi.. dia nak pegang-pegang tangan aku, memang aku lempang satu hari. Kalau (polis) kena lempang dengan aku tadi, memang habislah. Kau polis, nak pegang orang? Orang tak buat jenayah dan kau nak pegang orang macam tu? Who the fak do you think you are? Tahu takut aku rekod video, tahu faking takut. Take you to faking court bro. Aku akan cari polis tu dan saman dia. Kau bukan hero, kau hanyalah alat, gangster," katanya yang juga menjelaskan itu merupakan kali kedua dia disaman atas kesalahan yang sama. 



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fahkrudin Abdul Hamid berkata, suspek berusia 29 tahun itu telah ditahan dan pihaknya juga berjaya mendapat perintah reman terhadap suspek selama empatt hari bermula hari ini, untuk membantu siasatan. 


Kes akan disiasat mengikut Seksyen 188, 504, 505 (b) Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. 


Sumber: Ihsan Netizen, Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/3wWdoIO
via IFTTT
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger