Tak nak pergi sekolah, budak 8 tahun ugut terjun dari bangunan 33 tingkat

shamsulazlan | 19:07 | 0 comments

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun mengugut untuk terjun dari tingkat 33 bangunan kediamannya. 

Insiden itu berlaku di bandar Bijie, Ghuizhou, China pada Ahad 21 Oktober sebelum bermula minggu persekolahan baru. 

Pekerja di kren pembinaan segera menghubungi pihak berkuasa dan melaporkan ternampak seorang murid sekolah rendah yang berdiri tegak di pinggir bangunan sambil meratapi, 

"Saya tidak mahu pergi ke sekolah!" 

Pasukan bomba yang tiba di tempat kejadian menyuraikan kehadiran orang ramai bagi mengelakkan tekanan terhadap kanak-kanak terbabit. 

Ibu bapa, guru dan penyelamat cuba berusaha memujuknya agar tidak meneruskan niatnya dan melangkah ke belakang dari pinggir bangunan itu. 

Rakaman video menunjukkan seorang bomba berjaya mendapatkan kanak-kanak itu dengan  tali sebelum menariknya ke atas dan masuk ke dalam bangunan. 

Difahamkan, kanak-kanak itu gementar dan menangis kerana tidak mahu pergi ke sekolah. 

Kes itu menimbulkan pertanyaan ramai apakah kanak-kanak itu mengalami tekanan melampau ketika berada di sekolah? 

Awal tahun ini, seorang murid perempuan di sebuah sekola hdi Fuzhou, Jiangxi, cuba membunuh diri dengan melompat dari tingkat 15. Tetapi mangsa bernasib baik kerana bomba telah meletakkan kusyen udara di bawah.  

Gadis itu berbuat demikian kerana tertekan tidak dapat menyiapkan kerja sekolah yang telah diberi oleh gurunya. 

Sumber: Asia One


from The Reporter https://ift.tt/2JtVPJ9
via IFTTT

(Video) 12 kali percubaan, namun pemandu ini gagal keluar dari parking

shamsulazlan | 18:42 | 0 comments

Kalau anda tidak mempunyai tahap kesabaran yang tinggi, anda dinasihatkan untuk tidak menonton video yang viral di media sosial ini. 

Seorang pengguna Facebook, Donald Liew, memuat naik video pada 25 Oktober lalu yang menunjukkan seorang pemandu kereta MPV menghadapi kesukaran untuk keluar dari parkir kereta terbuka. 

Tidak dinyatakan di mana kejadian ini berlaku, tetapi dipercayai berlaku di Singapura. 

Dalam video itu, pemandunya dilihat mengundurkan kenderaannya beberapa kali untuk keluar dari parkir itu, malangnya tergeser pada kereta berwarna biru di sebelahnya. 

Menurut kiraan, sebanyak 12 kali percubaan itu dilakukan dan kesemuanya menyebabkan pengeseran di antara dua buah kereta. 


Netizen tertanya-tanya bagaimana pemandu itu berjaya mendapat lesen memandu dan mungkin dia perlu kembali semula ke akademi memandu. 

Sumber: Asia One


from The Reporter https://ift.tt/2Rpqt9j
via IFTTT

2020, ibu bapa wajib pasang 'Car Seat' untuk baby

shamsulazlan | 18:12 | 0 comments

Kerajaan akan mewajibkan peraturan pemasangan kerusi keselamatan bayi dalam setiap kereta persendirian pada tahun 2020, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata sebelum ia dilaksanakan secara mandatori, pihaknya akan menjalankan beberapa program kesedaran tentang kepentingan kerusi keselamatan bayi kepada orang ramai sepanjang tahun 2019.

"Sepatutnya, perancangan untuk mewajibkan pemasangan kerusi keselamatan bayi adalah pada tahun ini tetapi selepas perbincangan dengan Miros (Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia), kami dapati industri ini belum bersedia  (dari segi ) tidak cukup bekalan, tidak cukup stok dan kami juga mahu memastikan kos (kerusi bayi) lebih mampu (untuk pembeli),” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) ke-59, di sini, hari ini.

Katanya pihaknya telah mengemukakan cadangan kepada Kementerian Kewangan (MOF) agar tidak mengenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) terhadap pembelian kerusi keselamatan bayi supaya harganya lebih murah.

"Diharapkan MOF menerima cadangan kami dan sekiranya terdapat sebarang pengumuman positif, kami berharap ia akan diumumkan Jumaat ini,” kata Loke.


Sementara itu, MAT MKJR ke-59 merupakan platform bagi anggota jawatankuasa untuk mengetahui dan menilai pengurusan keselamatan jalan raya pada setiap tahun serta membentangkan cadangan meningkatkan keselamatan jalan raya melalui forum dan sidang pleno.

Antara anggota MKJR yang terlibat ialah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). – Bernama


from The Reporter https://ift.tt/2DcA40d
via IFTTT

Pelajar saman guru tak datang kelas 7 bulan

shamsulazlan | 07:08 | 0 comments

Seorang guru bahasa Inggeris disaman oleh pelajarnya atas dakwaan tidak masuk ke kelas selama tujuh bulan. 

Nafirah Siman, 18, dari SMK Taun Gasi, Kota Belud, Sabah meyaman bekas gurunya itu atas kejadian yang didakwa berlaku pada tahun 2015 ketika dia berada di tingkatan 4. Saman itu difailkan oleh tetuan Roxana & Co pada 16 Oktober lalu. 

Nafirah turut menamakan guru besar sekolah Suid Hanapi, SMK taun Gusidan pegawai pendidikan daerah Kota Belud, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah, Kementerian Pendidikan dan Kerajaan sebagai defendan. 

Semakan dengan daftar mahkamah menunjukkan, kes itu ditetapkan untuk sebutan kes pada 19 November depan. 

Dalam samannya, Nafirah mendakwa Jainal tidak hadir mengajar dari bulan Februari hingga Oktober 2015, kecuali pada satu minggu ketika pegawai kementerian melawat sekolah. 

Difahamkan, beberapa aduan pernah dibuat tetapi tiada sebarang tindakan diambil terhadap guru berkenaan. 

Selain itu, Nafirah mendakwa guru besar juga terlibat dalam menutup kes dengan memalsukan kedatangan yang hanya menunjukkan Jainal tidak hadir hanya dua bulan. 

Nafirah menuntut pengisytiharan bahawa defendan-defendan telah melanggar tugas statutori bawah Akta Pendidikan dan mencabul hak perlembagaannya bagi mendapatkan pendidikan. Remaja perempuan itu juga menuntut pengisytiharan terdapat pelanggaran tugas dan misfeasans di pejabat kerajaan. Remaja perempuan itu menuntut ganti rugi dan kos.

Sumber: MalaysiaKini


from The Reporter https://ift.tt/2DcXfaS
via IFTTT

Harga baru perkhidmatan Gas Petronas ke Rumah

shamsulazlan | 06:52 | 0 comments

Petronas Dagangan Berhad (PDB) mengumumkan harga baharu bagi perkhidmatan Gas Petronas Ke Rumah (GPHD) iaitu RM31 untuk 12 kilogram (kg) dan RM35 bagi 14kg. Harga lama bagi perkhidmatan itu adalah RM26 untuk 12kg dan RM29.80 untuk 14kg.

PDB dalam surat pekeliling kepada semua wakil pengedar gas Petronas yang menjalankan perkhidmatan GPHD memaklumkan, perubahan struktur harga itu akan berkuat kuasa pada 1 November ini untuk Semenanjung Malaysia.

Perubahan harga berkenaan hanya untuk caj penghantaran bagi tempahan yang dibuat di Mesralink dan dihantar melalui saluran GPHD.

Tiada perubahan harga bagi yang mengambil sendiri selari dengan harga yang dikawal oleh kerajaan iaitu RM22.80 untuk 12kg dan RM26.60 untuk 14kg. - Harian Metro


from The Reporter https://ift.tt/2P0nIyk
via IFTTT

'Mental juga dapat member camni' - Gadis kesal rakan kutuk wajahnya kaw-kaw

shamsulazlan | 05:54 | 0 comments

Sebagai sahabat, tidak seharusnya kita melakukan atau mengungkap kata-kata yang boleh menyakitkan hati sesama sahabat. Sebaliknya, jagalah pertuturan, kelakuan dan sama-sama menghargai antara satu sama lain. 

Meskipun sudah biasa bergurau senda bersama, tetapi kali ini gurauan dari rakan membuatkan gadis ini terkilan. Hendak disekat, bimbang pula rakannya terasa hati. Tambahan mereka berdua merupakan rakan sekerja. 

"So this is my current skin. Actually mental juga dapat member macam ni. Nasib baik aku bukan jenis yang cepat koyak," kata Shahidah Alias yang juga berkongsi screenshot mesej dari rakannya. 

"Aku tengah minum air tersedak siak tengok jerawat kau. Nak munta rasa. Buruk siak. Muka kau paling teruk. Hahaha! Jelas siot. Memang tak lawa, buruk bodoh muka kau. Macam muka minyak yang kat dalam bas tu. Jangan doh tunjuk muka kau," kata rakannya. 




Ramai netizen menyelar sikap rakan Shahidah yang main cakap lepas tanpa mempedulikan perasaan Shahidah. Tidak kurang juga ada yang menasihatkan agar Shahidah menyekat si polan itu dari media sosial miliknya, malah ada yang minta Shahidah dedahkan Instagram si polan itu. 

"Untuk awak-awak semua yang minta I reveal IG dia, sorry I can't. She still my friend, my workmate. Hari-hari juga dia making fun of my face. Nasib baik mental I still kuat. 

"Nak block takut, kat tempat kerja dia buat muka. Aku malas nak gaduh. Haha!" jelasnya kepada netizen. 

Dalam tweet itu juga, Shahidah menjelaskan dia tidak menggunakan apa-apa produk. Break out itu berlaku disebabkan alahannya terhadap dairy, habuk dan mineral oil. 

Biarpun didesak jangan berkawan dengan si polan itu, Shahidah tetap dengan pendiriannya dan hanya mampu menyekat rakannya itu dari melihat Instastorynya. 



"Even I block pun I tetap tak tenang sebab hari-hari berjumpa di tempat kerja dan macam biasalah, dia buat lawak pasal muka I. Haha. 

"Tak sampai hati nak reveal sebab dia kawan I. Dia orangnya memang kasar bab bergurau, tetapi kali ini saja I rasa gurauan dia melampau sikit. 

"Tetapi rasa keyakinan diri itu terus hilang bila workmate asyik buat lawak pasal skin kita. 

"I bergurau memang kasar tapi I tak pernah bergurau tentang fizikal dia. Rasa tak elok begitu. Tetapi dia direct saja macam tu. Mungkin pada dia gurauan, tetapi kali ini memang agak melampau. 


"First month I memang mental dibuatnya. Lama kelamaan kena begini macam dah lali juga. Living with this skin is not fun at all tetapi lantaklah. Memang perangai dia macam tu, nak buat macam mana kan. Saya takkan tendang dia keluar dari hidup saya sebab dia masih kawan saya. Tetapi adakalanya dia bergurau melebihi batasan, tak fikir perasaan orang macam mana." katanya. 

Bergurau biarlah berpada-pada. Rakan yang menjadi bahan gurauan, apabila mereka berdiam bukan tanda mereka redha, tetapi jauh di sudut hati mereka terbit rasa kecewa diperlakukan sebegitu oleh insan yang bernama rakan. 



from The Reporter https://ift.tt/2yGJnl1
via IFTTT

(Video) Remaja maut terlanggar palang besi ketika duduk di atas sunroof

shamsulazlan | 05:27 | 0 comments

Seorang remaja berusia 13 tahun di Jiangxi, China, maut selepas terlanggar palang besi di lebuh raya. 

Dalam kejadian pada jam 5 petang 28 Oktober lalu di bandar Xinyu itu sempat dirakam pengguna lebuh raya di belakang yang menunjukkan mangsa duduk di atas sunroof kereta yang dinaikinya. 

Video kejadian itu mula tersebar di media sosial. Perakam dan kenalannya yang memandu kereta itu berbual sebelum ternampak notis palang besi rendah di hadapan. 

Mereka bergurau kononnya kejadian yang buruk bakal berlaku jika remaja lelaki itu terlanggar palang besi tersebut. Tiba-tiba, apa yang diperkatakan mereka itu benar-benar berlaku di mana mangsa terlanggar palang besi itu.

Mereka terkejut dan terus memberhentikan kenderaan. Namun kereta yang dinaiki mangsa meneruskan perjalanan sebelum tersedar kejadian yang menimpa mangsa, lalu membuat panggilan telefon. 


Lapor media tempatan, mangsa maut di tempat kejadian dan polis kini sedang menyiasat kejadian itu. 

Sementara itu di media sosial, netizen menyalahkan pemandu kereta itu yang membahayakan nyawa remaja terbabit. 



from The Reporter https://ift.tt/2F3T4jp
via IFTTT
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger