Ibu 4 anak dicekup berkhalwat dengan pemandu jengkaut, ketika suaminya (Guard) keluar bekerja

shamsulazlan | 21:22 | 0 comments



Seorang wanita yang berstatus isteri orang dan mempunyai empat anak dicekup membawa lelaki lain dipercayai kekasih gelapnya masuk ke dalam sebuah bilik sewa, semasa suaminya keluar bekerja. 


Wanita berusia 35 tahun itu dan pasangannya berusia 32 tahun dicekup berkhalwat oleh anggota penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) pada jam 1.40 pagi, selepas mendapat maklumat awam. 


Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifuddin Mat Saat berkata, ketika kejadian itu berlaku, suami kepada wanita terbabit yang bekerja sebagai pengawal keselamatan telah keluar bekerja di sebuah kilang tayar di daerah tersebut. 


Ketika pemeriksaan dilakukan, terdapat tiga kanak-kanak yang dipercayai anak kepada wanita berkenaan, sedang tidur. 


"Pihak kami menerima maklumat berhubung kejadian itu berdasarkan maklumat awam dan melakukan pemeriksaan di bilik sewa yang didiami wanita berkenaan. 


"Bagaimanapun, pemeriksaan mendapati pasangan itu bukan suami isteri atau mahram, malah mereka gagal menunjukkan sebarang dokumen mereka mempunyai hubungan," katanya. 


Difahamkan, ibu kepada empat anak itu bekerja sebagai tukang cuci dan lelaki terbabit pula berasal dari Pendang, bekerja sebagai pemandu jengkaut. Mereka mengaku telah berkenalan di sebuah kedai makan di daerah ini kira-kira enam bulan lalu.


Pasangan itu dibawa ke balai polis berhampiran untuk dibuat laporan tangkapan. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 25 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara dua tahun atau denda tidak melebihi RM3,000 atau kedua-duanya sekali. 


Sumber: Harian Metro




from The Reporter https://ift.tt/M8kTRn2
via IFTTT

'Pemuda PAS tengok wayang? Wayang tu kan haram!' - Netizen dakwa PAS hipokrit, Pemuda PAS tampil beri penjelasan

shamsulazlan | 20:22 | 0 comments



“Kalau beragama, jangan sekadar pakaiannya (Syariat), biar tentu bersih juga tubuhnya (hakikat). Kalau belajar, jangan sekadar ilmunya, biar tentu kukuh juga adabnya. Kalau beramal, jangan sekadar ayatnya, biar tentu juga berbulat dengan rahsia-NYA ..." pesan Pahlawan Mat Kilau.


Ketika ini, filem epik Mat Kilau arahan pengarah terkenal Syamsul Yusof semakin mendapat tempat di hati penonton. Pelbagai lapisan masyarakat dilihat memberikan sokongan kepada tayangan filem ini biarpun sebelumnya dikritik oleh sesetengah pihak. 


Pelbagai inisiatif juga dilihat oleh mana-mana pihak dalam menyokong filem ini. Tular juga di media sosial sekumpulan pemuda yang memakai busana lengkap melayu tradisional  menonton filem ini ibarat mengambil semangat kepahlawanan Mat Kilau.



Selain daripada itu, dilaporkan juga usaha yang dibawakan oleh kerajaan Kelantan yang menawarkan bas percuma bagi rakyatnya yang ingin ke Kuala Lumpur bagi menonton filem Mat Kilau.


Namun begitu, usaha ini mendapat reaksi berbeza netizen apatah lagi bila melihat beberapa gambar tular yang memaparkan beberapa orang ahli Pemuda PAS menonton filem Mat Kilau.


Netizen menyoal mengapa pawagam di Kelantan dibantah pembukaannya sehinggakan rakyatnya terpaksa menonton wayang di negeri yang berhampiran.




Memetik laporan MalaysiaKini 14 Julai 2016, Ketua Pemuda PAS ketika itu menyatakan, mereka tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang merancang membuka semula pawagam di negeri itu  bagi membendung gejala sosial.


Pun begitu, melalui satu kenyataan di Facebook Pemuda PAS Malaysia, Pemuda PAS menjawab segala kritikan netizen. Menurut status berkenaan, menonton wayang itu haram jika perkara-perkara melalaikan berlaku.


“Wayang itu haram, Pemuda PAS tengok wayang? Wayang tu kan haram!”


Betul, tengok wayang tu haram kalau:

  1. Tengok wayang sambil duduk berdua-duaan dengan bukan mahram, sebelah-sebelah, itu haram.
  2. Tengok wayang cerita cintan-cintun, ajak kepada kemaksiatan, tiada nilai pengajaran, itu haram.
  3. Tengok wayang sampai lupa solat, masuk waktu solat pun masih di pawagam, itu haram. 

“Tengok wayang bukan haram terus. Kalau cerita ditayangkan tu seru kepada kebaikan, ajak orang kenal sejarah, ajak cintakan negara, itu tak haram. Kalau cerita ditayangkan tu pelakonnya semua tutup aurat, tengok wayang jaga batas syarak, itu tak haram,” katanya.








Berkenaan isu membantah pembukaan panggung wayang pula, Pemuda PAS menyatakan isu tersebut dibantah selagi panggung tersebut tidak menyelesaikan isu-isu yang disebutkan.


“Eh tapi, bukan Pemuda PAS bantah buka panggung wayang dekat Kelantan? Kenapa dekat KL boleh pula? Hipokritnya!”



“Betul, kita tak setuju panggung wayang dibuka di Kelantan, selagi panggung wayang itu tak selesaikan bab-bab yang kita sebut tadi, bab yang bawa kepada haram tengok wayang. Kalau panggung wayang tu boleh asingkan tempat duduk lelaki perempuan dan keluarga, boleh set tiada tayangan semasa waktu solat, boleh pastikan cerita yang ditayang betul-betul patuh syariah, tak ada masalah. Kita pun setuju. 


“Tengok Terengganu. Ada je panggung wayang. Dekat sana semua panggung wayang diasingkan tempat duduk lelaki, perempuan dan keluarga. Dekat sana tiada cerita ditayangkan semasa waktu solat, ada Pemuda PAS bantah? Kita raikan lagi," katanya.


Menyentuh isu percampuran jantina ketika mereka menonton wayang di Kuala Lumpur, pihak mereka menyatakan mereka sudah membeli 20 keping tiket dimana kesemuanya adalah lelaki.


“Oh habis tu masa tengok cerita Mat Kilau dekat KL, tak ada campur lelaki perempuan ke?”


“Kami beli 20 seat bang. Semua lelaki. Tak ada siapa duduk sebelah perempuan,” kata mereka.


Sumber: Harakatdaily, Mat Kilau,Pemuda PAS Malaysia



from The Reporter https://ift.tt/fcv3BHT
via IFTTT

Bapa saudara jadi punca budak 3 tahun overdose dadah dipenjara 3 tahun

shamsulazlan | 00:22 | 0 comments

Foto tertuduh | Harian Metro


Lelaki yang menjadi punca anak saudaranya 'overdose' dadah jenis methaphetamine dan heroin, dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. 


Tertuduh, Mohd Shahrizuan Alias, 32, mengaku bersalah selepas dibacakan pertuduhan itu di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zukifli. 


Mengikut pertuduhan, tertuduh telah mendedahkan mangsa berusia tiga tahun yang juga orang kurang upaya (OKU) kepada sesuatu yang membahayakan tubuh badannya iaitu dadah sehingga menyebabkan kanak-kanak itu mengalami keracunan dadah. 


Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di tepi sungai Kampung Sri Jaya, Mahligai, Dabong, Kuala Krai pada jam  3 petang, 18 Jun lalu dan didakwa mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 31(1) akta sama memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun atau denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya sekali. 


Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Nurul Hanini Wan Ahmad Shukry dan tertuduh pula tidak diwakili oleh peguam. 


Sebelum dijatuhkan hukuman, Mohd Shahrizuan yang juga peniaga memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan kerana dia perlu menyara keluarga dan mempunyai dua anak kecil. 


Bagaimanapun, mahkamah memerintah tertuduh dihukum penjara tiga tahun dari tarikh ditangkap dan bon berkelakuan baik dengan cagaran RM3,000 dengna seorang penjamin selama tiga tahun, selain perlu menjalani perintah khidmat masyarakat selama 180 jam. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/4j9RyIK
via IFTTT

Penunggang motosikal sempat beri nombor telefon ibu sebelum meninggal dunia akibat langgar lari

shamsulazlan | 23:22 | 0 comments

Foto ihsan netizen | Harian Metro


Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Kilometer 270 di Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan jam 2.25 pagi, Isnin. 


Mangsa, Lukman Hakim Ramlan, 22, sebelum itu dalam perjalanan pulang ke kampungnya di Segamat, Johor, dari rumah rakannya di Shah Alam. 


Menurut sepupunya, Nurafiq Safwan Abu Bakar, 30, berkata, mangsa tidak menunjukkan sebarang tanda pelik tetapi sempat bertanya untuk meminjam motosikalnya untuk pergi ke ibu negara. 


"Arwah ke Shah Alam jam 9 malam dengan menunggang motosikal untuk ke rumah rakannya sebelum bergegas pulang ke Segamat kerana perlu bekerja," katanya. 


Menurut laporan Harian Metro, mangsa dipercayai menjadi mangsa langgar lari dan dia ditemui dalam keadaan nazak tetapi sempat memberikan nombor telefon ibunya kepada individu berkenaan. 


Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Nilai, Deputi Superintendan Mat Ghani Lateh berkata, pihaknya percaya mangsa telah dirempuh dari belakang oleh kenderaan yang tidak dikenal-pasti. 


Kemalangan itu menyebabkan mangsa maut di lokasi kejadian dan kenderaan terbabit pula terus melarikan diri dari lokasi. 


Justeru, polis meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu untuk tampil membantu siasatan dengan menyalurkan maklumat kepada polis di talian 014-21676424. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/6iagAeL
via IFTTT

'Saya tak kisah mereka nak panggil saya Oppa' - Nushrul Alif

shamsulazlan | 22:22 | 0 comments



Pelakon Nazim Othman, 37, tidak kisah jika ada yang mahu terus memanggilnya 'Oppa', gelaran yang diberikan peminatnya, sampai bila-bila. 


Nazim atau nama sebenarnya Nushrul Alif Othman berkata, dia tidak kisah dengan gelaran itu dan menghormatinya kerana ia seperti satu penghargaan dari peminat. 


"Panggilan 'Oppa' itu memang daripada peminat. Jadi, saya tak kisah pun mereka nak panggil 'Oppa' sebab mungkin sekadar untuk suka-suka saja. Tak ada masalah pun. 


"Tetapi sekarang rasanya dah kurang dah peminat panggil saya 'Oppa'. Maklumlah sejak meningkat usia. Bagaimanapun, saya terima dan okey saja jika mereka nak  terus panggil saya dengan gelaran 'Oppa' itu. Biarlah," katanya. 



Oppa Nazim kini sedang menjalani penggambaran drama Sorry Naik Lori yang akan ditayangkan di platform OTT, iQIYI Malaysia. 


Nazim yang melakonkan watak sebagai Khairul berkata, drama tersebut memberinya peluang untuk beraksi dalam drama genre komedi biarpun dia pada awalnya tidak yakin boleh berlakon dalam genre tersebut kerana sebelum ini dia selalu mendapat watak berat dan agak serius. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/n07TtcL
via IFTTT

Jurutera rakam & bergelut dengan pegawai polis trafik direman 3 hari

shamsulazlan | 21:22 | 0 comments



Padah menghalang pegawai polis trafik dari menjalankan tugas, seorang jurutera ditahan reman selama tiga hari untuk siasatan. 


Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, kejadian itu berlaku pada jam 6.30 petang di Jalan Tun Dr Awang kelmarin dan video kejadian itu turut tular di media sosial. 


Siasatan awal mendapati, anggota polis berkenaan terdahulu telah menahan kereta yang dipandu lelaki terbabit kerana didapati menggunakan telefon bimbit semasa memandu. 


Suspek tidak berpuas hati disaman dan turut membuat rakaman video walaupun anggota polis berkenaan memintanya tidak berbuat demikian. 


"Tindakan itu mendatangkan gusar kepada anggota polis dari Bahagian Siasatan dan Penguasaan Trafik terbabit ketika sedang menjalankan tugas mengeluarkan saman. 


"Pegawai polis berkenaan cuba menahan suspek dan merampas telefon bimbit bagi tujuan siasatan. Namun lelaki itu melakukan kekerasan jenayah terhadap pegawai polis terbabit sehingga berlaku pergelutan," katanya. 



Suspek direman sehingga 30 Jun ini di Lokap Berpusat Balai POlis Bayan Baru dan kes disiasat mengikut Seksyen 353, 186 dan 188 Kanun Keseksaan. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/cAemJ3U
via IFTTT

'Orang nak tengok movie Mat Kilau, bukan nak dengar anak kau menangis!' - Penonton geram ibubapa bawa bayi masuk pawagam

shamsulazlan | 20:22 | 0 comments

Foto Hiasan Sahaja


Sejak dahulu lagi, panggung wayang merupakan antara tempat kegemaran masyarakat untuk bersantai sambil menonton wayang pada hujung minggu atau waktu bercuti. 


Selain daripada tayangan filem yang menarik, paparan skrin, makanan ringan dan keselesaan tempat duduk antara faktor penonton memilih pawagam untuk menonton sesebuah filem. Suasana yang senyap dan tenang juga antara faktor penonton dapat menghayati dengan lebih baik filem yang ditayangkan.


Namun begitu, hakikat tersebut tidak dapat dirasai oleh seorang gadis ini. Gadis ini ulang ciap status Twitter seorang pemengaruh media sosial yang meminta agar ibu bapa menegur anak-anak yang membuat bising semasa di panggung wayang.



Melalui ulang ciap itu, gadis ini berkata semasa menonton wayang, dia mendengar tangisan bayi yang kuat sehingga mengganggu tumpuan penonton yang lain.


"26 June, GSC Amanjaya Mall SP. Filem Mat Kilau showtime 4.30 p.m. Baby tu ada dalam baru lepas pantang kut. Menangis melalak budak tu dah mengganggu orang lain. Orang nak tengok movie bukan dengar anak hang qeyau. Tolong la ada common sense.


"Kalau tengok Awang tendang Mat Kilau, aku dah angkat tangan nak tepuk bahu si bapak tu suruh bawa anak dia keluar bagi diam kat luar. Pastu duk passing anak tu pi mai pi mai kat bini dia. Yang budak tu duk continue nangis. Eh stress la aku," tulis gadis ini di Twitter.



Dia juga berasa pelik bagaimana pasangan suami isteri itu boleh membawa bayi si kecil itu ke panggung wayang, apatah lagi dengan bunyi kesan khas yang kuat. 


"Dengan sound effect macam tu sampai telinga kita pun berdesing, tak terkejut ke budak tu? Memang logik la dia nangis. Susah la jenis parents takdak common sense sampai mengganggu orang lain eh rimas.


"Ka nak tengok cerita Minions tapi tersilap beli tiket mat kilau aku taktau la kan. Tapi memang aku bengang la tadi. Tak kira lagi anak dia yg dah besar sikit tu duk berdiri pi mai pi mai atas seat tu eh la aku," luah gadis itu dengan geram.


Sumber: Sarah, XavierNaxa



from The Reporter https://ift.tt/zjdaNQs
via IFTTT
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger