Bapa rogol 5 anak perempuannya sehingga salah seorang melahirkan anak

shamsulazlan | 06:36 | 0 comments

Tergamak seorang bapa merogol anak kandungnya sendiri sehingga hamil dan melahirkan anak. 

Dalam kejadian di Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia pada Sabtu lalu, suspek berjaya ditahan polis. 

Suspek didakwa merogol anak perempuannya sendiri sehingga melahirkan anak. 

"Suspek berusia 49 tahun ditahan di rumahnya.

"Siasatan awal mendapati, suspek bukan hanya melakukan serangan seksual terhadap mangsa, tetapi empat lagi anak perempuannya turut menjadi mangsa. 

"Polis bertindak menahan suspek selepas menerima laporan yang dibuat oleh ibu mangsa," kata pihak polis. 


from The Reporter https://ift.tt/2FR1YyO
via IFTTT

(Video) 'Selamba dia je cuci kereta kat petrol pump'

shamsulazlan | 05:51 | 0 comments

Tindakan tidak bertanggungjawab seorang lelaki mencuci keretanya di pam minyak di sebuah stesen minyak di Pulau Pinang mengundang pelbagai reaksi netizen. 

Hilmi Adi Ruzaini yang memuat naik video itu di Twitternya berkata, lelaki terbabit mencuci keretanya di situ menggunakan peralatan dan air dari stesen Petronas Bukit Gambir.

"Lelaki ini cuci kereta dia di pam minyak. Dia basuh keseluruhan kereta dia, isi air tiga kali, guna span pencuci dan pengelap cermin. 

"Lantai basah habis. Paling menarik, dia tak isi petrol pun," katanya. 





Sementara itu, netizen terkejut dengan tindakan lelaki itu yang juga dianggap kedekut. 

"Pakai kereta Honda, cuci kereta RM10 pun kedekut? Nak jimat duit bayar Honda every month ke?" soal netizen.




from The Reporter https://ift.tt/2uHB7Pj
via IFTTT

'Jam 11.20 pagi, Arra hembuskan nafas terakhirnya di dakapan mama'

shamsulazlan | 01:51 | 0 comments

Rasa sedih dan sebak membaca luahan si ibu yang kehilangan anaknya yang berusia dua tahun, meninggal dunia kerana tumor. 

Pada awalnya, ibu bapa kepada Clara Nur Adriana Dahlia, tidak menyedari perkara itu walaupun sudah berulangkali anak kecil itu dihantar klinik untuk mengenalpasti punca dia muntah dan tidak bertenaga. 


14 Januari 2019 - Isnin

Di sini bermulanya anak syurga mama sakit. Ayah (Tok Ayah) call mama cakap Arra muntah-muntah sampai lembik. Mama terus EL, balik ke rumah dan bawa Arra pergi ke klinik. 

Sampai di kedai Tokpa, Arra dah start hyper balik tak macam demam. Tetapi badannya panas. Bawa pergi ke klinik di area IM8, doktor periksa suhu badan Arra, tak demam pun. 

Mama pelik tetapi bila doktor kata anak mama tak demam, mama pun okey saja. Doktor cuma bagi vitamin sahaja. Ubat demam ke apa ke, tak diberi. Haih. 


15 Januari 2019 - Selasa

Arra dah start lemah tetapi anak mama tetap kuatkan diri untuk melihat wajah-wajah orang yang dia sayang. 

16 Januari 2019 - Rabu

Mama bawa Arra pergi ke klinik pakar kanak-kanak di Jalan Beserah. Better sikilah dari IM8. Dapat detect Arra kena jangkitan paru-paru. Jadi, doktor bagi ubat semua. Mama pun okeylah, dah tahu Arra sakit apa dan doktor beri ubat dengan harapan anak mama sihat selepas itu. 

17 Januari 2019 - Khamis

Arra demam on off. 


18 Januari 2019 - Jumaat

Demam Arra masih on off. Masa ini Arra dah tak ada selera nak makan dan minum. Macam-macam yag mama buat tetapi boleh nak bagi ada selera. Selepas minum susu, mesti Arra muntah. 

19-23 Januari 2019

Ya, dah okey tapi demamnya masih lagi on off, kerap muntah, apa yang dimakannya semua keluar semula. Tetapi dia ada tenaga nak bergembira dengan kami semua. 

24 Januari 2019 - 1 Februari 2019

Demamnya masih on off. Sekejap ada tenaga, sekejap munta, sekejap demam on off. Dibawa pergi ke klinik, periksa darah semua okey. Tetapi doktor tak dapat kesan penyakit Arra. Minta klinik buat surat dirujukkan ke hospital. 

2 Februari 2019 -Sabtu

Mama bawa Arra pergi KMC sebab Arra tak baik-baik lagi dari awal. Pergi KMC, mama check semua doktor cakap benda sama, jangkitan kuman dalam paru-paru dan mama tanya kenapa Arra selalu cakap dia sakit di bahagian belakang kepala dia. 

Doktor cuma cakap, biasalah budak-budak akan mengadu sakit dan budak tidak reti apa itu sakit. 

Mama pun ye kan saja sebab kalau dah doktor kata begitu. Mama minta Arra dimasukkan ke wad pun doktor tak nak. Kesian anak mama, kalaulah masa itu mama tahu awak ada sakit tumor, mama dah pergi awal-awal. 

Mama tak puas hati, ajak papa pergi UiA untuk masukkan Arra ke wad dengan niat mama nak masuk antibiotik dan masuk air dalam badan Arra. Masa itu, Arra peluk tokma dengan mak eratnya macam tak nak lepas. Mungkin anak mama dah tahu masanya akan sampai. Patutlah Arra tak nak mama papa. Papa terpaksa tinggal Arra sebab papa ada katering masa itu. 


9 Februari 2019 - Sabtu 3:00 pagi 

Mama pun dah kena warded ada katil semua itu. Arra mengadu sakit tangan sebab dicucuk. Mama pun usap tangan Arra. Mama peluk Arra dan kali terakhir Arra panggil mama dengan raut wajah Arra membuatkan mama menyesal. Tak tahu kenapa mama tak dapat tahu Arra dah lama sakit. Mama dodoi Arra sampai tidur. 

Pagi selepas subuh, doktor datang periksa Arra. Masa ini Arra okey lagi. Tiba-tiba Arra sawan dan terus flat. Ya Allah, masa ini mama rasa nak tukar diri itu dengan Arra. Seksanya anak mama bersirat wayar, kena cucuk sana sini. Doktor bagi bantuan pernafasan, Arra dah tak sedar. 



Jam 12:00 tengah hari, Arra buat CT Scan. Selesai semua, doktor beritahu Arra tak ada apa-apa, Arra okey, cuma Arra tak sedar itu sebab kesan dari serangan sawan tadi. 

Arra dipindahkan ke HTAA. Di sana, keadaan Arra sudah kritikal. Allahu sayang. Seksanya kamu wahai bidadari syurgaku. 

Di HTAA lah kami semua dapat tahu yang Arra ada tumor. Bayangkan betapa sakitnya anak mama. 

Doktor kata, nak buat pembedahan ke atas Arra, tetapi doktor beritahu kalau dibedah pun, Arra tetap akan pergi. 

Mama redha. Dari pagi itu sampailah ke malam mama tunggu Arra sedar, tetapi tiada. Arra tidur saja. Sedih hati mama melihat keadaan Arra di PICU itu. Mama tak jauh pun dengan Arra, mama duduk dekat dengan Arra. 

Jam 11:00 pagi, doktor panggil mama dan papa naik PICU sebab Arra dah nazak. Ya Allah, lagi naik gila mama. Dalam hati minta-mintalah ada keajaiban yang berlaku. Tetapi Allah lebih sayangkan bidadari syurga ini. 

Jam 11:20 pagi, Arra hembuskan nafas terakhirnya di dakapan mama. Mama bersyukur Arra hembuskan nafas terakhir Arra di atas mama. 




#rinduanaksyurgaku
#alfatihah
07/06/2017 - 09/02/2019
Clara Nur Adriana Dahlia

Takziah buat keluarga arwah Clara. Semoga bertabah dengan ujian dan dugaan ini. 

Kepada golongan ibu bapa, pekalah dengan tahap kesihatan anak masing-masing dan tidak memandang remeh jika anak kurang sihat. Segera bawa mereka ke klinik/hospital untuk menjalani pemeriksaan. 

Sumber:  Asyiqin Aizam


from The Reporter https://ift.tt/2WGOafM
via IFTTT

'Baru beli Civic dah nak berkira dengan bini' - Netizen kecam suami terlalu sayangkan kereta berbanding isteri

shamsulazlan | 00:31 | 0 comments

Sememangnya menjadi perangai semua orang yang sangat sayang pada kereta yang baru dibeli dan jika boleh, nyamuk pun tak dibenarkan hinggap di atas kereta. 

Namun kebimbangan lelaki itu agak keterlaluan bilamana dia enggan meminjam kereta barunya kepada isteri kerana bimbang si isteri tidak menjaga keretanya dengan baik. 

"Aku baru beli kereta jenama Honda Civic. Yang menjadi masalah, bini aku nak pinjam kereta aku. Katanya nak keluar dengan kawan-kawan.

"Aku risau bini aku tak jaga kereta aku. Risau kereta kotor dan calar. 

"Apa yang perlu aku buat supaya hatinya tak terguris kalau aku berterus terang? 

"Isteri aku ni seorang guru. Gaji dia tinggal RM1,000 saja sebab bayar loan rumah kami. Sekarang dia pakai Perodua Kancil masa dia zaman bujang udlu. Dia dah biasa bawa kereta itu, kenapa tiba-tiba nak pakai kereta aku?" luahnya di Facebook Kisah Rumah Tangga. 

Bagaimanapun, netizen menyelar sikap suami yang berkira dengan isterinya hanya kerana sebuah kereta baru berbanding isteri yang korbankan gajinya untuk membayar hutang rumah. 




from The Reporter https://ift.tt/2JWWh6t
via IFTTT

'Nak wikwik, bermanja, suruh masak, kena caj' - Isteri tekad kenakan caj perkhidmatan pada suami yang terlalu berkira

shamsulazlan | 23:56 | 0 comments

Apabila sudah mendirikan rumah tangga, suami perlu memberi nafkah kepada isteri walaupun isteri itu bekerja membantu menambah pendapatan keluarga. Kerana nafkah isteri itu adalah tanggungjawab suami, begitu juga dengan nafkah kepada anak-anak. 

Sebagai suami, mainkanlah peranan bertanyakan pada isteri apa keperluan rumah yang tidak mencukupi. Luangkan masa bersama untuk membeli barangan keperluan dan dalam masa yang sama ia boleh mengeratkan silaturrahim dalam keluarga. Bukan sahaja isteri gembira, anak-anak pun turut gembira. 

Dalam luahan wanita ini, dia akui terkilan dengan sikap suaminya yang tidak begitu mengambil berat akan keperluan isteri dan anaknya. Hendak bekerja, tidak disuruh apatah lagi mencari pendapatan sampingan di internet. Sudahnya, si isteri tiada duit dan mengharapkan pemberian suami yang acuh tak acuh memberi nafkah. 

MIN, tolong siarkan luahan aku ni min. Tak tahu nak luah macam mana. Suami jenis tak berkira kalau beli barang keperluan dia. Tetapi kalau beli makanan anak bini, nak dicari yang murah. 

Aku ni bukan jenis tak bersyukur. Dia tak cakap pun dia nak cari yang murah juga. Dulu aku kerja, nak makan apa-apa pun bebas sebab guna duit sendiri kan. 

Berat badan aku dalam 46 kilogram, tapi aku suka makan-makanan ringan. Memang dari dulu macam ni. Jadi, nak berubah tu kena perlahan. Bukan tak mahu berubah, sekarang ini dalam sebulan dua kali saja mau beli apa-apa, yang berhari-hari ditahan. Hari-hari pun anak makan telur saja. Itu pun sebiji tiga orang makan. Kalau bukan telur, maggie. Tak tahu nak berjimat macam mana lagi. 

Dua hari lepas kami bertengkar, tetapi aku tak adalah kejam sampai tak buat makan minum bekal dia. Dia berkira, jadi aku nekad juga nak berkira dengan dia. 

Disebabkan aku tak bekerja, jadi aku tak ada duit. Kalau dia minta untuk 'bersama', aku kenakan caj. Nak bermanja, aku caj. Nak aku buat makan minum dia, aku caj separuh sebab aku dan anak pun nak makan juga. Hahaha!

Tak sabar aku tunggu dia terima gaji nanti. Nak suruh dia bayar hutang dan dengan cara ini aku ada duit sendiri sebab dia sendiri tak bagi aku kerja atau mencari income sendiri. 

Pagi tadi, boleh pula dia ketawakan aku sebab aku cakap, "Nanti gaji, abang tolong bayar hutang abang ya". Di fikiran dia mungkin menyangka aku main-main. Tunggulah kau nanti bila kau terima gaji ya Encik Suami. 

Saya berharap suami saya baca luahan saya ini. Saya kata, kalau dia tak bayar, nanti saya minta admin siarkan gambar dia dalam tandas. Baru puas hati aku min. 



from The Reporter https://ift.tt/2YK1130
via IFTTT

(Video) 'Takkan tak nampak abang polis berdiri kat situ?'

shamsulazlan | 23:21 | 0 comments

Seorang anggota polis trafik yang sedang menjalankan tugas mengawal lalu lintas di persimpangan Jalan Sultan Hishamuddin dilanggar sebuah kereta, lapor Astro Awani. 

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 8:11 pagi tadi, anggota terbabit sedang memberi laluan kepada kenderaan menuju ke Jalan Raja atau belok kanan ke Leboh Pasar. 

Namun, secara tiba-tiba sebuah kereta yang menghala ke Jalan Raja melanggar anggota terbabit. 

Berdasarkan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan itu, mangsa yang dipercayai menyedari kehadiran kereta itu tidak sempat mengelak lalu dilanggar sehingga terpelanting beberapa meter ke depan sebelum bangun semula berlari ke kawasan yang selamat. 

Pemandu kereta terbabit terus keluar untuk memeriksa keadaan mangsa. Beberapa penunggang motosikal yang menyaksikan kejadian itu turut berhenti menuju ke arah mangsa. 



Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Zulkefly Yahya mengesahkan kejadian itu dan mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dan sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL). 

Pemandu terbabit telah dibawa ke balai untuk siasatan dan tindakan lanjut di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum lima tahun dan denda serta hilang kelayakan menunggang atau mendapatkan lesen memandu selama dua tahun. 


from The Reporter https://ift.tt/2JVyyUk
via IFTTT

Tikam alat sulit teman wanita suami, isteri dipenjara 8 tahun

shamsulazlan | 20:16 | 0 comments

Susulan dari kejadian seorang isteri menikam alat sulit teman wanita kepada suaminya selepas berpura-pura bersetuju diajak mengadakan hubungan seks secara berangkai (threesome) pada 24 Mac lalu, tertuduh yang bekerja sebagai pelayan kopi berusia 46 tahun dijatuhkan hukuman penjara selama lapan tahun, lapor Utusan Borneo. 

Tertuduh, Ting Hai Hua, berasal dari Kapit mengakut bersalah di atas pertuduhan tersebut sehingga mencederakan mangsa, yang dibacakan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Sibu, Stella Augustine Druce. 

Tertuduh mengaku secara sukarela menyebabkan kecederaan parah pada mangsa berusia 34 tahun dengan menggunakan sebilah pisau dalam kejadian di sebuah bilik sewa di Lorong Lajong kira-kira jam 8:00 malam hingga 9:30 malam. 

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan, jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebatan. 

Pendakwaan dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya Heng Yi Min, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. 

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap pada 24 Mac lalu. 

Sementara itu, suami tertuduh, Maram Mebang, 29, dari Kapit juga dijatuhkan hukuman penjara selama tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah mengadakan perhubungan seks dengan wanita lain yang sudah berkahwin. 

Maram didakwa kerana cuba memikat atau mempengaruhi wanita terbabit dengan niat untuk melakukan hubungan seksual dengannya di bilik sewa pada malam kejadian. 

Tertuduh yang bekerja sebagai kelindan lori didakwa mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. 

Mahkamah memerintakan tertuduh menjalani hukuman itu berkuat kuasa pada hari ini. 

Terdahulu, dalam kejadian malam 24 Mac lalu, Ting menikam alat sulit teman wanita suaminya kerana cemburu selepas mangsa mengadakan hubungan seks dengan Maram, sebelum melarikan diri dari tempat kejadian. 

BERITA BERKAITAN:


from The Reporter https://ift.tt/2OHoUDt
via IFTTT
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger