Enam warga Myanmar termasuk tiga wanita ditahan kerana disyaki melakukan jenayah samun dan pecah rumah di sekitar Klang dan beberapa lagi daerah berhampiran.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, kumpulan itu dipercayai dianggotai oleh 10 orang etnik Rohingya yang bermaharajalela melakukan jenayah sejak Februari lalu.
Bertindak di atas maklumat yang diperolehi, polis menahan dua suspek di sebuah hotel bajet di bandar Klang pada jam 12.15 tengah malam Jumaat lalu dan merampas sejumlah barang kemas yang dipercayai hasil kegiatan samun dan pecah rumah.
Empat lagi suspek ditahan tidak lama kemudian di sekitar Klang dan Kuala Langat. Turut dirampas sejumlah barang kemas yang sudah dipajak oleh suspek di dua kedai pajak di Teluk Panglima Garang.
Hasil rampasan barang kemas, telefon bimbit dan lain-lain dianggarkan kesemuanya berjumlah RM150,000.
Semua suspek ditahan masing-masing tiga lelaki dan wanita berusia 19 hingga 50 tahun itu memiliki kad Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) yang asli.
Siasatan mendapati, empat ahli kumpulan itu akan menaiki sebuah kereta Perodua Alza dan membawa senjata parang. Mereka menyasarkan mangsa samun di jalanan dan melakukan jenayah pecah rumah ketika penghuni keluar dari kediaman.
Polis kini sedang mengesan saki baki kumpulan itu terutamanya wanita yang dikenali sebagai Nurjahan yang dipercayai dalang utama dan tiga lelaki dikenali sebagai Md Alam, Hussin serta Raziq.
Polis percaya, dengan penahanan suspek itu berjaya menyelesaikan k45 kes samun dan pecah rumah di sekitar Klang, Kuala Langat dan Kuala Selangor selain 17 lagi kes di Klang Utara.
Kesemua suspek direman 14 hari dan disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan.
Sumber: Berita Harian
from The Reporter https://ift.tt/31QpQ0x
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment