Seorang lelaki berusia 23 tahun membuat laporan polis dan mendakwa dia nyaris menjadi mangsa rogol oleh lelaki gila seks.
Dalam kejadian yang berlaku pada 9.39 malam 29 Ogos lalu di Batu 4, Gombak, mangsa sebelum itu berada di hadapan rumahnya sebelum didatangi oleh jiran yang menyampaikan pesanan bahawa ada seorang lelaki mahu bertemu dengannya.
Tanpa mengesyaki apa-apa, mangsa pergi ke arah kereta lelaki itu dan secara tiba-tiba dia terus ditarik masuk ke dalam kereta.
Mangsa cuba menjerit meminta tolong dan dalam masa yang sama suspek membuka seluarnya.
Disebabkan terkejut, mangsa terus menendang kemaluan suspek dan terus melarikan diri. Tetapi suspek dapat mengejar mangsa yang kemudian menarik rambut dan menghempas kepalanya ke dinding rumah jiran.
Mangsa jatuh terbaring, lalu dicekik dan ditumbuk sehingga menyebabkan hidungnya mengalami pendarahan.
Kejadian itu disedari oleh jiran berhampiran dan suspek terus melarikan diri.
Mangsa dibantu oleh jirannya dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Bimbang dengan keselamatan diri, mangsa terus membuat laporan polis di Balai Polis Setapak untuk tindakan selanjutnya.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail mengesahkan menerima laporan tersebut dan pihaknya sedang menjalankan siasatan.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/3jBwOfV
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment