Adik maut kerana saluran darah utama (arteri) terkena hujung pisau pemotong sayur

shamsulazlan | 05:24 | 0 comments



Punca kematian seorang remaja lelaki berusia 16 tahun terkena tusukan pisau yang dibaling oleh kakaknya akhirnya diketahui, selepas polis mendapat laporan hasil bedah siasat yang dilakukan ke atas mayat mangsa di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Aminah (HSA). 


Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, mangsa maut akibat hujung pisau pemotong sayur dibaling kakaknya terkena pada arteri di bahagian kanan leher mangsa, menyebabkan berlaku pendarahan yang banyak. 


"Sebab kematian mangsa adalah kerana satu tusukan pisau dan hujung pisau itu terkena pada saluran darah utama (arteri) menyebabkan pendarahan yang banyak," katanya. 


Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dan pihaknya telah merampas pisau yang digunakan untuk siasatan lanjut. Tiada sebarang kecederaan lain yang ditemui pada badan mangsa. 


Kakak mangsa yang berusia 18 tahun telah direman selama enam hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Dua beradik berkenaan terdahulu dilaporkan bergaduh kerana berebut tempat duduk dalam kereta ketika pulang dari sekolah. Keadaan menjadi lebih teruk apabila mangsa mempersendakan kakaknya selepas sampai di rumah. 


Pelajar Tingkatan 6 dikatakan gagal mengawal diri lalu mengambil dan membaling pisau pemotong sayur yang terkena pada adiknya. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/d3WS6Ry
via IFTTT

'Ramai koyak bila tengok Cap tak koyak-koyak lagi' - Caprice nafi dakwaan dirinya koyak

shamsulazlan | 04:22 | 0 comments



Di kala ramai yang mendakwa Caprice atau nama sebenar Ariz Ramli, koyak dengan ciapan gurau senda Twitter Mydin Malaysia, selebriti itu tampil menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan dia masih berada dalam keadaan tenang. 


"Ramai orang kecam nak Caprice koyak, tapi dah ramai yang koyak bila tengok Caprice tak koyak-koyak lagi. Kita tenang," katanya melalui Instastory hari ini. 




Semalam, Caprice mengeluarkan kenyataan di Instagram yang menuntut video permohonan maaf dari pihak pasar raya berkenaan yang didakwa telah menyindirnya secara terbuka sehingga menyebabkan dia dikecam ramai. 


Namun, ruangan komen pada hantaran itu ditutup, membuatkan ramai yang tertanya-tanya mengapa Caprice berbuat demikian. 


Menurut Caprice, sebagai individu yang memfailkan kes itu, komen-komen di hantaran di Instagramnya mengenai Mydin boleh dibawa ke mahkamah. Begitu juga dengan mana-mana komen yang dimuat naik oleh orang awam di akaun rasmi pihak berkenaan. 




Bagi mengelakkan sebarang gangguan, Caprice membuat keputusan untuk menutup ruangan komen pada hantaran itu. 


Pengikutnya masih boleh memuat naik komen atau pandangan masing-masing  di hantaran lain yang tidak berkaitan dengan kes itu. 


Walaupun ada pihak yang mendakwa usaha memfailkan saman RM30 juta itu adalah sia-sia, tetapi tidak bagi Caprice yang mengambil contoh kes yang pernah berlaku pada portal MalaysiaKini. 


Portal MalaysiaKini pernah didapati bersalah kerana menghina mahkamah dengan menyiarkan komen pembaca yang menyerang badan kehakiman. Bagi kesalahan itu, MalaysiaKini diarah membayar denda sebanyak RM500,000. 




Sumber: Instagram Caprice

from The Reporter https://ift.tt/5gRfK80
via IFTTT

'Benda simple, tapi boleh hilangkan stress' - Lelaki kongsi info kurang cerdik dikecam teruk oleh netizen

shamsulazlan | 02:22 | 0 comments



Pihak berkuasa telah menetapkan, pemakaian tali pinggang keledar dalam kenderaan adalah wajib bagi tujuan melindungi keselamatan pengguna apabila berada di jalan raya.


Seiring dengan kemajuan industri automotif pada hari ini, hampir semua kenderaan memiliki fungsi peringatan dalam bentuk bunyi menjengkelkan dan kelipan lampu di bahagian papan pemuka agar pemandu atau penumpang segera memakai tali pinggang keledar. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan bunyi tersebut berulang untuk tempoh masa yang lama, sudah pasti menimbulkan rasa kurang selesa sesetengah orang. 


Walaupun tahu pemakaian tali pinggang keledar itu penting bagi mengaktifkan fungsi beg udara sekiranya terbabit dalam kemalangan, masih ramai yang enggan patuh dan mengambil mudah akan kepentingan pemakaiannya. Ditambah pula dengan tindakan sesetengah pihak menjual aksesori tambahan (buckle) bagi mematikan bunyi peringatan tersebut tanpa perlu memakai tali pinggang keledar, mengundang risiko dan bahaya kepada orang ramai.


Aksesori itu dijual dengan harga murah dan secara meluas di semua platform e-dagang tanpa sekatan, memudahkan orang ramai yang membeli aksesori itu yang kononnya boleh menghilangkan tekanan.


Semalam, tular di media sosial di mana seorang lelaki mempromosikan aksesori itu secara terbuka di dalam Facebook Group Honda City 2020 Malaysia, mengundang pelbagai reaksi netizen.


"Benda simple tapi boleh hilangkan stress," kata lelaki itu yang hanya dikenali sebagai Fawwaz. 




Di ruang komen netizen menyatakan rasa tidak berpuas hati dengan lelaki itu yang didakwa bukan sahaja berkongsi info yang tidak baik, malah boleh menyebabkan banyak nyawa melayang. 


"Simple bila tak jadi apa-apa. Nanti dah berlaku kemalangan, mulalah melalak sana tak betul, sini tak betul. Dia sajalah yang terpaling sakit," kata Amir. 


"Wah! Pakai seat belt pun stress ke? Manusia macam ni rasanya nak kencing pun dia stress," kata Ammar. 


"Tahukah anda? Jika pihak insurans dapat tahu benda ini ada dalam kereta semasa kemalangan, lagi-lagi kes kemalangan melibatkan kematian memang susah nak claim," kata Azari. 


"Ya, simple. Memang boleh menghilangkan s tress dan sekali gus menghilangkan nyawa kau," kata Tepetz. 


"Kalau bunyi warning signal pun boleh stress, berhentilah bawa kereta, naik komuter sajalah," kata Kay. 


"Orang yang buat benda ni konon tenang boleh hilangkan stress. Padahal menipu diri sendiri, menyorokkan ketidakpandaian dalam kepala otak mereka. Bila kemalangan nanti, confirm terus ke alam di sebalik mata. Bagus, kurang sikit manusia kurang cerdik," kata Haniff. 


Semakan di Facebook Group itu mendapati, hantaran itu telah dibuang selepas Fawwaz dikecam semua ahli group tersebut.




Sumber: Facebook Group Honda City 2020 Malaysia

from The Reporter https://ift.tt/Ww6DNqB
via IFTTT

'Banyak betul notifications masuk hari ni' - Mydin tak layan tuntutan video permohonan maaf dari Caprice?

shamsulazlan | 00:22 | 0 comments



Terkini mengenai perkembangan isu selebriti Caprice mempertimbang tindakan undang-undang terhadap Mydin Malaysia yang didakwa telah memuat naik ciapan berunsur sindiran atau perlian terhadap usahanya membantu mangsa yang terbabit dengan kes-kes besar membabitkan orang kenamaan. 


Ciapan awal Twitter Mydin hari ini mengakui mereka terkejut dengan penerimaan notifikasi yang banyak sehingga nama Mydin trending di platform berkenaan. 


Mydin yang dilihat seakan-akan tidak berminat untuk melayani tuntutan permohonan maaf yang disiarkan dalam bentuk video, sempat bertanya kepada pengikutnya adakah mereka sudah berbelanja di pasar rayanya. 



"Selamat pagi semua, banyak betul notification masuk hari ni. By the way, korang dah shopping dekat MYDIN belum?" ciap Mydin. 


Selain itu, Mydin memaklumkan pasar rayanya turut menjual cili kering, cili merah, cili hijau dan cili boh. Dan menasihatkan pelanggan untuk meletakkan sedikit cili pada masakan agar tidak terlalu 'pedas'. 



Sementara itu menurut seorang pengguna Twitter, tindakan saman terhadap Mydin mungkin akan berakhir dengan usaha yang sia-sia kerana Mydin tidak menyebut nama selebriti berkenaan. 


Ciapan Mydin juga dikatakan bukan bersifat mempersendakan, merendahkan atau menghina individu itu, apatah lagi memfitnahnya. 




Malah katanya, mahkamah tidak akan melayani tuntutan saman tersebut hanya disebabkan seseorang itu mendakwa dia telah dsindir oleh pihak lain. Jika mengikut undang-undang, sindiran atau parodi di media sosial tidak dikategorikan sebagai memfitnah. 


Dalam posting terbaru Caprice di Instastory, selebriti itu memaklumkan beliau mahu belanja rakyat Malaysia di pasar raya Mydin berupakan barang seperti beras, minyak dan tiga barangan keperluan lain secara percuma pada minggu depan. 


Namun, Caprice meminta orang ramai memilih sama ada program itu dilakukan di tiga cawangan Mydin iaitu Subang Jaya, Bukit Jelutong atau Batu Caves. 




Sumber: Twitter Mydin, Instagram Caprice

from The Reporter https://ift.tt/kmTIa5e
via IFTTT

'Jujurnya saya kecewa dengan Mydin' - Caprice tuntut Mydin mohon maaf atau berdepan dengan saman RM30 juta

shamsulazlan | 21:23 | 0 comments



Sudah menjadi satu kebiasaan bagi sesetengah pihak untuk membuat troll mengenai isu-isu semasa yang menjadi perbualan hangat di kalangan masyarakat. Perbuatan itu secara tidak langsung akan mencetuskan 'engagement' pada akaun media sosial masing-masing tanpa mengira kesannya negatif atau positif. 


Baru-baru ini, selebriti Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 34, menjadi bualan netizen ekoran kegigihan beliau mendedahkan bukti-bukti orang kenamaan melakukan perbuatan terkutuk dan berselindung di sebalik agama. 


Semalam, Caprice menuntut video permohonan maaf dari pasar raya Mydin atas tindakan pihak berkenaan memuat naik tweet yang berbaur sindiran terhadapnya. 


Mydin dalam tweet tersebut berkata, "Mula-mula ingat nak beli tea je, sekali terbeli cap dengan rice. Bila sampai rumah, rasa macam tak perlu cap dengan rice tu. Nasib Mydin bagi pulangkan balik dalam masa 24 jam". 




Disebabkan tweet itu, Caprice memuat naik kenyataan yang dipercayai dari peguamnya, menuntut permohonan maaf dari pihak Mydin. 


"Disebabkan hantaran @mydinmalaysia pada 19 Oktober, pelanggan (Caprice) kami telah mengalami penghinaan oleh jenama dan pasar raya yang kerap dikunjunginya untuk membeli-belah. 


"Disebabkan penghinaan ini, pelanggan kami tidak lagi berasa selamat dan trauma selama-lamanya dengan pekerja dan pelanggan dari @mydinmalaysia. 


"Kami akan meneruskan tindakan undang-undang dan berharap @mydinmalaysia mengeluarkan video permohonan maaf dan pampasan untuk hantaran tidak bertanggungjawab itu," katanya. 


Caprice juga memberi tempoh 24 jam kepada Mydin untuk membuat video permohonan maaf dan memadamkan hantaran yang dikatakan telah menjejaskannya atau berdepan dengan saman RM30 juta jika gagal berbuat demikian. 


Dalam masa sama, Caprice turut meluahkan rasa kecewa dengan tindakan sesetengah pihak menjadikan jenayah pedofilia dan mangsanya sebagai gurauan dan tidak hairanlah suspek kerap terlepas dari tindakan pihak berkuasa. 


"Terima kasih kepada yang memaklumkan kepada saya mengenai tweet Mydin. Jujurnya saya terkejut dan kecewa dengan jenama yang saya sanjung serta sokong telah bertindak menyindir atau memerli saya ketika saya sedang berjuang menentang kes-kes besar. 


"Dan kepada mereka yang masih tidak berpuas hati dengan saya, saya mohon maaf jika cara saya kasar bermula dari kes PU lagi. 


"Dari situ, ramai yang menyindir atau mengecam saya. Saya tahu ramai yang tak percaya dan tidak selesa (dengan pendedahan itu), inshaAllah kita akan sentiasa membantu dan membela mangsa. 




"Saya tahu ramai yang nak sangat saya koyak, walaupun selepas kena kecam gara-gara bongkar kes PU, walaupun selepas orang serang isteri dan gelar dia pelacur, walaupun selepas kita sokong seorang cikgu dan  tiba-tiba diperli sampai pengikut dia serang IG saya, walaupun selepas pasar raya terkemuka memerli saya secara terbuka di Twitter menyebabkan lebih ramai yang mengecam saya. 


"Kalau perkara yang sama terkena pada korang sendiri hanya 10 peratus pun, kebanyakan korang sendiri pun akan koyak," katanya. 


Sumber: Instagram Caprice



from The Reporter https://ift.tt/k1MCOoW
via IFTTT

Pas kawan yang tidak setia, punca BN bertanding solo di PRU15 - Zahid Hamidi

shamsulazlan | 06:22 | 0 comments



Barisan Nasional (BN) enggan mengadakan sebarang rundingan dengan PAS selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kerana parti itu bukan kawan yang setia. 


Presiden BN, Ahmad Zahid Hamidi berkata, pemimpin PAS tidak berpendirian tetap menyebabkan BN memilih untuk bergerak secara solo pada PRU15 dan bergantung harap pada parti komponen untuk membantu BN kembali memerintah negara. 


"Seharusnya PAS mempunyai pendirian teguh dalam membuat keputusan dalam menentukan kerjasama sebelum PRU15 kali ini. BN mahu kawan yang setia dan istiqamah selain yang sedia bersama susah dan senang bersama parti itu," katanya ketika berucap pada Program Solidariti Kestabilan dan Kemakmuran Dataran Serdang, hari ini. 


Ahmad Zahid berkata, Pas memaklumkan ingin berunding selepas pilihan raya, namun ketika itu sudah terlambat. 


"Jangan runding selepas pilihan raya, kita bukan riak, sombong, takut atau pengecut. Rakyat sudah sedar dan akan beri kepercayaan semula kepada BN. 


"Ketika itu apabila kita berjaya membentuk kerajaan, baru ada orang terhegeh-hegeh hendak jumpa kita, kita akan cakap cukup sampai di sini dan semua sudah terlambat," katanya. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/NHXLGyU
via IFTTT

PM Ismail akui Bajet 2023 adalah janji BN kepada rakyat jika menang PRU15

shamsulazlan | 02:22 | 0 comments



Perdana Menteri (Sementara) Ismail Sabri Yaakob menjelaskan kenyataannya berhubung pemecatan 12 menteri Perikatan Nasional (PN) dari Kabinet Kerajaan kerana menghantar surat bantahan pembubaran Parlimen, adalah sekadar berseloroh sahaja. 


Terdahulu media melaporkan Ismail mengungkap kata-kata itu semasa memberi ucapan di majlis solidariti bersama 3,000 pemimpin dan ahli Barisan Nasional (BN) di Bagan Datuk. 


"Dalam hal ini, kalau saya serius.. menteri-menteri PN sudah kena pecat. Tetapi mereka masih ada dalam Kabinet. Saya tak pecat, itu maksudnya saya berselorohlah," katanya. 


Semalam, salah seorang anggota Kabinet, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Dr Abd Latiff Ahmad mengakui terkilan dkerana kenyataan seperti itu tidak wajar disebut dalam ucapan biarpun disampai secarra gurauan dan sinikal. 


Sementara itu, Ismail berkata segala intipati di dalam Bajet 2023 yang dibentang di Parlimen adalah 'janji' yang akan dan mampu dilaksana dari segi kewangan, berbeza dengan manifesto.


Perdana Menteri berkata, bajet tidak boleh 'ditipu' dan semua yang dijanjikan telah dikaji secara teliti sebelum dibentang di hadapan Ahli Parlimen dan rakyat Malaysia.


"Manifesto ini macam-macam boleh, langit dan bintang semua dia janji, kalau boleh bulan tu nak dibawa jatuh ke riba, tetapi cukuplah sekali terkena, jangan kita lupa dahulu macam-macam janji dalam manifesto mereka.


"Tetapi bila kita bentang bajet, duit dah tersedia, ini bezanya. Kita bukan janji kosong, duit dah ada, kita dah bincang dari segi kewangan, mencukupi atau tidak…kita dah siap sedia kewangan cuma tunggu kelulusan, ini beza bajet dan manifesto," kata beliau.


Ismail Sabri bagaimanapun mengakui walaupun bajet itu telah dibentang di Parlimen, ia masih 'tergantung' dan menunggu kelulusan Ahli Parlimen.


"Jadi tergantung, kita boleh selesaikan masalah tergantung ini, kuasa di tangan tuan-tuan dan puan-puan, pastikan lepas PRU15, perdana menteri yang sama, kabinet yang baharu dibentuk di bawah saya…insya-Allah bajet yang kita luluskan akan dibentang semula dan diluluskan dalam kerajaan baharu yang akan dibentuk nanti," kata beliau.


Bajet 2023 berjumlah RM372.3 bilion dibentang Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 7 Okt lepas, sebelum Parlimen dibubarkan tiga hari kemudian.


Mengenai Bajet 2023, Ismail Sabri berkata antara lain kerajaan memperuntukkan sebanyak RM7.8 bilion untuk pemberian bantuan tunai yang akan memanfaatkan seramai 8.7 juta penerima, iaitu jumlah peruntukan dan penerima terbesar dalam sejarah.


"Kita jaga kepentingan rakyat. Selaku menteri yang lama dalam Barisan Nasional, tanggungjawab kita jelas iaitu untuk memperkasakan dan membela kepentingan rakyat di akar umbi ini," kata beliau.


Sementara itu, mengenai Program Kemampanan Komuniti Bandar (PKKB), Ismail Sabri berkata, ia diperkenalkan kerajaan dalam usaha mengimbangi kesan pembangunan pesat dan komuniti bandar selain bagi meningkatkan kesejahteraan sosial dan memperkukuhkan keharmonian dalam komuniti.


"Pelaksanaan PKKB dibuat setelah mengambil kira kepentingan semua lapisan dan menjalinkan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak termasuk Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO)," kata beliau.


Perdana Menteri berkata kerajaan juga telah memperuntukan sebanyak RM2.25 juta bagi pelaksanaan PKKB di Semenanjung Malaysia dan akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak.


Sumber: Harian Metro, Bernama



from The Reporter https://ift.tt/CGA4mIh
via IFTTT
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger