(Video) Enggan ditahan, 2 penjenayah bertindak agresif sampai polis terpaksa tembak tayar

shamsulazlan | 04:24 | 0 comments


Dua penjenayah bertindak agresif dengan merempuh lebih kurang tiga kenderaan di persimpangan lampu isyarat selepas enggan memberi kerjasama kepada polis yang meminta mereka untuk berhenti dan keluar dari kenderaan. 


Dalam kejadian yang berlaku di Bulatan Sierramas, Sungai Buloh pada jam 12.40 tengah hari tadi, suspek yang memandu kereta Proton Waja dikepung polis dan bertindak menekan minyak dan merempuh lori di hadapannya. 


"Dua lelaki itu enggan membuka pintu kereta dan menyerah diri. Pemandunya menekan minyak dan merempuh lori di hadapannya. Kejadian berlaku di persimpangan lampu isyarat ketika kebanyakan kenderaan sedang berhenti susulan lampu merah," kata saksi kejadian. 


Keengganan dua perjenayah itu memberikan kerjasama dan bertindak di luar kawalan menyebabkan anggota polis berkenaan melepaskan tembakan pada tayar kereta suspek. 


Bagaimanapun, suspek berjaya meloloskan diri sebelum kereta yang dinaiki mereka ditemui ditinggalkan berhampiran MRT Damansara Damai. Suspek dipercayai melarikan diri ke kawasan berlukar berhampiran. 


"Saya rasa anggota polis terbabit amat berdiplomasi dan menggunakan kekerasan minimum. Mereka tidak menembak penjenayah terbabit walaupun berpeluang melakukannya. 


Di media sosial, netizen memuji tindakan pemandu lori dan Perodua Myvi yang tidak berganjak bagi menghalang kenderaan suspek walaupun menyebabkan kerosakan pada kenderaan mereka. 




Sumber: Harian Metro, Info Roadblock JPJ/POLIS



from The Reporter https://ift.tt/3dOg9pZ
via IFTTT

'Memang saya nak bunuh dia' - Gamer Brazil bunuh pesaingnya ketika main Call of Duty: Mobile

shamsulazlan | 19:24 | 0 comments


Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun di Brazil ditahan polis selepas dia tampil menyerah diri di balai dan mengaku telah membunuh remaja perempuan berusia 19 tahun yang menjadi pesaingnya ketika bermain Call of Duty di rumahnya. 


Guilherme Alves membuat pengakuan mengejutkan itu, setengah jam selepas dia membunuh Ingrid Oliveira di rumahnya dan memuat naik video pengakuan di atas perbuatannya di media sosial pada Isnin lalu. 


Dalam video lain, Alves dilihat masih mampu tersenyum selepas digari oleh polis di bandar Pirituba, di utara Sao Paulo. 


Ketika disoal oleh pihak berkuasa mengapa dia membunuh Oliveira, Alves berkata, "..kerana saya mahu."


Suspek dipercayai mengenali mangsa secara dalam talian ketika bermain Call of Duty: Mobile bulan lalu dan dilaporkan telah merancang untuk melakukan pembunuhan tersebut sekurang-kurangnya dua minggu sebelum kejadian. 


Mayat Oliveira ditemui oleh sepupu kepada Alves. Alves dikatakan menikam Oliveira beberapa kali. Dalam video pengakuan awalnya yang dimuat naik ke media sosial, Alves yang tidak mempunyai rekod jenayah itu mahu netizen yang menonton video tersebut percaya bahawa darah itu benar-benar milik Oliveira. 


"Korang fikir ni dakwat, tetapi bukan. Aku dah bunuh dia betul-betul," katanya. 


Penganggur itu sebelum ini tidak pernah berjumpa dengan Oliveira dan hanya kerap berhubung melalui telefon dan berbuat di dalam permainan itu. Sehinggalah baru-baru ini dia menjemput Oliveira datang ke rumahnya untuk bermain Call of Duty: Mobile. 


Oliveira menggunakan nama samarannya 'Sol' dalam permainan itu dan merupakan ahli kepada pasukan E-Sport yang digelar FBI E-Sports. 


Begitu juga dengan Alves yang juga mempunyai pasukannya sendiri dikenali sebagai Gamers Elite yang menggunakan nama samaran 'Flashlight'. 


Sumber: Daily Mail



from The Reporter https://ift.tt/2ZOqlq6
via IFTTT

Beginilah rupa biri-biri setelah lima tahun tidak ‘bercukur’

shamsulazlan | 19:24 | 0 comments


Kambing biri-biri atau bebiri adalah sejenis mamalia yang biasa dipelihara sebagai ternakan untuk mendapatkan bulu, daging dan susu. Penternakan haiwan ini diamalkan di seluruh dunia, malah merupakan asas kepada banyak tamadun. 


Tetapi tahukah anda bahawa bulu biri-biri perlu dicukur setiap tahun, jika tidak bulunya akan berkembang sehingga sukar untuk digambarkan apakah mereka masih biri-biri ataupun sebaliknya. Itulah yang berlaku pada seekor biri-biri di Australia, yang tidak dicukur dalam tempoh lima tahun. 


Gambar seekor biri-biri 'liar' ditemui di hutan Australia, viral di media sosial baru-baru ini disebabkan bulunya yang kelihatan begitu teruk. 


Biri-biri yang diberikan nama Baarack itu diselamatkan oleh Edgar's Mission Farm Sanctuary di Lancefield, Victoria, di mana haiwan itu dipercayai pernah dimiliki oleh peladang berdasarkan penemuan tanda di telinganya.


Ketika ditemui, Baarack hampir tidak kelihatan seperti biri-biri. Keseluruhan badannya dilitupi dengan bulu dan kotoran seberat 35 kilogram. 


"Walaupun kuku kakinya berada dalam keadaan baik biarpun berjalan di batuan di hutan, kesihatannya sedikit terjejas. Dia mengalami kurang berat badan dan disebabkan bulunya yang begitu tebal, dia hampir tidak dapat melihat," kata Kyle Behrend dari Edgar's Mission. 


"Biri-biri perlu dicukur sekurang-kurangnya setiap setahun, jika tidak bulunya terus tumbuh dan tumbuh seperti apa yang berlaku pada dia sebelum ini," katanya. 



Mencukur bulu biri-biri biasanya mengambil masa yang singkat sahaja. Tetapi dalam kes Baarack, proses itu memakan masa lebih sejam. 


Baarack bernasib baik kerana ditemui oleh awam yang terserempak dengannya di dalam hutan dan kini diselamatkan dan ditempatkan di pusat perlindungan haiwan. 


Sumber: Oddity Central



from The Reporter https://ift.tt/3pRkLOt
via IFTTT

Dirogol suami ketika hamil, isteri bunuh suaminya & terus dipenjara selepas mengaku bersalah

shamsulazlan | 18:24 | 0 comments


Seorang wanita di Tamil Nadu, India ditahan polis kerana membunuh suaminya yang memaksa dia untuk melakukan hubungan intim ketika dia sedang hamil.


Lapor The Times of India, suspek berusia 21 tahun itu membunuh suaminya dengan cara mencampurkan racun serangga di dalam makanannya. Selepas kejadian itu, suspek, A Mythily, tampil menyerah diri kepada polis. 


Difahamkan, Mythily dan suaminya, N Nandha Kumar, baru saja mendirikan rumah tangga sejak lapan bulan lalu dan suspek kini sedang hamil lima bulan. 


Mythily merupakan isteri kedua mangsa, mengaku dia selalu diseksa oleh suaminya dan dipaksa melakukan hubungan intim walaupun mengetahui dirinya sedang hamil. 


Tidak tahan dengan perbuatan suaminya, suspek mengambil keputusan untuk meracun mangsa yang disahkan mati dalam kejadian yang berlaku pada 15 Februari 2021. 


Inspektor polis di Balai Polis Andhiyur, S Ravi berkata, Mythily terus disumbat ke dalam penjara biarpun dalam keadaan dirinya hamil, setelah dia dalam keterangannya mengaku telah membunuh suaminya. - Agensi



from The Reporter https://ift.tt/3sxf9KH
via IFTTT

'Boleh operate, tapi tak nak ubat bius' - Respon suami bila doktor maklumkan isterinya hamil 40 minggu perlu dibedah

shamsulazlan | 18:24 | 0 comments


Perkongsian seorang pegawai perubatan mengenai pasangan suami isteri 'terpaling pandai' dalam soal bersalin walaupun baru pertama kali menimang cahaya mata, membuatkan netizen geleng kepala. Mana tidaknya, perkara yang diminta si suami boleh dikatakan tidak masuk akal dan bertentangan dengan amalan perubatan pada masa kini. 


Sebab itu adalah penting bagi perempuan sebelum bercinta atau berkahwin, bertanyalah soalan-soalan asas sama ada si lelaki itu:


  • Anti vaksin ke?
  • Lebih suka isteri beranak di hospital atau rumah?
  • Kalau tiada doktor perempuan, boleh ke doktor lelaki? 
  • Anak wajib sekolah tak?
  • Rumah isteri kena bayar pada suami?


Kerana ia penting bagi menjamin masa depan keluarga. Selain itu, carilah pasangan yang sekufu. Bukan hanya soal duit sahaja, latar belakang pendidikan juga perlu diambil kira. Biar sama atau suami lebih tinggi kerana apa-apa dia yang membuat keputusan sebagai ketua keluarga. 


TIBA-tiba teringat suatu pagi, seorang perempuan datang ke dewan bersalin, nak bersalin tetapi tak nak ubat tahan sakit. Sudahlah kandungan pertama, tak pernah rasa sakit bersalin macam mana, tetapi pandai cakap macam dah bersalin 10 orang. 


Yang paling malangnya, suami yang tak rasa sakit bersalin itu beritahu doktor, "Isteri saya tak perlu ubat tahan sakit". 


Doktor beri penjelasan yang kandungannya dah 40 minggu, 8 hari (post date), kemungkinan baby lemas dan perlukan operation. Tahu apa permintaan dia?


"Boleh operate, tetapi tak nak ubat bius." 


I be like... Ouh menariknya. Teringin juga nak tengok orang operate tanpa bius. 


Bila isteri dia dah masuk dewan bersalin empat jam, ubat tahan sakit semua dia minta. Lepas empat jam kena operate juga sebab baby dah lemas. Isteri dia setuju tanpa soalan. Jadi kita abaikan suami dia yang 'kebal' itu. Sebab suaminya cuma kena dimaklumkan dan kebenaran pesakit yang beri. 


Tak adalah rezeki kita nak tengok operate mentah-mentah. 


Selepas setengah jam in labour, request entonox. Selepas empat jam itu, baby distress kena operate. Isteri bagi je consent. MO inform je suami dia, yang isteri dia keen for operation cepat-cepat. Malas nak dengar apa-apa dari dia sebab consent dapat dari isteri dia, tak perlu consent dia. 


Sumber: Facebook NFZ



from The Reporter https://ift.tt/2NDLC3e
via IFTTT

Kompaun RM10,000 jika didapati langgar SOP cegah Covid-19, bermula 11 Mac

shamsulazlan | 17:24 | 0 comments


Kompaun sehingga RM10,000 boleh dikenakan kepada individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi pencegahan dan kawalan Covid-19.


Berdasarkan paparan di e-Warta Persekutuan, menerusi Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 yang diwartakan hari ini, kompaun berkenaan akan berkuat kuasa 11 Mac depan.


Kini, denda RM1,000 dikenakan kepada individu atau syarikat yang dikesan melakukan kesalahan berkenaan.


Menerusi pindaan itu juga, syarikat atau pertubuhan yang melakukan kesalahan sama boleh dikenakan kompaun sehingga maksimum RM50,000.


Selain itu, orang ramai yang melakukan kesalahan Ordinan Darurat boleh ditangkap, manakala individu dijangkiti atau disyaki terkena jangkitan atau menjadi kontak pula boleh dipakaikan dengan peranti pengesanan.


Pemasyhuran ordinan itu dibuat Yang di-Pertuan Agong yang berpuas hati tindakan serta-merta dikehendaki bagi meminda Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).


Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 diwartakan susulan Proklamasi Darurat dikeluarkan Yang di-Pertuan Agong, mengikut Perkara 150, Perlembagaan Persekutuan, 11 Januari lalu.


Kadar kompaun terbabit dinaikkan, susulan penggantian Seksyen 25 yang memberi kuasa kepada Ketua Pengarah Kesihatan atau mana-mana pegawai kesihatan yang diberi kuasa oleh Pendakwa Raya.


Pindaan terhadap penalti am mengikut Seksyen 24 Ordinan sama, bagi kesalahan yang tiada penalti diperuntukkan dengan nyata kini boleh didenda sehingga RM100,000 atau dipenjara maksimum tujuh tahun atau kedua-duanya sekali.


Peranti pengesanan iaitu gelang tangan atau peranti yang diberikan pegawai yang diberi kuasa dan sebarang perbuatan memusnah, merosak, menghilang atau mengubahnya, menjadi satu kesalahan.


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/3qZVOBF
via IFTTT

'Mungkin dia sempat keluar, nak merangkak ke jalan besar tapi tak sempat' - Pemandu ditemui tinggal tengkorak selepas 10 bulan terbabit kemalangan

shamsulazlan | 08:24 | 0 comments


Jumaat, 19 Februari 2021, mayat seorang individu ditemui hanya tinggal tengkorak selepas dipercayai hampir 10 bulan terbabit dalam kemalangan di Kilometer 122.4 Lebuhraya Utara Selatan, arah Yong Peng-Pagoh. 


Mayat pemandu kereta HHyundai Sonata itu ditemui oleh pekerja penyelenggaraan lebuh raya yang pada ketika itu sedang melakukan kerja-kerja pembersihan longkang di cerunan tepi sebelah kiri lebuh raya tersebut pada jam 1.10 tengah hari. 


Kedudukan kereta itu agak terlindung di sebalik semak yang bercerun dengan jarak lebih kurang 67 meter dari lebuh raya. Tengkorak pemandunya pula ditemui berhampiran dengan kereta. 


Polis percaya pemandu terbabit hilang kawalan sebelum terbabas dan terjatuh di bawah cerunan itu. Identiti mangsa juga telah dikenalpasti dan polis percaya ia berkaitan dengan satu laporan polis orang hilang yang dibuat pada Jun 2020. 



Kes itu mendapat perhatian netizen yang bersimpati dengan nasib mangsa. Juga tampil beberapa individu yang mendedahkan pernah terbabit dalam kemalangan di lokasi yang sama. 


"Ingat lagi masa 2016, eksiden di KM123.4 kat Yong Peng juga. Masuk gaung saya masa tu, padahal tengah dengar radio dan tiba-tiba tersedar dekat gaung. Alhamdulillah, kereta je hancur sebelah kiri. 


"Dalam masa yang sama, member beritahu sehari sebelum itu, jiran dia meninggal akibat eksiden kat situ. Dan sehari selepas saya eksiden, ada satu family eksiden di tempat itu juga. Ada perangkap ke kat situ?" - M Iman. 


"Highway ni, hmm sampai sekarang tak boleh lupa. Highway Yong-Peng - Pagoh sama tempat arwah abang saya kemalangan 10 tahun lepas. Sama terbabas dan masuk gaung. Beberapa jam kemudian baru orang perasan ada kesan jatuh gaung. Al-Fatihah." - Fiefie. 


"Sama, highway Yong-Peng - Pagoh ini pun tempat arwah kakak saya accident 8 bulan lepas. Al-Fatihah". - Zati


"Saya pernah accident di kawasan itu dulu dalam tahun 2007. Honda Civic FD saya total lost. Masa tu ada orang nampak. Rupanya, lapan jam sebelum kami accident, ada student universiti accident juga, meninggal terus. Kereta memang dah tak ada bentuk, rupa besi buruk. Berpunca dari tayar koyak yang disengajakan oleh tema towing yang sengaja mendajal untuk dapatkan job". - Jeehan. 


"Hujung kampung saya ni, kawasan laluan jin kata orang tua-tua. Tepi tu hutan simpan kekal. Almost everyday ada excident". - Zaiwa. 


Sumber: Harian Metro, Twitter Mohd Redzuan Abdul Manap



from The Reporter https://ift.tt/2MpPwwd
via IFTTT
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger