Adik tikam kakak sampai mati kerana tak nak bagi pinjam phone sebelum terjun bunuh diri

shamsulazlan | 08:02 | 0 comments

28 Oktober lalu, seorang remaja lelaki berusia 16 tahun menikam kakaknya sehingga mati sebelum membunuh dirinya dengan terjun dari bangunan. 

Lapor Oriental Daily, remaja di China itu terdahulu mahu meminjam telefon pintar kakaknya yang berusia 21 tahun itu untuk bermain permainan video, tetapi mangsa tidak memberi keizinan untuk berbuat demikian. 

Berang permintaannya ditolak, suspek terus mengambil pisau dan menikam kakaknya sehingga mati. Kemudian suspek terjun dari tingkap rumah di tingkat 23. 

Ketika kejadian, keluarga mereka berada di rumah. Namun hanya si ibu yang mendengar pergaduhan dua beradik itu, malah menyaksikan suspek menikam mangsa sebelum terjun keluar dari tingkap. 

Si ibu tidak sempat menghalang anak lelakinya berbuat demikian. 

Lebih menyedihkan, sehari sebelum kejadian itu merupakan ulang tahun kelahiran ibu mangsa dan dia tidak menyangka akan kehilangan dua orang anaknya sekali gus. 



from The Reporter https://ift.tt/31ZOXuK
via IFTTT

Lelaki mengaku tidak bersalah liwat isterinya 104 kali & cabul 3 anak perempuannya

shamsulazlan | 07:04 | 0 comments

Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar hari ini mendakwa seorang penjawat awam di atas 104 pertuduhan seks luar tabii kerana meliwat isterinya dan tujuh pertuduhan amang seksual (cabul) terhadap tiga anak perempuannya.

Tertuduh berusia 42 tahun yang bekerja sebagai pemandu itu didakwa meliwat isterinya sejak Mac hingga Jun lalu dan mencabul tiga anak perempuannya berusia 12, 10 dan lima tahun pada Mei dan Jun lalu. 

Tertuduh didakwa meliwat isterinya berusia 37 tahun dengan purata dua atau tiga kali hampir setiap hari bermula 1 Mac hingga 3 Jun lalu antara jam 12.30 tengah malam hingga 11.30 malam, tanpa kerelaan isterinya di kediaman mereka di Sungai Siput. 

Bagi 104 pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun, serta sebatan. 

Bagi pertuduhan amang seksual, tertuduh didakwa mencabul tiga anak perempuannya pada 4 dan 7 Mei lalu serta 4 Jun lalu di lokasi sama pada jam 6 petang dan 9 malam.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa enam pertuduhan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap kanak-kanak 2017 dan satu pertuduhan mengikut Seksyen 14 akta sama yang dibaca bersama Seksyen 16 akta sama, jika disabit kesalahan dia boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta tambahan lima tahun dan dua sebatan jika membabitkan anak.

Bagaimanapun, tertuduh memgaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan. 

Pihak pendakwaan membantah tertuduh diberi ikat jamin kerana mangsa membabitkan isteri dan anak-anak yang berkemungkinan tertuduh boleh mengganggu mangsa-mangsanya. 

Namun tertuduh dalam rayuannya memohon dibenarkan jamin susulan dia tidak lagi tinggal bersama kesemua mangsa-mangsa selain dalam proses perceraian dan hanya bekerja sebagai pemandu dengan pendapatan RM1,000 sebulan. 

Hakim kemudian tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 28 November ini bagi sebutan semula kes. 

Sumber: Harian Metro


from The Reporter https://ift.tt/2PwAkN2
via IFTTT

Meninggal dunia kerana masalah jantung

shamsulazlan | 02:05 | 0 comments

Guru wanita yang ditemui mati di rumahnya di Kampung Banggol, Jeneri, Sik petang semalam disahkan meninggal dunia kerana masalah jantung. 

Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, keputusan bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar mendapati, punca kematian mangsa adalah disebabkan 'Coronary Atherosclerosis' atau kegagalan arteri pada jantung. 

Bedah siasat tidak menemui sebarang kecederaan lain pada tubuh mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. 

Sumber: Harian Metro

LAPORAN BERKAITAN


from The Reporter https://ift.tt/2Jt3bxR
via IFTTT

Murid 8 tahun lumpuh selepas dipaksa lakukan 'push-up' 10 kali sebagai denda

shamsulazlan | 01:04 | 0 comments

Seorang murid perempuan berusia lapan tahun mengalami kecederaan saraf tunjang dan lumpuh separuh badan selepas dia dipaksa melakukan 'push-up' di kelas kerana melakukan kesilapan ketika membaca teks yang diberikan. 

Biarpun sudah tiga tahun berlalu, keadaannya masih tidak berubah. Dalam tempoh itu, ibu bapa mangsa juga telah membelanjakan banyak wang untuk membiayai kos perubatan mangsa dan kini mengambil keputusan untuk memfailkan saman terhadap pihak sekolah berkenaan. 

Insiden itu berlaku pada 6 Disember 2016 di mana mangsa melakukan kesilapan ketika membaca teks yang diberikan lalu dipaksa melakukan push up di podium sebagai denda. 

Mangsa hanya mampu melakukan denda itu sebanyak lapan kali, tetapi rakan sekelasnya yang lain tidak berpuas hati dan meminta mangsa melakukan lebih lagi. 

Mangsa akur dan melakukannya. Namun pada push up yang ke-10, bahagian belakang bawah badannya terasa sakit menyebabkan dia tidak dapat bangun. Bimbang melihat keadaan itu, mangsa terus dikejarkan ke hospital. 

Malangnya, doktor tidak dapat mencari punca sebenar kecederaan mangsa lalu dirujuk ke hospital lain sebelum disahkan mengalami kecederaan saraf tunjang yang menyebabkan dia lumpuh separuh badan. 

Disebabkan kekangan kewangan, keluarganya tidak mampu membayar kos rawatan mangsa. Keadaan itu menyebabkan betul tulang rusuk dan kaki mangsa mengecut teruk. 

Difahamkan, ibu bapa mangsa telah menanggung kos rawatan anak mereka sebanyak 200,000 yuan (RM118,517). tetapi sekolah dan kerajaan hanya memberi 60,000 yuan (RM35,000).

Ibu bapa mangsa kesal dengan jumlah yang diberikan dan menganggap pihak sekolah langsung tidak serius dan bertanggungjawab. 

Mereka kemudian membawa perkara itu ke mahkamah.

Kes itu kini sedang dibicarakan dan dalam kenyataan terkini sekolah berkenaan berkata, pihaknya akan memberi kerjasama sepenuhnya dalam siasatan itu serta menghormati segala keputusan yang ditetapkan kelak. 



from The Reporter https://ift.tt/2Nmt57G
via IFTTT

Kucing diikat, dibuang dalam longkang

shamsulazlan | 00:26 | 0 comments

Kejamnya manusia. Dibela bila suka, dibuang bila dah kurang kasih sayang. Itulah nasib yang menimpa seekor kucing hitam yang hampir mati terbiar di dalam longkang. 

Gambar yang dimuat naik Facebook Dunia Kucing Malaysia pada 22 Oktober lalu meruntun hati netizen. Kucing yang tidak berdosa itu diikat pada kaki dan dibuang dalam longkang.

"Kejamnya manusia. Kucing ini diikat dan dibuang ke dalam longkang. Nasib baik sempat diselamatkan."


Tidak diketahui siapa pelaku dan apa motifnya, namun netizen percaya perbuatan itu didalangi oleh pemilik yang berkemungkinan berang dengan kucing itu yang berak di dalam rumah. 



from The Reporter https://ift.tt/2pt6oXp
via IFTTT

Denda RM8,250 kerana simpan 55 video lucah

shamsulazlan | 00:26 | 0 comments

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman denda RM8,250 terhadap seorang pemilik kedai telefon kerana menyimpan 55 video lucah di dalam telefon pintarnya. 

Majistret Nur Farahain Razlan menjatuhkan hukuman itu selepas See Foo Hoong, 36, mengaku bersalah di atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya itu. 

Berdasarkan pertuduhan, See Foo didakwa memiliki 55 video lucah di simpan dalam iPhone di sebuah kedai di Jalan Radin Bagus, Bandar Baru Sri Petaling, pada jam 12.30 petang, 25 Oktober 2018. 

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan (Akta 574) jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. 

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia, Nazrul Nizam Zameri, manakala tertuduh diwakili peguam KT Tang.

Sebelum itu, Tang merayu agar anak guamannya itu dikenakan hukuman ringan berbentuk denda kerana tertuduh perlu menanggung keluarga dan sudah insaf serta kesalahan itu adalah kesalahan pertamanya. 

Namun, Nazrul memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal agar dapat memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang ramai. 

Sumber: Harian Metro


from The Reporter https://ift.tt/34imbXT
via IFTTT

Wanita tikam kekasihnya sampai mati kerana kecewa 'pisang' tak cukup tegang ketika bersama

shamsulazlan | 21:20 | 0 comments

Seorang wanita berusia 39 tahun di Taiwan dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun kerana membunuh kekasihnya hanya kerana lelaki itu gagal menegangkan 'pisang'nya pada tahap maksima ketika mereka melakukan hubungan intim. 

Mangsa yang dikenali sebagai Guo, 47, sebelum kejadian itu, menjemput teman wanitanya, You, 39, datang ke rumah untuk melakukan hubungan intim. Namun Guo menghadapi masalah ketika melakukannya. 

You mengesyaki Guo tidak dapat menegangkan alat sulitnya kerana lelaki itu sudah melakukan hubungan intim dengan wanita lain sebelum menjemputnya datang ke rumah. 

Lapor China Press, You juga mendakwa sebelum ini mangsa pernah kantoi curang terhadapnya dan terus membuat keputusan tidak berbaloi untuk dia meneruskan hubungan itu. 

"Kita tak payah berjumpa lagi selepas ini," katanya dan menikam mangsa di leher dan perut sebelum pulang ke rumah dan cuba membunuh diri. 

Namun, tindakannya itu disedari oleh keluarga, lalu berusaha memujuknya.

Selepas mengetahui cerita sebenar, keluarga itu membawa You ke balai polis untuk membuat laporan berhubung kejadian itu. 

Kejadian itu berlaku pada Julai 2018 yang baru-baru ini dibicarakan di mahkamah di mana suspek masih kekal dengan kenyataannya mendakwa mangsa telah mengadakan hubungan intim dengan wanita lain sebelum bersama dengan dia. 

"Saya tahu dia dah buat sebelum panggil saya datang sebab dia tak cukup 'tegang'." 

Selain itu, You juga mendakwa mangsa pernah mempunyai tiga teman wanita dalam satu masa. Tetapi dia masih terima Guo walaupun hatinya sakit. 

Lama kelamaan You tidak mahu lagi meneruskan hubungan itu. Tetapi Guo akan menghubungi You jika dia mahu mengadakan hubungan intim meskipun mereka sudah putus hubungan. 

Tidak diketahui sama ada You akan membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah itu atau tidak.



from The Reporter https://ift.tt/2JzK0Cm
via IFTTT
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger