'Dia pesan, jaga diri baik-baik' - Wanita hamil bersama 2 keluarganya hilang selepas rumah dihanyutkan arus deras banjir di Baling

shamsulazlan | 20:22 | 0 comments

Foto Bernama


Tiga sekeluarga termasuk seorang wanita hamil empat bulan dipercayai hilang selepas rumah mereka dihanyutkan arus deras dalam kejadian banjir yang melanda Kampung Iboi, Kupang di Baling petang semalam.


Abd Rahman Said, 71, berkata ketiga-tiga mangsa ialah isterinya Salmah Mat Akib, 53, menantunya Nurul Hanis Abu Hassan, 23, dan anak tirinya Mohd Khairul Ikhwan Nor Azman, 14.


Katanya ketika kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang, menantunya itu sempat menelefon memberitahu keadaan air yang semakin naik di kawasan rumah terbabit.


"Ketika kejadian saya tidak berada di rumah dan bila menantu telefon saya beritahu dia saya dalam perjalanan balik. Tapi dalam perjalanan balik itu banyak halangan di jalan raya. Jadi saya lambat sampai ke rumah.




"Apabila sampai saya lihat jambatan dah tak ada sebab dihanyut arus, saya terus parkir kereta dan berlari ke rumah tapi saya tengok rumah saya pun sudah tidak ada," katanya ketika ditemui pemberita di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Jerai hari ini.


Abd Rahman berkata isterinya yang terlantar kerana strok ditemani menantunya yang sedang mengandung anak sulung serta anak tirinya di rumah itu.


Katanya mereka mungkin tidak sempat menyelamatkan diri kerana kejadian berlaku begitu pantas.


Minta balik jaga emak


Tambah Abd Rahman, kejadian banjir itu adalah yang terburuk pernah berlaku di kawasan itu yang menyebabkan rumahnya musnah 100 peratus dan dihanyutkan arus.


"Setakat ini saya belum terima apa-apa berita mengenai nasib mereka, tapi saya berharap mudah-mudahan mereka selamat. Tapi jika ditemukan tidak selamat sekalipun saya reda," katanya sambil mengesatkan air mata.




Sementara itu, suami Nurul Hanis, Khairul Ashraf Nor Azman, 24, berkata ketika kejadian dia sedang bekerja di Pulau Pinang dan sepatutnya pulang hari ini bagi membawa isteri melakukan pemeriksaan kandungan.


Kata Khairul Ashraf, dia menerima panggilan daripada kakaknya mengenai kejadian banjir itu dan terus bergegas pulang, namun apabila sampai rumah yang didiami isterinya itu telah hilang dibawa arus deras.


"Saya dan isteri tinggal di Pulau Pinang, namun isteri saya minta balik ke kampung dan tinggal dengan emak untuk jaga dia sebab emak saya kena strok," katanya yang mendirikan rumah tangga pada Feb lalu.


Khairul Ashraf berkata kali terakhir dia bertemu dengan isterinya pada minggu lepas dan isterinya itu sempat meninggalkan pesan supaya menjaga diri baik-baik.


"Sebelum kejadian kami juga sempat berbalas mesej dan dia meminta saya membelikan dia makanan dan macam-macam benda lain, tapi bila kejadian ini berlaku tak sempat saya nak tunaikan permintaan dia," katanya.


Khairul Ashraf berharap isterinya dan ahli keluarganya yang lain dapat ditemukan dengan selamat, namun dia reda dengan segala ketentuan.


Nafi ada mangsa korban ditemukan


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling Supt Shamsudin Mamat mengesahkan polis menerima laporan mengenai kehilangan tiga individu itu dan menggerakkan operasi mencari dan menyelamat bagi mengesan kesemua mangsa, namun setakat 2 pagi tadi pihaknya belum menjumpai sebarang petunjuk.


"Pada malam ini (tadi) operasi tidak dapat diteruskan memandangkan tempat itu gelap, ada takungan air dan keadaan berlumpur. Pada petang tadi (semalam) kami meninjau lokasi kejadian dan mendapati rumah tersebut telah musnah," katanya ketika ditemui di PPS sama.


Shamsudin berkata operasi mencari kesemua mangsa diteruskan semula pada 7 pagi ini dan akan memperluaskan kawasan pencarian dengan pembabitan anggota daripada pelbagai agensi.


Dalam perkembangan sama, Shamsudin menafikan dakwaan yang mengatakan seorang mangsa ditemukan terkorban dalam kejadian banjir itu seperti yang tular dalam media sosial.


Menurutnya, setakat ini dua mangsa disahkan mengalami kecederaan dalam kejadian itu membabitkan seorang lelaki dan seorang perempuan yang telah dibawa untuk rawatan di Hospital Baling.


"Mereka yang berusia dalam lingkungan 40-an hingga 50-an mengalami cedera ringan dan dalam keadaan stabil dan selamat. Saya berharap orang ramai tidak menyebarkan perkara yang tidak betul berkenaan kejadian ini,” katanya.


Sumber: Bernama



from The Reporter https://ift.tt/BULgodT
via IFTTT

'Kau apa hal?!' - Jeritan suspek sebelum kelar isteri & anaknya

shamsulazlan | 19:22 | 0 comments



Seorang jiran, Ahmad Zaini Ismail, 39, mendakwa dia terdengar suspek menjerit "Kau apa hal?" kepada isterinya sebelum wanita itu bersama bayinya ditemui mati dalam kejadian di Kampung Bakar Batu, Johor Bahru, semalam. 


BACA: (Video) Isteri & anak maut dikelar, suami lari dalam keadaan bogel berjaya ditahan


Ahmad Zaini yang bekerja sebagai mekanik ketika itu sedang membaiki kereta suspek di hadapan rumah pasangan berkenaan kira-kira jam 3 petang dan terdengar jeritan suspek yang dipercayai ditujukan kepada isterinya. 


"Ketika itu saya di depan rumah, memang saya dengar suara lelaki itu menjerit sebelum kejadian berlaku. 


"Sebelum itu, saya nampak dia biasa saja. Kami ada berbual ketika itu, saya memang tidak menyangka perkara ini berlaku," katanya. 


Anak kepada Ahmad Zaini, Mohd Noor Haikal, 14, mengakui ternampak suspek mengheret isterinya dari dalam rumah, sebelum dia pergi ke sekolah. 


Menurut Mohd Noor, mangsa yang diheret kelihatan tidak bergerak dan berlumuran darah sebelum ditinggalkan suspek di hadapan pintu rumah. 


"Saya kemudian mendengar anak mereka menangis dan nampak suspek masuk ke dalam rumah mengambil anaknya dan kemudian meletakkan bayi itu di tepi ibunya. 


"Saya nampak suspek pegang pisau pemotong daging, tetapi saya takut dan terus bergerak menaiki motosikal bersama abang saya untuk ke sekolah. 


"Saya tidak mahu masuk campur, tetapi saya tidak menyangka anak mereka turut dicederakan," katanya yang mengalami trauma sehingga tidak jadi pergi ke sekolah. 


Seorang lagi saksi, pemilik warung berdekatan lokasi kejadian, Rosimawati Ramli, 36, berkata, suspek sebelum itu ada datang ke warungnya untuk bersarapan pada jam 7 pagi. Malah katanya, suspek turut membayar makanan pelanggan lain. 


"Saya terkejut dia kata nak belanja pelanggan lain sebab dia tak pernah buat begitu walaupun dia seorang yangg baik. Ketika itu dia bayar RM20 untuk nasi lemak dan lontong yang dibeli pelanggan," katanya. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/PfVs2Q4
via IFTTT

(Video) 'Tak malu buat dosa' - 2 lelaki peluk pelayan wanita, JHEAT akan siasat & ambil tindakan

shamsulazlan | 01:22 | 0 comments



Tular di media sosial dua lelaki dirakam memeluk seorang pelayan wanita mengundang pelbagai reaksi negatif netizen. 


Berdasarkan vidoe yang dimuat naik di laman TikTok 'imabodybuilderrx' itu menunjukkan, dua pelanggan lelaki terbabit memeluk pelayan wanita berkenaan tanpa sebarang rasa malu dan bersalah dalam kejdaian yang dipercayai berlaku di Setiu, Terengganu. 


Ramai netizen yang meluahkan rasa bengang dengan tindakan dua lelaki terbabit yang didakwa mengambil kesempatan ke atas wanita itu.


"Paling kesian jika lelaki-lekai itu semua sudah berkeluarga. Kesian isteri, suami selamba katak peluk perempuan lain sambil melawak. Buat malu anak isteri dan mak ayah jem," kata Ummi Yahaya. 


"Bak kata Awie, benda boleh tolak, tetapi dia pilih sedap," kata Naim Ismail. 


"Mohon ambil tindakan segera, memalukan agama dan bangsa. Orang sekarang dah tak malu buat dosa. Malah, siap bangga dan tayang lagi. Ini yang mengundang bala Allah, penyakit bertimpa-timpa," kata Azlan Noor. 



Sementara itu, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JEAT) mengambil maklum mengenai penularan video tersebut dan pihaknya kini sedang menjalankan siasatan. 


Pesuruhjaya JHEAT M Rozi Bidin berkata, pihaknya akan mengambil tindakan terhadap individu terbabit mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001. 


"Premis ini memang dalam pemantau kita sebelum ia tular lagi dan dakwaan mengatakan JHEAT tak beri perhatian itu adalah tidak betul sebab premis ini sedang dalam pemantauan. 


@darleneadriennes Awak dah sampai lum DFLORA??#darlenedflora#awekdflora#airbuahviral#airbuahdflora#coffeemowtoqdarlene#darlenehomestay ♬ original sound - Darlene Adrienne


"Kita tak akan membiarkan benda-benda atau perkara yang tidak baik, perlakuan tak senonoh dan kita akan tengok mengikut bidang kuasa yang ada. 


"Tiada kompromi dalam hal sebegini kerana ia bukan hanya mencemarkan agama Islam itu sendiri, tetapi bertujuan membendung gejala atau kelakuan tidak bermoral dalam kalangan masyarakat," katanya. 


Sumber: Harian Metro, Facebook Netizen, TikTok



from The Reporter https://ift.tt/sEHWOjY
via IFTTT

'Kerajaan takkan biarkan rakyat ikat perut' - Ismail Sabri

shamsulazlan | 00:22 | 0 comments



Perdana Menteri Ismail Sabri memberi jaminan bahawa kerajaan di bawah pimpinannya tidak akan membiarkan rakyat mengikat perut dalam menghadapi isu kenaikan harga barang dan peningkatan kos sara hidup yang sedang melanda negara ketika ini. 


Ismail berkata, kerajaan akan mencari jalan untuk memastikan rakyat tidak dibebani dengan kenaikan harga barang sambil mengatakan kerajaannya bukanlah seperti kerajaan dulu yang meminta rakyat mengikat perut. 


"Kerajaan dulu, dia kata bila harga naik, rakyat hendaklah ikat perut. Itu dulu, tapi kita tak kata macam tu. Kita akan mencari kaedah supaya rakyat tidak terbeban termasuk mengekalkan subsidi barangan asas termasuk petrol dan diesel," katanya yang membidas dakwaan pembangkang kononnya kerajaan tidak mengambil tindakan dalam menangani isu tersebut. 


Beliau menegaskan, kerajaan sedar akan kenaikan beberapa harga barang, malah beliau sendiri turut membuat tinjauan mengejut ke beberapa premis perniagaan untuk melihat sendiri harga barangan yang dijual. 


Jelas Ismail, tahun ini kerajaan telah memperuntukkan lebih RM70 bilion subsidi untuk barangan asas dan tiada subsidi yang ditamatkan.


"Kita (beri) subsidi makanan dan harga ayam sebanyak RM700 juta untuk memastikan harga kekal RM8.90, minyak masak RM4 bilion supaya harga minyak pek RM2.50 kalau tak RM9.50 sekampit (untuk) sekilogram," katanya yang juga meminta rakyat tidak terpengaruh dengan dakwaan pembangkang. 


Terdahulu, beberapa pemimpin kerajaan dan pengarah jabatan negeri pernah mengeluarkan kenyataan berhubung isu kenaikan harga barang yang menarik perhatian rakyat di mana mereka menganggap kenyataan yang dikeluarkan itu seperti tidak bertanggungjawab. 


31 Mei lalu, Bernama melaporkan, Menteri Besar Perak menyarankan rakyat di negeri itu menanam sendiri sayur-sayuran dan memelihara haiwan ternakan untuk kegunaan sendiri susulan kekurangan bekalan makanan yang dihadapi ketika ini. 


"Sayur-sayuran boleh ditanam, manakala kambing, lembu, kerbau dan ayam boleh diternak untuk kegunaan sendiri serta boleh dijual sekiranya bekalan itu berlebihan. 


Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka, Norena Jaafar pula menyarankan orang ramai khususnya rakyat Melaka mengurangkan pengambilan telur. 


"Kita sebagai pengguna kalau dah tahu kenaikan harga telur itu tinggi, kalau boleh kita kurangkan sikit makan telur. Kalau satu minggu kita makan lebih kurang 20 biji, kita kurangkan jadi 10 atau 15 biji. Tak ada masalah, itu adalah cara gaya hidup kita," katanya. 


Kenyataan-kenyataan yang seperti itu dianggap seolah-olah melepaskan tanggungjawab dan tidak membawa erti kepada rakyat. 


Sumber: Harian Metro, Astro Awani, Malaysia Dateline



from The Reporter https://ift.tt/SU5BQLd
via IFTTT

'Kita ambil sikit subsidi harga ayam, bagi terus kepada rakyat melalui BKM' - Ismail enggan bagi warga asing nikmati faedah subsidi

shamsulazlan | 23:22 | 0 comments



Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, pengurangan subsidi harga ayam dilakukan bagi membolehkan kerajaan menyalurkan bantuan kepada rakyat melalui Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) untuk golongan B40. 


Beliau berkata, pemberian subsidi harga ayam pada ketika ini bukan sahaja dinikmati oleh rakyat Malaysia, malah juga dinikmati oleh warga asing. 


"Kalau kita bagi subsidi ayam, bukan rakyat Malaysia saja untung, pekerja asing juga dapat, Rohingya pun beli ayam subsidi. Sebab itu kita bagi duit BKM, kita tak nak bagi warga asing dapat faedah subsidi. 


"Kita ambil sikit (kurangkan subsidi) dan bagi terus pada rakyat (melalui BM), dulu (subsidi) RM1.40, kini RM1.20," katanya. 


29 Jun lalu, kerajaan mengumumkan harga ayam tidak akan diapungkan dan pemberian subsidi diteruskan dengan penetapan harga siling runcit ayam standard pada RM9.40 sekilogram bagi Semenanjung Malaysia. 


Kerajaan juga bersetuju menetapkan harga siling runcit telur ayam bagi gred A pada 45 sen/biji, gred B RM43 sen/biji dan gred C 41 sen/biji di Semenanjung Malaysia. 


Penetapan harga siling bagi ayam standard dan telur itu berkuatkuasa mulai 1 Julai. 


Pengurangan subsidi itu dibuat bagi membolehkan kerajaan menggunakan wang yang dijimatkan itu ditambah pada jumlah BKM untuk disalurkan kepada rakyat B40. Ismail juga tidak menolak bahawa jumlah BKM mungkin akan ditambah sekiranya isu kenaikan harga barang terus berlaku. 


Sumber: MalaysiaKini



from The Reporter https://ift.tt/dfNhjXP
via IFTTT

'Buang masa buat kajian kerja 4 hari seminggu untuk penjawat awam' - Cuepacs bidas JPA

shamsulazlan | 22:22 | 0 comments



Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) minggu lalu memaklumkan akan mengkaji pelaksanaan waktu bekerja empat hari dalam seminggu susulan terdapat tuntutan daripada beberapa pihak yang mahu kerajaan melihat perkara berkenaan dengan lebih terperinci. 


Bagaimanapun, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyifatkan kajian yang dilakukan oleh JPA itu hanya membuang masa kerana perkara-perkara yang membabitkan kebajikan penjawat awam belum lagi diberi perhatian oleh JPA. 


Presiden Cuepacs, Adnan Mat berkata, kerajaan sepatutnya mengutamakan perkara yang memanfaatkan pekerja, khasnya kebajikan penjawat awam, berbandingg mengkaji perkara yang belum tiba masanya untuk dilaksanakan. 


"Kajian ini tidak relevan dan buang masa, sedangkan sistem penyampaian yang ada sekarang belum boleh bagi perkhidmatan sepenuhnya. 


"Lebih baik beri fokus pada kebajikan penjawat awam seperti keperitan hidup dengan harga barang semakin meningkat dan kelulusan oleh kerajaan seperti gantian cuti rehat (GCR) boleh ditebus 80 hari, yang sehingga kini belum dilaksanakan, sekadar isi borang, namun tidak ada bayaran dibuat. 


Adnan juga berharap, penjawat awam tidak teruja dengan kajian itu dan kembali fokus pada tanggungjawab masing-masing untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat. 


Sumber: Free Malaysia Today



from The Reporter https://ift.tt/sXpgkNZ
via IFTTT

'Berhenti bagi bantuan BKM! Kami minta turunkan harga barang!' - Rakyat mula bengang bila PM nak tambah bantuan BKM untuk B40

shamsulazlan | 21:22 | 0 comments



Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mungkin akan meningkatkan pemberian Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sekiranya isu kenaikan harga barang masih berterusan.


Beliau berkata, langkah itu akan dibuat bagi membantu meringankan beban rakyat yang terkesan terutamanya golongan B40 yang pada ketika ini hanya menerima bantuan bernilai RM2,600 secara berperingkat.


"Bantuan BKM2,600 siapa nak bagi? Kerajaan sekaranglah yang bagi. Kalau dulu, tak pernah berlaku dalam sejarah kerajaan bagi bantuan lebih daripada RM2,000. Kita sekarang bagi RM2,600. 


"Jadi, kalau kes harga barang naik lagi dan masih tidak selesai, BKM fasa ketiga, fasa keempat, jika ada lagi, mungkin kita akan bagi tambah lagi peruntukan untuk kesenangan rakyat," katanya. 


22 Jun lalu, Ismail mengumumkan bantuan tunai tambahan untuk penerima BKM sebanyak RM100 untuk isi rumah dan RM50 bagi golongan bujang setelah mengambil kira kos sara hidup dan kenaikan harga barang yang semakin meningkat. 


Sementara itu di media sosial, netizen yang bukan dari golongan kasta B40 meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan kerajaan yang berterusan mengabaikan golongan M40. 


"Gula-gulakan rakyat je, bukan semuanya dapat. Kita tak kaya, tapi kita tak layak nak dapat apa bantuan pun. Kalau nak bagi, biar sama rata. Semua memerlukan," kata Ms Ade. 


"Tolonglah hentikan BKM. Kami tak nak BKM itu semua, kami nak turun harga barang runcit. Apa benda laa. Lagi-lagi B40, B40, B40. Bantuan Keluarga Malaysia is bullshit!" kata Hidayah2911. 


"Berhenti bagi bantuan! Turunkan harga barang basic harian! Bantuan BKM itu bukan semua yang dapat. Yang tak dapat tu pula masih tergolongan dalam golongan yang tidak mampu. Tolonglah cerdik wahai Ismail Sabri," kata Musase Chipss. 


Sumber: Astro Awani, Iesya Toh



from The Reporter https://ift.tt/eVpRc8w
via IFTTT
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger