Lima beranak termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan treler

shamsulazlan | 19:22 | 0 comments



Lima beranak dilaporkan maut dalam kemalangan di Jalan Kuantan-Segamat, petang samalam. 


Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Muhammad Rosli Ibrahim, 33, Nor Afikah Abdullah Sani, 35, Nur Safwa Irdina Muhammad Rosli, 7, Nur Sofea Rajda Muhammad Rosli, 6, dan seorang bayi yang belum dikenal pasti identitinya. 


Siasatan awal mendapati, kemalangan itu berlaku berhampiran sebuah stesen minyak di jalan berkenaan yang membabitkan kereta Toyota dan sebuah treler pada jam 3.40 petang. 


Difahamkan, kereta yang dinaiki mangsa datang dari arah Muadzam Shah menghala ke Kuantan dan sebaik tiba di lokasi, secara tiba-tiba kenderaan itu termasuk ke laluan treler yang berada di laluan Kuantan-Segamat. 


Pemandu treler cuba mengelak ke kiri, tetapi gagal disebabkan jarak terlalu dekat menyebabkan ia melanggar bahagian hadapan kereta mangsa, 


Akibat dari kemalangan itu, lima beranak berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian. Pemandu treler berusia 26 tahun tidak mengalami kecederaan. 


Seramai 13 pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Chini, Pekan dan Taman Tas dikerahkan ke lokasi untuk mengeluarkan mangsa. 


Mayat kesemua mangsa berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan menyelamat dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/BGjErTv
via IFTTT

Ibu & anak perempuan berusia 6 tahun dirogol beramai-ramai selepas dipelawa tumpang kereta orang tidak dikenali

shamsulazlan | 22:22 | 0 comments



Seorang ibu dan anak perempuan berusia enam tahun dirogol secara beramai-ramai dalam sebuah kereta yang sedang bergerak selepas mereka dipelawa menaiki kereta untuk dihantar pulang ke rumah. 


Terdahulu, dua beranak itu dikatakan melawat Piran Kaliyar, sebuah tapak suci di wilayah Uttarakhand di India, pada Jumaat, 24 Jun 2022, sebelum sekumpulan lelaki itu menawarkan diri untuk menghantar mereka pulang ke rumah dengan selamat. 


Superintendan Polis, Pramendra Doval, berkata, pemandu kereta tersebut sudah mempunyai beberapa penumpang di dalam kenderaannya apabila dia menawarkan untuk membawa dua beranak itu. Ketika itu, si ibu tidak mengetahui berapa orang lelaki yang berada dlaam kenderaan itu. 


Ketika dalam perjalanan, dua beranak itu diserang secara seksual sebelum dibuang di tepi jalan.


Kedua-dua mangsa bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri dan pergi ke balai pada waktu tengah malam untuk membuat laporan. Dia kemudian memberitahu, pemandu kereta tersebut bernama Sonu, tetapi tiada sebarang tangkapan yang dibuat. 


Kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Awam Roorkee dan pegawai perubatan mengesahkan dua beranak itu adalah mangsa serangan seksual. 


Sumber: Daily Star



from The Reporter https://ift.tt/hCoJR7l
via IFTTT

(Video) 'Kau kenapa nak rakam-rakam?!' - Nazrief Nazri kesal, penunggang motosikal tunjuk f***k sedangkan dia bunyikan hon bersebab

shamsulazlan | 22:22 | 0 comments



Para pengguna jalan raya sering diingatkan untuk mematuhi peraturan jalan raya dan peka dengan sebarang isyarat jalan yang telah disediakan. Namun, masih ada pengguna yang leka sehingga menyusahkan pengguna lain. 


Semalam, pelakon Nazrief Nazri memuat naik insiden yang menimpanya ketika membawa keluarganya keluar berjalan-jalan di taman di mana mereka dimarahi dan ditunjuk isyarat lucah oleh penunggang motosikal yang tidak berpuas hati dengannya,. 


Jelas Nazrief, dia sebelum itu membunyikan hon di persimpangan lampu isyarat kerana penunggang itu tidak sedar lampu telah bertukar hijau. Malangnya, tindakannya membunyikan hon menimbulkan rasa tidak puas hati penunggang itu dan berlaku kejadian yang tidak diingini. 


"Petang semalam nak bawa anak isteri berjalan dekat taman. Semasa berada di persimpangan lampu isyarat, bila lampu dah hijau, ada satu pasangan ini bersembang atas motosikal sampai tak perasan lampu dah lama hijau. 


"Jadi, saya bunyikan hon sekali sebagai isyarat menyuruh dia jalan. Tetapi isteri dia boleh buat muka sambil mengomel marah-marah sebab saya bunyikan hon. 


"Jadi, saya hon kali kedua sambil mengangkat tangan, sebagai isyarat supaya dia lebih berhati-hati sewaktu naik motosikal dan maaf. 


"Agaknya lelaki itu tak puas hati sangat sebab saya hon kali kedua, lalu dia mengejar kereta saya sambil menjerit-jerit dan tunjuk isyarat lucah. 


"Saya malas nak layan dan teruskan perjalanan seperti biasa. Tetapi lelaki itu masih mengekori kereta kami. Masa inilah saya suruh isteri keluarkan phone sebagai langkah keselamatan sebab anak sedang tidur di seat belakang.


"Sampai di satu persimpangan lampu isyarat, lelaki itu ketuk cermin kereta saya sambil marah-marah tak puas hati. Memikirkan niat nak membawa anak bini berjalan di taman, saya rendahkan ego saya dan minta maaf supaya tidak mengeruhkan lagi keadaan. 


"Tetapi lelaki itu tidak puas hati sebab dia nampak isteri saya tengah rakam dan minta jangan viralkan. Tahu pula takut, ingatkan samseng sangat sampai tunjuk jari tengah semua," katanya. 



Jelas Nazrief lagi, meskipun emosi lelaki itu tidak stabil disebabkan harga ayam naik atau apa sekali pun, bukanlah lesen untuk bersikap biadap di atas jalan raya. Sebaik-baiknya berbincang, bukannya menggunakan kekerasan. 


"Marah macam mana sekali pun, cubalah berbincang dengan baik. Kita nak ke generasi akan datang jadi tidak beradab dek kerana sikap kita sendiri?" ujarnya. 


Sumber: Instagram Nazrief Nazri



from The Reporter https://ift.tt/sQIgab6
via IFTTT

Tak tahan dengar tangisan, Ibu aniaya bayi 5 bulan sehingga mati & tinggalkan mayatnya untuk pergi berhibur bersama suami

shamsulazlan | 22:22 | 0 comments



Seorang wanita berusia 26 tahun di Indonesia, tergamak menganiaya bayinya yang masih berusia lima bulan sehingga tidak bernyawa.


Suspek, Eka Sari Yuni Hartini, didakwa menganiaya mangsa sehingga mati kerana tidak tahan mendengar tangisannya yang berterus tanpa henti. Lebih kejam lagi, suspek meninggalkan mayat mangsa dan pergi mengikuti suaminya ke program anjuran majikannya di Yogyakarta.


Difahamkan, pasangan itu telah berkahwin selama lima tahun dan suami suspek bekerja di sebuah syarikat pelayaran, serta hanya pulang pada hujung minggu. Hasil dari perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata. 


Siasatan awal pihak polis mendapati, suspek dikatakan kerap melakukan kekerasan terhadap mangsa hanya kerana hal-hal remeh. Suspek mengaku dia geram dan berasa jengkel apabila mendengar suara mangsa merengek atau menangis. 


Suspek juga selalu menyeksa ibunya sendiri sekiranya warga emas itu melakukan kesilapan dan memaksanya membuat kerja-kerja rumah. 


Ibunya turut diancam bunuh oleh suspek sekiranya dia memberitahu orang lain mengenai bayinya yang telah meninggal dunia. 


"Saya takut dengan dia (suspek), dia nak bunuh saya. Dia minta saya tidak sebarkan tentang kematian cucu, disuruh diam dan tunggu sehingga dia pulang. 


"Ya, saya diancam bunuh. Saya takut dan duduk di rumah tak keluar-keluar," katanya. 


Warga emas berkenaan turut memberitahu suami suspek juga tidak gemar mendengar suara anak mereka menangis. Apatah lagi lelaki itu tidak pernah naik ke tingkat atas untuk melihat keadaan anaknya sendiri. 


KRONOLOGI KEJADIAN


Ketua Polis Daerah Wonocolo, Roycke Hendrik Francisco berkata, kejadian yang menimpa mangsa berusia lima bulan itu berlaku pada Selasa, 21 Jun 2022. Suspek telah melempar mangsa dalam keadaan terlentang di tengah tilam sebelum diterbalikkan, lalu dipukul bahagian punggungnya menggunakan telapak tangan. Suspek melakukan perbuatan itu selepas dia selesai memandikan mangsa. 


"Suspek menterbalikkan badan dan memukul mangsa sehingga terdiam dan tidak bergerak sebelum ditinggalkan dan meminta ibunya menjaga mangsa," katanya. 


Nenek mangsa hanya mengetahui cucunya sudah tidak bernyawa ketika mahu memberi susu pada Khamis, 23 Jun 2022. Tetapi suspek memberi amaran agar tidak memberitahu kepada sesiapa mengenai kejadian itu. 


Tetapi nenek mangsa nekad membuat laporan polis pada Sabtu, 25 Jun 2022 kerana dipercayai tidak tahan menghidu bau busuk dari mayat cucunya. 


Bertindak di atas laporan itu, polis telah menahan suspek dan suaminya. Namun, suaminya dibebaskan kerana dipercayai tidak terlibat dalam penganiayaan itu. 


Suspek akan didakwa mengikut akta perlindungan kanak-kanak, kekerasan dalam rumah tangga dan berdepan dengan hukuman penjara 20 tahun paling lama. 


Sumber: Tribun News



from The Reporter https://ift.tt/D1s9kaF
via IFTTT

Johnny Depp dijangka akan 'kembali' ke Pirates of the Carribean dengan perjanjian $300 juta dari Disney

shamsulazlan | 21:22 | 0 comments



Bintang Hollywood, Johnny Depp dilaporkan akan 'kembali' semula ke filem Pirates of the Caribbean (POTC) selepas digugurkan dari francais itu pada 2018. 


Sumber memberitahu, Depp, 59, peneraju utama dalam filem POTC sejak 15 tahun lalu dikatakan telah berbincang dengan pihak Disney mengenai 'perjanjian $300 juta' selepas memenangi perbicaraan saman fitnahnya terhadap bekas isteri, Amber Heard. 


Sumber yang sama berkata, pihak Disney berminat untuk memperbaiki hubungan dengan Depp dan baru-baru ini ada menghubungi pelakon berkenaan. 


"Mereka menghubungi pelakon itu sebelum perbicaraan fitnahnya terhadap Amber Herad dan bertanya sama ada dia berminat untuk kembali berlakon untuk satu atau dua filem POTC," katanya. 


Tambahnya, Disney sedang giat menjayakan satu lagi projek untuk Disney Plus dengan membawa Johnny Depp kembali sebagai Jack Sparrow dalam POTC 6 dan siri Disney Plus spin-off mengenai kehidupan awal Kapten The Black Pearl. 


"Apa yang saya boleh beritahu ialah, studio telah menyiapkan draft untuk filem mengenai Jack Sparrow dan mereka (Disney) sangat berharap Johnny akan memaafkan mereka dan kembali memegang watak utama itu," katanya. 


Disney juga dilaporkan sedang berusaha menjayakan 'perjanjian $300 juta' itu untuk memujuk Depp kembali, malah menambah 'dana tambahan' untuk didermakan kepada badan amal yang dipilih oleh Depp sebagai tanda berdamai. 


Sebelum ini, Depp dalam perbicaraan saman fitnahnya terhadap Amber Heard berkata, dia rugi gaji $22 juta selepas Heard mengeluarkan kenyataan di Washington Post pada 2018 mendakwa dia sebagai pendera rumah tangga. 


Disebabkan fitnah itu, dia berasa seolah-olah dia bersalah sehingga terbukti tidak bersalah oleh pihak eksekutif Disney. 


Dalam perbicaraan saman fitnah Depp terhadap Heard, keputusan mahkamah memihak kepada Depp dan memerintah Heard untuk membayar saman $8.3 juta kepada bekas suaminya itu. 


Heard bagaimanapun berkata, dia tidak mampu membayar ganti rugi itu kerana dia berada di ambang muflis dan kerjayanya di Hollywood juga sudah berakhir susulan kekalahannya dalam perbicaraan tersebut. 


Sumber: Daily Mail



from The Reporter https://ift.tt/NhdsGUR
via IFTTT

Budak 5 tahun maut selepas terkena 60 sengatan tebuan

shamsulazlan | 20:22 | 0 comments



Kegembiraan tiga beradik bermain di padang permainan bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka maut disengat tebuan, di Kampung Tok Jembal, kira-kira 5.40 petang semalam.


Mangsa, Eidrish Mohd Khalid, 5, disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada 11.20 malam tadi selepas terkena 60 sengatan di seluruh bahagian badan.


Bapa mangsa, Mohd Khalil Omar, 40, berkata ketika kejadian, dia bersama isteri Norliza Shaparuddin, 36, dan tiga anaknya sedang bercuti di kampung dan merancang untuk bertolak pulang ke Ipoh kira-kira 6 petang.


Bagaimanapun, ketika bersiap-siap untuk pulang, dia didatangi anak sulungnya Nur Adelya Qaisara, 10, memaklumkan adiknya diserang tebuan yang keluar dari sarang di bawah rangka pelantar jeti terapung terbiar di kawasan berkenaan.


"Sebaik mendengar jeritan Adelya, saya terus berlari ke tempat kejadian dan melihat Eidrish sudah terbaring di tanah dengan tebuan penuh satu badan.


"Ketika saya mendukungnya naik ke rumah, dia (Eidrish) masih bernyawa, tetapi sangat lemah dan kaku tidak menjerit atau menangis," katanya ketika ditemui di kediaman keluarganya di Kampung Tok Jembal, di sini hari ini.


Selain Eidrish, Mohd Khalid berkata dia serta dua anaknya, Nur Adelya Qaisara serta Nur Aiyris Dania, 7, turut terkena sengatan.


"Adelya masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSNZ kerana terkena dua sengatan manakala Aiyris pula dirawat sebagai pesakit luar.


"Saya pula sepatutnya dirawat di wad kerana terkena hampir 20 sengatan, tetapi terpaksa pulang untuk menguruskan pengebumian Eidrish kira-kira 10 pagi tadi," katanya.


Mohd Khalid berkata dia reda dengan pemergian anak ketiganya itu, tetapi kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak yang membiarkan rangka pelantar jeti tersebut di kawasan padang permainan tanpa penyelenggaraan.


"Tidak sepatutnya rangka pelantar jeti ditinggalkan di kawasan padang permainan kerana ia boleh menjadi habitat pelbagai haiwan berbisa.


"Saya harap pihak berkenaan seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) boleh mengambil tindakan sebelum nyawa lain terkorban," katanya.


Sumber: Bernama



from The Reporter https://ift.tt/JYPnZU7
via IFTTT

Jumpa 3 ekor ikan paus di perairan Langkawi

shamsulazlan | 23:22 | 0 comments



Tular di media sosial video penampakan tiga ekor ikan paus sedang makan di perairan antara Pulau Payar dan Segantang di Langkawi, kelmarin. 


Video penemuan mamalia laut itu dimuat naik oleh pengguna TikTok @madylangkawi berdurasi 1 minit 16 saat, menarik banyak perhatian netizen yang mengakui jarang melihat kehadiran ikan paus di perairan Malaysia. 


"Alhamdulillah, jumpa lagi hari ini. Kerja survey paus Langkawi," kata suara dalam video tersebut yang telah ditonton lebih dari 315,000 kali dan lebih 25,000 tanda suka. 


@madylangkawi #harike2servey paus#langkawi ♬ Zikir Subhanallah - Unic & Ustaz Syed Abd Kadir Aljoofre


Di ruangan komen, Mady juga membalas beberapa pertanyaan dari netizen yang turut teruja dengan penemuan mamalia laut berkenaan. 


"Bukan senang nak jumpa macam ni. Rezeki dapat tengok," kata Muhammad Nawawie. 


"Bestnya boleh tengok depan-depan ciptaan Tuhan," kata Fyraa. 


"Subhanaallah, di Langkawi ke ni? Allah, besarnya," kata Anazahra.


Sumber: Mady Langkawi



from The Reporter https://ift.tt/FpXjys6
via IFTTT
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger