(Video) 'Siapa yang ajar di masuk group ni?! Top up beratus-ratus habis beli game! Ingat mak dia senang ke?!' - Ibu serang group WhatsApp pengaruh anaknya habiskan duit main game

shamsulazlan | 22:22 | 0 comments


"Korang dalam ni semua dengar eh, asal ajar anak aku main game lagi, beli apa-apa semua siap korang! Habis duit semua buat beli game!! Babi anjing semua ni," demikian amaran dari seorang wanita dalam group WhatsApp [Kaki Prone], PUBG Friends. 


Video viral berdurasi 56 saat itu menunjukkan, wanita berkenaan bengang dengan anak lelakinya berusia 9 tahun banyak menghabiskan duit untuk membeli barangan dalam game dan mengesyaki terpengaruh dengan rakan-rakan di dalam group tersebut. 


"Memanglah anjing bodoh, anak aku habis duit buat main game, bodoh! Aku report polis korang semua ni nanti. Kau tau tak anak aku top up (UC), duit habis beratus-ratus beli game, bodoh!! 


"Ingat mak dia senang eh?! Top up beli game habis! Top up beratus-ratus habis beli game! Eh ini group game kan? Bukan dia (anak) yang top up, aku yang top upkan dia, tau tak?! Beratus-ratus, top up duit habis, top up duit habis. Siapa yang ajar dia masuk group ni ha?! Dia baru umur 9 tahun tau?! 9 tahun!" katanya. 



Namun di media sosial, ramai netizen yang mempertikaikan tindakan wanita berkenaan bagaikan tidak menyedari kesilapannya sendiri.


"Mak dia yang bagi handphone pada anak, pastu salahkan orang lain pula? Dia yang top up, dia yang panas," kata Encik Kentang. 


"Marah-marah pun bagi juga beratus-ratus duit kat anak untuk top up game. Mak dia pun dua kali lima support anak top up game. Pastu pusing-pusing cerita," kata Akmal. 


"Mak aih, banyak maknya top up untuk anak sampai beratus-ratus. Tak pepasal semua binatang kena. Aku sendiri pun kaki game dengan anak aku, tapi ada limitlah," kata Aulia. 


"Dah tahu anak berumur 9 tahun, dibelikan handphone kenapa? Alasan PDPR? Handphone mak takleh guna? Alasan lagi mak kerja? Tak boleh ke hadkan masa anak tu guna handphone?" kat Shaz. 


"Anak sendiri punya salah, nak salahkan orang lain. Makcik, anak makcik tu baru 9 tahun sepatutnya makcik yang pantau anak makcik tu, bukannya menyalahkan orang lain," kata Nora. 


Sumber: Facebook



from The Reporter https://ift.tt/3yrTXcI
via IFTTT

(Video) 'Wei! Hang rakam apa?!' - Pelawak terkenal dirakam sedang berurusan jual beli 'barang'

shamsulazlan | 22:22 | 0 comments


Viral di media sosial video menunjukkan seorang lelaki yang suaranya mirip pelawak terkenal sedang berurusan jual beli barang, mengundang pelbagai reaksi netizen. 


"Rajin pelawak zaman sekarang ni. Macam-macam kerja diorang buat. Hari tu seorang jadi tauke ayam, yang ini tak pasti lagi tauke sayur atau air batu," tulis tweet viral tersebut.


Video berdurasi 43 saat itu menunjukkan individu terbabit terdahulu sedang berurusan dengan seorang penunggang motosikal sebelum menghulurkan sesuatu di tangan, lalu beredar dari lokasi kejadian. 


Namun pemandu Perodua Myvi terbabit yang menyedari tindakan saksi membuat rakaman video itu terus keluar dari kereta meluru ke arahnya dalam keadaan marah. 


"Wei! Hang rakam apa?!" jerkah pemandu Myvi yang kemudian dipercayai cuba merampas telefon bimbit lelaki berkenaan. 


Di media sosial, ada netizen yang mengesyaki lelaki terbabit adalah pelawak berkenaan, tetapi tidak kurang juga yang menyangkal tuduhan tersebut. Segelintir pula tidak bersetuju dengan cara saksi merakam video tersebut yang dianggap menjaga tepi kain orang sehingga timbul fitnah. 


"Rajinnya mencari salah orang. Urusan orang apa yang nak dirakam? Pelawak itu pun manusia. Kalau ragu-ragu dengan kejadian itu, tak payah rakam dan call je polis. Nak sibuk kain orang kenapa? Nampak apa je semua nak rakam, jahat perangai ek?" kata Siti Kelembai.


"Aku ni netizen Bahagian Membawang je, bukan Bahagian Menyiasat. Jadi, yang bahagian berkenaan tu tolong beritahu eh kalau dah jumpa. Bahagian Membawang nak buat kerja pulak," kata Audraa Ameena. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/3ipDu2T
via IFTTT

Lelaki Nigeria bunuh Ketua Jururawat Hospital Serdang, dihukum gantung sampai mati

shamsulazlan | 21:22 | 0 comments


Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap lelaki Nigeria selepas mendapati dia bersalah atas kesalahan membunuh Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin, yang mayatnya ditemui dalam unit kondominium di Cyberjaya pada 2019. 


Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman menjatuhkan hukuman itu terhadap Alowonle Oluwajuwon Gilbert, 38, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dan keterangan dari tertuduh pula hanya bersifat penafian semata-mata. 


Mendengar keputusan hukuman itu, Alowonle yang memakai pakaian penjara berwarna putih hanya mampu mengalirkan air mata. 


Mengikut pertuduhan, Alowonle didakwa menyebabkan kematian jururawat berkenaan di Tower 1, Third Avenue Kondominium, Cyberjaya antara jam 12.41 pagi, 9 Mei 2019 hingga 2.30 petang, pada 15 Mei 2019. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika didapati bersalah. 


Sementara itu adik mangsa, Siti Khairani Mohd Kamarudin, 38, turut menangis kegembiraan sebaik mendengar keputusan mahkamah. 


"Tidak kira siapa yang menang sama ada dia atau kakak saya, namun kita mahu keadilan. Saya harap keputusan ini yang terakhir dan tiada perkara berkait lagi selepas ini," katanya. 


8 Mei 2019, Siti Kharina dilaporkan hilang sebelum ditemui tidak bernyawa di unit kondominium berkenaan pada 15 Mei 2019 dengan kesan kelar di bahagian dada yang dipercayai telah dibunuh. 


Mayat mangsa ditemui oleh pemilik rumah sewa berkenaan setelah ternampak kesan darah mengalir keluar dari pintu rumah, lalu menghubungi polis. Susulan penemuan mayat mangsa, polis telah menahan lelaki Nigeria terbabit pada jam 3.30 petang, 16 Mei 2019. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/2WNJZnQ
via IFTTT

'Kami tak pernah sebut nama dia' - Guru didakwa buat jenaka rogol tuntutan ganti rugi fitnah RM1 juta dari Ain Husniza Saiful Nizam

shamsulazlan | 21:22 | 0 comments


Guru yang didakwa melakukan jenaka rogol sewaktu sesi pembelajaran di dalam kelas beberapa bulan lalu, tampil menuntut ganti rugi fitnah sebanyak RM1 juta dari pelajar berkenaan, Ain Husniza Saiful Nizam (17).


Namun bapa kepada Ain Husniza, Saiful Nizam Abdul Wahab mempertikaikan kewajaran tuntutan itu kerana anak perempuannya tidak pernah mendedahkan identiti guru terbabit atau secara khusus menyebut sekolahnya dalam tuduhan awal. 


"Surat itu dikeluarkan oleh guru berkenaan kerana fitnah, walaupun kami tidak pernah menyebut namanya dan nama sekolah," katanya. 


Menurut Tweet Ain Husniza, dia diberi masa selama tujuh hari untuk memenuhi semua tuntutan yang dikemukakan oleh guru berkenaan, termasuk bayaran ganti rugi RM1,000,000. 


April 2021, Ain Husniza membuat pendedahan secara umum di akaun TikTok mengenai perbuatan guru terbabit yang melakukan jenaka rogol sehingga mengundang pelbagai reaksi negatif masyarakat. Tidak kurang juga ada yang pernah menjadi mangsa, tampil berkongsi pengalaman serupa. 


Susulan itu, pihak Kementerian Pendidikan telah memindahkan guru lelaki itu ke Jabatan Pelajaran Selangor. Dalam masa yang sama, Ain Husniza juga menerima ugutan rogol dari rakan sekolah menyebabkan dia terpaksa membuat laporan polis. 


Sumber: Malay Mail



from The Reporter https://ift.tt/3A3hRvs
via IFTTT

Disangka sudah mati, Sajjad kembali semula ke pangkuan keluarga

shamsulazlan | 05:22 | 0 comments


Sajjad Thangal, 70, dilaporkan hilang sejak 45 tahun lalu kembali semula ke pangkuan keluarganya yang selama ini menyangka dia sudah meninggal dunia. Ketika dia pulang ke rumah keluarganya di Kollam, Kerala Selatan pada petang Sabtu, 31 Julai 2021, ibunya yang berusia 91 tahun setia menunggu terus memeluk Sajjad dan menangis seketika. 


Kehidupan Sajjad menjadi tidak menentu pada tahun 1976 setelah pesawat Indian Airlines di Mumbai telah meragut 95 nyawa penumpang termasuk pelakon terkenal India, Rani Chandra. 


Sajjad yang sangat aktif di kalangan sosial pada ketika itu, pernah menjalankan program kebudayaan di negara-negara teluk. Chandra dan rombongannya sebelum itu diundang ke salah satu program tersebut di Abu Dhabi pada 1976. 


"Dia bercadang untuk kembali dari Abu Dhabi pada 12 Oktober 1976. Tetapi disebabkan beberapa halangan terakhir dengan jawatankuasa penganjur, dia membatalkan hasratnya dan terselamat dari nahas itu," kata Pastor KM Philip, pengasas sebuah NGO di Navi Mumbai yang menjaganya. 


Selepas terselamat dari nahas tersebut, Sajjad tinggal di Mumbai selama bertahun-tahun. Philip berkata, Sajjad kehilangan beberapa rakan dan rakan perniagaannya ekoran tragedi tersebut. Dia dipindahkan ke rumah perlindungan NGO susulan penyakit mentalnya bertambah teruk. 


"Masa itu, insurans tidak begitu popular dan saya kehilangan banyak wang. Saya juga takut yang polis akan memburu saya. Hampir semua orang menyangka saya salah seorang mangsa terkorban dalam nahas itu. Saya mula mentap di Mumbai dan melakukan pekerjaan yang aneh," katanya. 


Di rumah perlindungan itu, Sajjad juga menjalani rawatan penyakit mental. Philip berkata, Sajjad menjadi introvert sepanjang masa dan hanya mula berkongsi mengenai kisah dirinya dengan seorang kaunselor setelah sekian lama. 


NGO berkenaan kemudian membuat siasatan dan mendapati ibu Sajjad, Fathima Beevi, 91, masih hidup. Dua beranak itu kemudian berbual melalui panggilan telefon dan dipertemukan pada Sabtu lalu. 



Saudara maranya berkata, selepas nahas tersebut, mereka memeriksa senarai nama penumpang berulang kali dan tidak menemui nama Sajjad. Memandangkan tiada maklumat mengenainya, mereka menganggap Sajjad antara mangsa dalam kejadian itu. 


"Ini adalah mimpi yang menjadi kenyataan buat saya. Saya tidak pernah menyangka saya akan bertemu semula dengan keluarga terutamanya ibu saya," kata Sajjad yang mempunyai dua abang dan tiga adik perempuan. 


Kepulangannya disambut dengan meriah oleh penduduk kampung termasuk para pemimpin tempatan dalam satu majlis kesyukuran. 


Sumber: Hindustan Times



from The Reporter https://ift.tt/3lIPIWL
via IFTTT

Pelawak jual wanita Melanau untuk tujuan seks ditahan polis, Tauke tampil nafi dirinya adalah suspek yang ditahan

shamsulazlan | 21:22 | 0 comments


Polis menahan seorang pelawak terkenal kerana disyaki terbabit dalam kegiatan pemerdagangan manusia untuk tujuan eksploitasi seks di sebuah hotel, Ahad, 1 Ogos 2021. 


Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, dalam serbuan yang dilakukan pada jam 10 pagi itu, seorang wanita berjaya diselamatkan dan lelaki berusia 40-an itu berjaya ditahan dalam Ops Pintas oleh Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuala Pilah, selepas melakukan risikan. 


"Kami berjaya menahan seorang lelaki dan menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau daripada menjadi mangsa pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks. 


"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara tempoh tidak melebihi 15 tahun dan boleh dikenakan denda," katanya.


Sebuah kereta jenis Perodua Axia turut dirampas bersama beberapa bungkusan kondom, empat telefon bimbit dan sejumlah wang tunai. 


Suspek direman selama empat hari, manakala mangsa diberi perlindungan sementara di sebuah rumah perlindungan di Johor. Suspek juga dikompaun kerana melakukan kesalahan rentas negeri tanpa kebenaran. 


Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti rangkaian kegiatan pemerdagangan orang. 


Sementara itu, pelawak Tauke atau nama sebenar Zamratul Amri Zakaria tampil menafikan dirinya adalah suspek kes pemerdagangan manusia yang ditahan polis, Ahad lalu. 


"Saya tidak terbabit dalam apa-apa kegiatan seperti itu. Gilalah siapa yang petik nama saya itu. Saya ada saja di rumah di Bukit Jalil ini. Saya berada dalam keadaan baik dan tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Biarlah orang nak cakap, tapi tak eloklah kaitkan saya dengan isu sedemikian. 


"Rasa kelakar pula bila nama saya dikaitkan dalam perkara ini. Saya tiada hak untuk menutup mulut orang. Masing-masing ada hak bersuara. Kalau Agong pun orang boleh pertikaikan, apatah lagi saya ini. Jangan risau, saya berada dalam keadaan yang baik di samping isteri saya sekarang ini," katanya. 


Sumber: Harian Metro 



from The Reporter https://ift.tt/3xhGQt6
via IFTTT

'Suami akak beli apa? Kotak ni ringan macam takde barang' - Nyaris rugi RM279 angkara scammer di Facebook

shamsulazlan | 21:22 | 0 comments


Semenjak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan tahun lalu, aktiviti pembelian secara online menunjukkan trend peningkatan ketara. Para peniaga mengambil peluang untuk menjual produk masing-masing dengan pelbagai tawaran harga menarik sehingga ada yang sanggup menghabiskan ratusan ribu ringgit untuk mendapatkan barang yang diimpikan. 


Namun dalam keseronokan membeli secara online, ada pihak yang tidak bertanggungjawab cuba melakukan penipuan dengan menyasarkan pelanggan dengan bermacam-macam cara dan salah satunya seperti yang dikongsikan oleh wanita ini di mana suaminya hampir menjadi mangsa scammer. 


SUAMI call dan kata ada Ninja Van nak hantar barang, dah sampai simpang depan perumahan. Dia minta sediakan duit siap-siap RM279 sebab Cash on Delivery (COD). Saya pun pelik, suami saya orangnya bukan pembeli tegar online seperti saya. Lalu saya pun bertanya, "Abang beli apa ni?". Dia kata beli jam. 


Okaylah. Suara suami macam teruja sebab harga sebelum sales RM1,000 lebih. Murahnya, tetapi kenapa COD? Suami pesan, sebelum bayar buka dulu bungkusan itu. Saya tamatkan panggilan dan pergi ambil duit suami. Suami juga ada hantar gambar jam. 


Tak sampai lima minit, adik Ninja Van itu pun dah sampai. Sampai-sampai saja dia terus cakap, "Saya dah telefon suami akak tadi, kata nak hantar barang". Saya pun iyakan sajalah dan tanya, "Akak nak buka parcel dulu, kemudian baru bayar. Boleh?". Dia kata tak boleh sebab terikat pada prosedur kurier. Saya faham tetapi itulah, macam sesuatu sangat parcel tu. 


"Suami akak beli apa ni? Kotak ini ringan sangat, tak macam ada barang," soalnya. 


"Suami akak beli jam dik," balas saya. 


"Cuba akak hantar gambar kotak ini kepada suami akak," pintanya. 


Saya pun buat video call dan beritahu parcel tak boleh dibuka. Saya tanya dia beli dari mana? Suami kata dia beli melalui Facebook, tetapi tak ingat bila. Ah sudah, saya pun tamatkan video call. 


Adik Ninja Van kata, "Selalunya barang-barang daripada Crossborder ini scammer kak. Ramai customer yang saya hantar dah kena. Ramai yang beli dari Facebook. Cuba akak tengok kotak ni". 


Saya pun ambil dan goncang, Ya Allah memang ringan tak ada apa-apa. Yang bunyi macam plastik angin itu saja. Saya call suami, "Bang, tak ada benda dalam ni. Saya tak ambil ye". 


"Dik, akak tak ambillah, risau scammer." 


"Tak apa kak, bagus akak tak ambil. Saya pun risau," katanya. 


"Terima kasih ye dik, inform." 


Sebenarnya kita boleh menolak penghantaran bungkusan itu dengan cara memberitahu petugas kurier. Untuk secara rasminya, kita balas SMS/WhatsApp dengan ayat, "I did not order this item" atau Cancel order". Ayat itu saya dapat daripada petugas Ninja Van. Terima kasih tuan kerana sudi kongsi cara yang official. 


Kalau tengok secara logik, kotak punya gonjeng dia post barang beribu/beratus. Ehh! Adik Ninja Van itu sempat kata, "Takkan tak ada kotak premium kak. Barang mahal tu". Itulah kan. Sekali nanti keluar tasbih cina seperti yang viral di Facebook tu. Mampuihh! Hahaha!


Berhati-hatilah bila terima parcel seperti ini, lebih-lebih lagi yang COD. Cuba Google XTYCOD, memang scammer. Alhamdulillah, Allah gerakan hati untuk tidak menerima. Terima kasih juga adik Ninja Van yang concern dengan parcel. 


Nak cari duit punyalah payah di musim pandemik ini. Engkau sesuka hati je nak scam orang. Mohon berwaspadalah semua. Kita yang muda ini mungkin bolehlah nak buat semakan di Google dulu, tetapi kalau kena orang tua? 


Sumber: Facebook Norashikin Othman



from The Reporter https://ift.tt/3xtAOG4
via IFTTT
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger