Riot Games dah confirm, Valorant bakal hadir ke platform mobile

shamsulazlan | 06:24 | 0 comments


Permainan taktikal FPS popular, Valorant, kini semakin menjadi pilihan para pemain sukan e-Sport dan dikatakan bakal menjadi pesaing kuat CS:GO yang sudah lama bertapak di arena e-Sport. 


Valorant yang baru saja diperkenalkan setahun yang lalu (2 Jun 2020), namun Riot Games dilaporkan bakal menghadirkan permainan taktikal itu ke platform lain iaitu mobile. 


Eksekutif Produser Valorant, Anna Donlon berkata, "Kami akan menawarkan pengalaman kompetitif Valorant yang sama kepada lebih ramai pemain global". 


Pengumuman Valorant Mobile itu hadir ketika Valorant versi PC menyambut ulang tahun pertamanya. Dalam tempoh itu, Riot telah mengumpul lebih dari 14 juta pemain dan menyaksikan lebih dari setengah bilion perlawanan yang dimainkan. 


Valorant dikatakan sering kali menjadi antara permainan yang paling banyak ditonton di Twitch dan tidak hairanlah apabila Riot menyatakan keinginan mereka untuk meluaskan lagi empayar Valorant. 


Pada masa ini, Riot ini sedang giat merealisasikan usaha baru mereka itu untuk platform mobile di mana permainan itu kelak akan memberikan pengalaman kompetitif yang sama seperti di platform PC. 


"Kami sangat bersemangat untuk menghadirkan pengalaman kompetatif Valorant yang sama untuk lebih ramai pemain secara global," katanya memetik dari portal IGN. 


Untuk makluman, Valorant merupakan salah satu permainan yang hadir dengan kawalan yang amat rumit di mana setiap ejennya memiliki sejumlah skill yang luar biasa. Tentunya agak sukar dibayangkan bagaimana skill tersebut akan hadir di platform mobile dengan layout butangnya di skrin telefon pintar. 


Tidak mustahil Riot Games akan membina gameplay Valorant di mobile menjadi lebih ringkas sama seperti yang diterapkan dalam game League of Legends: Wild Rift yang hadir dari game MOBA League of Legends did platform PC.


Sumber: IGN, Indozone



from The Reporter https://ift.tt/3ppsjZZ
via IFTTT

(Video) 'Itu polis apa? B*d*h punyaaa...' - 2 wanita rakam video hina polis selepas disaman undang kecaman netizen

shamsulazlan | 05:24 | 0 comments


Lagi kes menghina Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang kali ini membabitkan dua wanita muda, mengundang kemarahan orang ramai di media sosial. 


Dalam video viral berdurasi 14 saat menunjukkan dua wanita terbabit berada di dalam sebuah kereta dan difahamkan pemandunya baru sahaja dikenakan saman atas kesalahan yang tidak dinyatakan. 


Wanita 1: "Kena saman, kesian..." 


Wanita 2: "Eheh! Eheh! Aduh, itu polis apa?" 


Wanita 1: "Bodoh punyaaaa..." 


Wanita 2: "Ahah! Ahahahaha!" 


TONTON VIDEO DI SINI


Tidak tahu di celah mana yang kelakarnya, namun di media sosial rata-rata netizen mengecam dua wanita berkenaan. 


"Lepas ni kalau satu hari nanti dia kena rompak ke, cakap dengan dia jangan buat report dekat balai polis. Suruh dia buat report dekat Balai Bomba. Biar bomba telefon hospital mental pula lepas tu," kata Muhammad Najih. 


"Haa, gelaklah puas-puas kak. Nanti kena tangkap, jangan muncul gambar kau menangis, aku lempang nanti. Muka lawa tetapi memasing akal cetek. Sabo je lah," kata Suzen. 


"Kesian abang polis tu. Dahlah cuti raya dibekukan, dia kena maki pula. Depa pun rakyat biasa bekerja mengikut arahan, dengan panas terik, hujan bagai. Sepatutnya korangg ni pun kena sabar kalau depa buat kerja. Kang dia tak jaga jalan, korang kata dia tak buat kerja dan makan gaji buta. Tak faham betul," Oyen. 


"Apa yang lucu? Ingat cantik sangatlah kau buat macam tu? Polis jangan tolong dia lain kali kalau diorang ada masalah. Biar diorang uruskan sendiri masalah diorang," kata NH. 


Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS



from The Reporter https://ift.tt/3prGRbB
via IFTTT

(Video) 'Polis BSP, kenapa buka 1 lane jer? Kepala bapak kau b***h!' - Tak puas hati hadap jalan sesak disebabkan SJR, wanita hina polis secara terbuka di Instagram sebelum padam akaun

shamsulazlan | 04:26 | 0 comments


Viral di media sosial tindakan seorang wanita secara terang lagi jelas menghina Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya Polis Bandar Saujana Putra (BSP) dalam luahan ketidakpuasan hatinya, baru-baru ini. 


Video berdurasi 7 saat itu jelas menunjukkan wanita terbabit mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota PDRM BSP yang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) di kawasan tersebut. 


"Satu! Polis BSP, tolonglah cerdik sikit. Kenapa kau buka satu lane jer?! Kepala bapak kau b***h!" kata Atishaazn. 


Susulan viral video tersebut, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor memaklumkan pihaknya telah membuka kertas siasatan dan akan menyiasat video tersebut di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan.


Selain itu, kes tersebut turut disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian. 


Setakat ini, polis sedang mengenal pasti identiti wanita tersebut. Semakan di Instagram juga mendapati, wanita itu telah memadamkan akaunnya. 



Di media sosial, netizen mengecam perbuatannya yang dianggap langsung tidak menghormati pihak berkuasa yang hanya menjalankan tugas bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) bagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dipatuhi. 


"Dia ingat polis suka-suka kot pacak kat jalan tu 24 jam. Kalau tak mampu nak hargai pengorbanan diorang, janganlah sampai memaki. Orang lain pun sama juga hadap kesesakan tetapi okay saja. Yangg perempuan ini jadi gila apa sampai maki kepala bapak?" kata Irman Euro


"Kebenaran berkata-kata dah diberi, tetapi jangan menghina orang. Pihak berkuasa hanya menjalankan tanggungjawab dan arahan. Kita sebagai rakyat biasa perlu hormat undang-undang," kata Aniq JJ. 


Sumber: Sinar Harian, Info Roadblock JPJ/POLIS



from The Reporter https://ift.tt/3wTHWvi
via IFTTT

Suami kelar leher isteri sampai mati sebelum kelar leher sendiri, padahal baru 2 minggu berkahwin

shamsulazlan | 04:26 | 0 comments


Mayat sepasang suami isteri ditemui dalam keadaan mengerikan di kediaman mereka di Desa Cot Jabet, Kecamatan Gandapura, Kabupaten Bireuen, Aceh, pada subuh Khamis, 3 Jun 2021. 


Pasangan berkenaan, Abdul Karim, 34, dan isterinya, Kartini, 34, ditemui dalam keadaan leher mereka telah dikelar. 


Menurut sumber, Abdul Karim terdahulu mengelar leher Kartini dengan menggunakan pisau. Setelah membunuh isterinya, Abdul Karim juga membunuh dirinya sendiri dengan menggunakan cara yang sama. 


Kematian pasangan itu amat mengejutkan banyak pihak kerana mereka baru sahaja mendirikan rumah tangga dua minggu yang lalu. 


Mayat pasangan itu ditemui oleh saksi pertama, Hasan, 66 tahun, iaitu mertua Abdul Karim yang tinggal bersama dengan mereka. Kira-kira jam 4 pagi, Hasan sempat mendengar suara Kartini memanggil namanya yang dipercayai pada ketika itu leher Kartini telah dikelar. 


Merasa ada sesuatu yang tidak kena dengan anak perempuannya itu, Hasan bangkit dan memeriksa keadaan bilik mereka dengan mengintip dari celah jendela. Hasan mendapati anak perempuannya dan menantunya dalam keadaan berlumuran darah. 


Takut dan panik dengan apa yang dilihat, Hasan terus memaklumkan kepada ahli keluarganya yang lain dan kemudian datang memecahkan pintu bilik pasangan berkenaan. 


Ketika masuk ke dalam bilik, Hasan mendapati Kartini sudah meninggal dunia dengan luka parah di bahagian leher, manakala Abdul Karim masih meronta-ronta sebelum menghembuskan nafas terakhir. 


Hasan dan keluarga segera melaporkan kejadian itu kepada pihak polis. Siasatan awal mendapati, polis mengesyaki Abdul Karim mengelar lehernya sendiri selepas menghabiskan nyawa isterinya. 


Sumber: Agensi



from The Reporter https://ift.tt/3gcCFrW
via IFTTT

Gadis hilang berjaya ditemui di rumah sewa, teman lelaki ditahan atas kesalahan rogol

shamsulazlan | 04:26 | 0 comments


Selasa lalu, seorang bapa membuat laporan polis berhubung kehilangan anak perempuannya pada 31 Mei 2021 selepas keluar bermain luncur di taman berdekatan rumahnya pada jam 10 malam.


Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam mengesahkan, pihaknya menerima laporan kehilangan remaja dikenali sebagai Nur Elida, 15, dan kes itu diklasifikasikan sebagai kes Orang Hilang (OH). 


Kali terakhir remaja itu dilihat berada di Seksyen 7. Kehilangan remaja itu disedari ketika adiknya mahu memanggilnya pulang ke rumah, namun hanya menemui sarung tangan dan topi keledar di tempat kejadian. 


Pagi 4 Jun 2021, IPD Shah Alam melancarkan operasi mengesan Nur Elida di sekitar kawasan Shah Alam. Hasil dari Ops Jejak itu, polis berjaya menemui remaja itu dalam keadaan baik di rumah sewa teman lelakinya berusia 19 tahun di Padang Jawa.


Susulan itu, lelaki terbabit ditahan polis untuk membantu siasatan atas kesalahan rogol mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. 


"Gadis itu ditemui dalam keadaan baik dan polis mendapati dia duduk bersama teman lelakinya di rumah sewa lelaki itu. Teman lelakinya sudah ditahan untuk direman dan disiasat atas kesalahan rogol," katanya. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/3pkcfZy
via IFTTT

(Video) 'Di sini rupanya kau ye? Dengan perempuan anjing ini?!' - Isteri serbu bilik hotel, nampak suami sedang berasmara dengan kekasihnya tak pakai celana

shamsulazlan | 06:24 | 0 comments


Viral di media sosial (negara jiran) video yang menunjukkan seorang wanita bersama dengan beberapa individu menyerbu suaminya yang sedang asyik bermadu asmara dengan wanita lain di dalam bilik hotel. 


Serbuan itu turut dirakam oleh si isteri yang menunjukkan dia mengamuk sambil memukul pasangan curang itu di mana wanita perampas itu dipercayai adalah rakannya sendiri. 


Ketika diserbu, kelihatan wanita perampas itu memakai pakaian tidur tanpa memakai seluar dalam. Sementara lelaki terbabit baring di katil dan terkejut apabila melihat isterinya masuk ke dalam bilik tersebut. 


Kecewa dengan apa yang dilihat, si isteri menarik rambut dan memukul si perampas termasuk suaminya bertubi-tubi sambil menjerit. Menurut sumbber, kejadian itu berlaku di Pontianak, Kalimantan Barat, pada hari ini, 2 Jun 2021. 


"Di sini rupanya kau. Di hotel rupanya ya dengan perempuan anjing ini?! Sial kau ni! Biar kau mati! Biar kau mati! 


"Cuba kau keluar, kita hantar ke balai. Perempuan anjing, tak tahu malu, sial! Dengan laki aku haa?!! Begini kau dengan laki aku ye?! Dia dah ada bini, apa yang kau mau dengan dia?! 


"Kau (si suami) ingat aku tak tahu perbuatan kau?! Selama ini kau diam-diam dengan aku, kau banyak alasan ye?! Tak mungkin tak ada apa-apa, kamu berdua dah sampai buka celana (spender)!" kata si isteri. 



Di media sosial, netizen berpuas hati melihat si isteri menganyang wanita perosak rumah tangga itu. Tidak kurang juga ada yang meminta si isteri membelasah sekali suaminya yang turut bersalah dalam hal berkenaan. 


Sumber: Agensi



from The Reporter https://ift.tt/3wQSaN8
via IFTTT

Penganggur mengaku bersalah rogol remaja berusia 16 tahun di Kampung Pasir Tumboh

shamsulazlan | 02:24 | 0 comments


Seorang lelaki berusia 23 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan, atas pertuduhan merogol remaja perempuan berusia 16 tahun, minggu lalu, lapor Harian Metro. 


Tertuduh, Nor Ikmal Arif Mohd Kassim, membuat pengakuan bersalah itu di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli. 


Berdasarkan pertuduhan, Nor Ikmal Arif didakwa merogol mangsa di Kampung Pasir Tumboh, antara jam 8 pagi hingga 12 tengah hari, pada 27 Mei 2021. 


Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan. 


Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Faizuan Sulaiman, manakala tertuduh pula tidak diwakili peguam. 


Sebelum itu, Mohd Faizuan memohon mahkamah tidak menetapkan sebarang jaminan terhadap pertuduhan yang dihadapi penganggur itu. Tertuduh pula memohon agar dibenarkan ikat jamin dengan kadar rendah kerana dia sudah membuat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan tersebut. 


Mahkamah menetapkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh perlu melapor diri di balai polis terdedkat setiap bulan. Tertuduh juga tidak dibenarkan mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan. 


Mahkamah menetapkan 4 Julai 2021 untuk tarikh hukuman bagi kesalahan itu. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/34FGLUg
via IFTTT
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger