Kerap minta tukar giliran, operator kilang dilibas dengan parang oleh pekerja baru

shamsulazlan | 23:24 | 0 comments


Kerap minta tukar giliran kerja, operator kilang dilibas dengan parang oleh rakan sekerja yang baru berkerja sebulan di kilang tersebut.


Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kejadian itu berlaku pada jam 7 malam kelmarin di sebuah kilang racun serangga di Taman Perindustrian Pulau Indah, Pelabuhan Klang. 


Siasatan awal mendapati, suspek yang baru sebulan bekerja di kilang itu tidak berpuas hati dengan mangsa yang kerap menukar giliran kerja. 


Ketika berlaku perselisihan faham, suspek mengajak mangsa untuk bergaduh dan secara tiba-tiba suspek mengeluarkan parang dari pinggangnya lalu melibas ke arah mangsa. 


Mangsa cuba menahan libasan itu menggunakan tangan kanan dan akibatnya, mangsa mengalami kecederaan. 


Polis berjaya menahan  suspek di kediamannya di Kampung Perigi Nenas pada jam 12 tengah hari semalam. Semakan mendapati, suspek mempunyai rekod melampau yang membabitkan kesalahan kecil. 


Ketika disoal siasat, suspek mengaku terbabit dalam kes itu dan polis akan mendapatkan perintah reman terhadap suspek untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/3ca3IDh
via IFTTT

(Video) 'Diorang angkat & buang mayat mangsa Covid-19 di sungai' - Ahli keluarga buang mayat di sungai & dimakan anjing liar

shamsulazlan | 23:24 | 0 comments


Viral di media sosial video menunjukkan dua individu dipercayai membuang mayat mangsa Covid-19 dari tepi jambatan, ketika gelombang kedua Covid-19 masih melanda negara itu. 


India telah dilanda wabak virus berkenaan yang bermutasi menjadi lebih ganas dan kini tersebar di negara barat menyebabkan lebih ramai dijangkiti virus berbahaya itu. Dengan kadar peningkatan kes jangkitan dan kematian yang tinggi setiap hari membuatkan ada segelintir ahli keluarga berputus asa lalu  mengambil keputusan untuk membuang mayat mangsa Covid-19 di sungai. 


Difahamkan, mayat mangsa dalam video viral tersebut dikenali sebagai Mishra yang meninggal dunia di hospital pada Jumaat lalu, 28 Mei 2021, setelah tiga hari mengalami kesukaran bernafas sejak dibawa oleh anak saudaranya, Sanjay Kumar, untuk mendapatkan rawatan. 


Setelah Mishra meninggal dunia, Sanjay mengambil mayat Mishra untuk dibakar. Tetapi Sanjay bersama dengan rakan subahatnya, Manoj Kumar bertindak membuang mayat mangsa ke Sungai Rapti di Balrampur, Uttar Pradesh, India.



Dua lelaki terbabit kini telah ditahan untuk membantu siasatan dan akan dikenakan tindakan undang-undang. 


Perbuatan membuang mayat mangsa Covid-19 di sungai bukanlah kali pertama berlaku di India lebih-lebih lagi sejak wabak Covid-19 mula melanda negara itu. Tindakan tidak bertanggungjawab tersebut menyebabkan mayat mangsa terdampar di tepi sungai sehingga mengundang kedatangan anjing-anjing liar yang memakan mayat mangsa.


Penduduk di Uttarkashi di Uttrakhand mendakwa ternampak anjing-anjing liar makan daging mayat yang terdampar di tepi sungai. Salah seorang saksi berkata, ketika dia sedang melukis di tepi sungai pada 31 Mei 2021, dia ternampak anjing sedang memakan mayat manusia. 


Penduduk setempat mula menyuarakan kebimbangan jika virus Covid-19 akan tersebar lebih jauh melalui air atau melalui anjing-anjing liar yang makan mayat mangsa Covid-19. 


Sumber: Agensi



from The Reporter https://ift.tt/3pdSIK4
via IFTTT

Nama Timbalan Ketua Polis akan diumumkan dalam tempoh 2 minggu lagi - Menteri Hamzah Zainuddin

shamsulazlan | 22:24 | 0 comments


Pelantikan Timbalan Ketua Polis Negara akan diumumkan selewat-lewatnya dalam tempoh dua minggu ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin.


Beliau berkata perkara tersebut mempunyai proses tersendiri iaitu nama-nama yang telah disenarai pendekkan harus melalui proses Suruhanjaya Perkhidmatan Polis (SPP).


“Apabila SPP telah bersetuju kita akan minta hantarkan nama kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.


"Apabila Perdana Menteri bersetuju, kita akan persembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, kemudian baru kita boleh umumkan.


“Kita jangka dalam masa seminggu dua, insya-Allah,” katanya kepada pemberita selepas meninjau pelaksanaan sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Bukit Jelutong pada hari pertama pelaksanaan sekatan pergerakan penuh seluruh negara di Shah Alam hari ini.


Beliau berkata demikian bagi mengulas kekosongan jawatan Timbalan Ketua Polis Negara selepas pelantikan rasmi Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani menjadi Ketua Polis Negara pada 3 Mei lalu.


Dalam perkembangan lain, Hamzah berkata secara purata jumlah kenderaan di jalan raya berkurangan sebanyak 70 peratus pada hari pertama pelaksanaan sekatan pergerakan penuh.


Beliau berharap agar keadaan ini akan berterusan supaya dapat membantu kerajaan dalam usaha melandaikan lengkung kes Covid-19 dalam negara.


"Daripada laporan yang saya dapat daripada Pengarah Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman sebentar tadi bahawa ada pergerakan di jalan raya yang berkurangan sampai 90 peratus, tetapi (secara) keseluruhannya adalah purata 70 sehingga 80 peratus kurang daripada hari biasa," katanya.


"Hari yang pertama dan kedua mungkin akan ada kelonggaran asalkan mereka yang menggunakan jalan raya memaklumkan kepada kita akan kesulitan mereka untuk mendapatkan permit (kelulusan)," katanya.


Selain SJR Bukit Jelutong, beliau turut merninjau SJR Tol Subang dan SJR Lebuhraya Persekutuan menghala ke Kuala Lumpur.


Sumber: Bernama



from The Reporter https://ift.tt/3cbsanE
via IFTTT

'16 pesawat China hanya menjalani latihan rutin, tak sasar mana-mana negara pun' - Jurucakap Kedutaan China

shamsulazlan | 21:24 | 0 comments


31 Mei 2021, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah mengesan 16 pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China (PLAAF) yang dikatakan memasuki ruang udara ZMM, Kota kinabalu FIR dan menghampiri ruang udara nasional. 


Penerbangan pesawat-pesawat PLAAF itu dikesan oleh Radar Pertahanan Udara TUDM dari Pusat Pertahanan Udara (CRC 2) di Sarawak pada jam 11.53 pagi di mana pesawat-pesawat tersebut terbang secara formasi taktikal in-trail pada jarak 60 batu nautika. 


"Formasi panjang tersebut juga telah terbang dengan paten dan haluan yang sama menggunakan satu titik laluan masuk dan keluar. Mereka kemudiannya didapati mengubah arah penerbangan di ruang udara Beting Patinggi Ali yang berkepentingan kepada negara. 


TUDM LANCAR PESAWAT PEMINTAS


"Pesawat-pesawat tersebut telah dikesan terbang pada ketinggian di antara 23,000 kaki sehingga 27,000 kaki dengan kelajuan 290 knots melalui Singapore FIR sebelum memasuki ruang udara ZMM, KK FIR dan seterusnya terbang menghala menghampiri 60 batu nautika daripada pesisir pantai Wilayah Sarawak yang dikhuatiri akan mengancam kedaulatan negara. 



"Pihak TUDM telah meletakkan pesawat Hawk 208 daripada No. 6 Skuadron, Pangkalan Udara Labuan di dalam keadaan siap sedia melalui Operasi Curiga TUDM. Pemantauan menerusi radar pertahanan udara diteruskan ke atas pesawat-pesawat tersebut disamping beberapa percubaan untuk mengarahkan mereka menghubungi kawalan trafik udara KK FIR. 


"Apabila arahan tidak dipatuhi dan didapati melangkaui persempadanan KK FIR menghala ke ruang udara nasional, TUDM telah melancarkan pesawat-pesawat pemintas pada jam 1333H untuk melakukan identifikasi visual. Hasil daripada pemintasan udara yang dilaksanakan, TUDM telah mengenalpasti pesawat-pesawat tersebut adalah daripada jenis Ilyushin Il-76 dan pesawat Xian Y-20. Pesawat-pesawat jenis ini merupakan pesawat pengangkut strategik dan berupaya melaksanakan pelbagai misi," kata kenyataan TUDM. 



KERAJAAN MALAYSIA AKAN KELUARKAN NOTA BANTAHAN DIPLOMATIK


Susulan dari kejadian itu, Menteri Luar, Hishammuddin Hussein berkata, Wisma Putra akan mengeluarkan nota bantahan diplomatik terhadap pencerobohan 16 pesawat China tersebut dan memanggil Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia untuk memberikan penjelasan. 


PESAWAT TENTERA UDARA CHINA BEBAS TERBANG DI RUANG UDARA RELEVAN - JURUCAKAP KEDUTAAN CHINA


Bagaimanapun, jurucakap Kedutaan Besar China menjelaskan, 16 pesawat berkenaan hanya menjalani latihan dan tidak menyasarkan mana-mana negara. 


"Setahu saya, aktiviti yang dilaporkan adalah latihan penerbangan Tentera Udara China secara rutin dan tidak mensasarkan mana-mana negara pun. 


"Menurut undang-undang antarabangsa yang relevan, pesawat tentera China bebas melakukan lintas terbang di ruang udara yang relevan. Semasa latihan ini, pesawat tentera China mematuhi undang-undang antarabangsa yang berkenaan dan tidak memasuki ruang udara wilayah negara lain," katanya. 


89 PENCEROBOHAN SEJAK 2016 - 2019


Difahamkan, kenyataan itu dikeluarkan sebelum Hishamuddin memanggal Duta Besar Republik Rakyat  China ke Malaysia untuk memberi penjelasan mengenai insiden pencerobohan tersebut. 


Menurut Laporan Ketua Audit Negara Siri 3, kapal Pasukan Pengawal Pantai China (CCG) dan Tentera Laut Pembebasan Rakyat China (PLAN) dilaporkan menceroboh perairan Malaysia sebanyak 89 kali antara 2016 dan 2019. 


Kerajaan Malaysia telah mengeluarkan nota bantahan diplomatik, namun negara yang mengamalkan sistem pemerintahan komunis itu langsung tidak menghiraukan nota bantahan tersebut. 


Sumber: FB TUDM, MalaysiaKini



from The Reporter https://ift.tt/3pc7QHX
via IFTTT

(Video) Curi wang dari tabung masjid untuk beli makanan bagi bapa sakit, budak diikat & diheret bagaikan haiwan

shamsulazlan | 08:24 | 0 comments


Viral di media sosial negara jiran yang menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki diperlakukan seperti haiwan selepas didapati mencuri wang dari tabung masjid dalam kejadian yangg berlaku pada Isnin, 24 Mei 2021. 


Seorang lelaki bertindak mengikat leher kanak-kanak terbabit menggunakan tali nilon dan dua tangannya juga diikat ke belakang menggunakan tali. Selepas itu, kanak-kanak itu diseret sambil disaksikan oleh para penduduk dan kanak-kanak lain. 



Kejadian itu dilaporkan berlaku di Desa Ceumpeudak, Kecamatan Tanah Jambo Aye, Kabupaten Aceh Utara. Difahamkan, kanak-kanak lelaki itu nekad mencuri wang dari tabung masjid untuk membeli makanan. 


Ketua Polis Tanah Jambo Aye, Ahmad Yani berkata, bapa kepada suspek, terbaring sakit. Wang yang dicuri dari tabung masjid digunakan oleh suspek untuk membeli makanan bagi dirinya dan bapanya. Baki wang tersebut pula diberi kepada bapa saudaranya. 


Setelah mengetahui wang tersebut diperolehi hasil dari mencuri tabung masjid, bapa saudara suspek memulangkan semula semua wang tersebut kepada pengurus masjid sebanyak RP1.5 juta (RM435).


"Bapa dia sakit dan dirawat di rumah. Suspek membeli makanan untuk diri dan bapanya. Baki wang diberi kepada pakcik dia. Pakcik suspek dah pulangkan wang tersebut kepada masjid," kata Ahmad. 


Siasatan polis mendapati, individu yang mengikat tali pada leher suspek adalah Ketua Pengurusan Pembangunan di daerah itu, Bakhtiar M Johan. Keluarga suspek dan Bakhtiar bagaimana bermaafan selepas kejadian itu. 


Bakhtiar menjelaskan dia hanya ingin memberi pengajaran kepada suspek agar tidak mengulangi perbuatannya lagi. 


"Saya minta maaf kepada semua yang tidak senang dengan tindakan saya itu," kata Bakhtiar. 


Sumber: Agensi 



from The Reporter https://ift.tt/3uDGfAM
via IFTTT

'Tengah mop lantai, terdengar rintihan suara di tandas, rupanya...' - Lelaki liwat budak dalam tandas masjid sebanyak 8 kali, ditangkap pengawal keselamatan

shamsulazlan | 08:24 | 0 comments


Seorang lelaki bernama Aldi Maulana ditahan polis kerana meliwat kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun di tandas sebuah masjid di Lhokseumawe, Indonesia. 


Suspek yang berusia 22 tahun itu dilaporkan seringkali melakukan perbuatan keji itu di tandas Masjid Agung Islamic Center, Kota Lhokseumawe, Aceh. Ketika melakukan perbuatan jijik itu, Aldi akan membuka pili air sederas yang mungkin bagi menenggelamkan suara rintihan mangsa liwatnya. 


Bagaimanapun, perbuatannya terbongkar pada 30 Mei 2021  di mana seorang petugas kebersihan masjid bernama Zulfikar, terdengar rintihan mangsa. 


Ketika sedang mengelap lantai masjid, Zulfikar terdengar suara rintihan yang datang dari tandas. Mendengar suara itu, Zulfikar kemudian mengadu kepada pengawal keselamatan masjid, Irmawansyah dan Safyanmus. 


Dua pengawal keselamatan itu terus pergi ke tandas dan membuka pintu yang dikunci dari bahagian dalam dan mendapati Aldi dan mangsa berada dalam keadaan tidak berpakaian. 


Aldi yang memakai baju Starbucks dan berseluar jeans warna kelabu bersama dengan mangsa dibawa ke pondok pengawal sebelum dilaporkan kepada pihak berkuasa mengenai kejadian tersebut. 


Siasatan awal mendapati, bekas mahasiswa terbabit mengakui telah meliwat mangsa sebanyak lapan kali. Polis masih menjalankan siasatan dan suspek akan dihadapkan ke mahkamah untuk tindakan undang-undang. 


Sumber: Agensi



from The Reporter https://ift.tt/2Tpeb74
via IFTTT

Kim Jong Un hapuskan kucing & burung merpati untuk elak virus Covid-19 tersebar di negaranya

shamsulazlan | 08:24 | 0 comments


Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un dilaporkan bertindak menghapuskan haiwan-haiwan seperti kucing dan burung merpati bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19. 


Lapor Express.co.uk, Kim mengarahkan pasukannya memusnahkan kucing dan merpati liar. Kucing-kucing liar di jalanan dan termasuk kucing peliharaan rakyatnya juga tidak terkecuali dari menjadi mangsa operasi besar-besaran itu. 


Kim Jong Un yakin bahawa, haiwan-haiwan tersebut berupaya menyebarkan virus Covid-19 ketika melalui sempadan dari China yang merupakan lokasi awal penyebaran virus Covid-19. 


Beliau menilai bahawa keputusan yang dilaksanakannya itu adalah tepat. Bahkan Daily NK melaporkan ada satu keluarga di Hyesan, Yanggang terpaksa menjalani pengasingan kerana memelihara kucing secara diam-diam. 


Keluarga berkenaan diarahkan menjalani pengasingan selama 20 hari kerana perbuatan mereka didapati telah melanggar peraturan yang ditetapkan. 


"Keluarga itu diberi hukuman isolasi selama 20 hari kerana memelihara kucing secara haram, sekali gus melanggar perintah di kawasan yang ditetapkan," kata sumber. 


Sumber: Express.co.uk



from The Reporter https://ift.tt/3yOhpl3
via IFTTT
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger