(Video) 'Ok lawan, hentam jak' - Degil tak nak pakai mask, lelaki bertumbuk dengan security tetapi tewas

shamsulazlan | 03:24 | 0 comments


Sejak Mac 2020, Kerajaan Malaysia telah mewajibkan rakyat memakai pelitup muka apabila berada di tempat awam lebih-lebih lagi di lokasi tumpuan ramai termasuk pasar raya. Namun sehingga ke hari ini, masih ada yang memberikan alasan terlupa atau ingkar terhadap peraturan tersebut. 


Terbaru di Miri, Sarawak, seorang lelaki rela bertumbuk dengan pengawal keselamatan di sebuah pasar raya di Tudan (e-Mart) yang dipercayai bengang kerana tidak dibenarkan masuk ke premis itu. 


Menurut sumber, kejadian itu berlaku pada 24 Mei 2021. Pengawal keselamatan berkenaan terdahulu tidak membenarkan suspek masuk kerana dia tidak memakai pelitup muka. 


Malangnya, suspek yang enggan memberikan kerjasama berkeras mahu masuk ke pasar raya tersebut sebelum berlakunya pergelutan di antara mereka berdua. 


Video berdurasi 27 saat menunjukkan, pengawal keselamatan berjaya 'mengunci' suspek dari terus bertindak agresif. Tetapi suspek berjaya melepaskan diri dan cuba menghayunkan penumbuk, namun tidak kena. 


Di kesempatan itu, pengawal keselamatan berkenaan terus membalas tumbukan (mempertahankan diri) beberapa kali di kepala suspek. 


Kejadian itu turut disaksikan beberapa orang awam yang berada di tempat kejadian tanpa sedikit pun tampil membantu pengawal keselamatan berkenaan. 



Tidak diketahui apa yang berlaku selepas itu. Orang ramai dinasihatkan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan berikutan kes positif Covid-19 mencatatkan peningkatan mendadak sejak kebelakangan ini. 


Elakkan dari berkunjung ke lokasi tumpuan ramai, pakai double mask dan elakkan dari keluar rumah sekiranya tiada tujuan penting. Jaga diri dan keluarga, bersama-sama menangani Covid-19. 


Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS



from The Reporter https://ift.tt/3c244M8
via IFTTT

(Video) 'Ni mesti kes banyak makan cincau masa raya' - Lelaki serang staff 7E, pelanggan & staff Petronas, ditahan polis

shamsulazlan | 02:24 | 0 comments


Padah melakukan khianat dan serangan terhadap pelanggan serta pekerja kedai serbaneka (7 Eleven) di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu kelmarin, seorang lelaki telah ditahan. 


Terdahulu, video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kejadian itu berlaku pada jam 2.10 petang di mana suspek berambut perang, memakai baju merah dan berseluar jeans masuk ke premis tersebut. 


Suspek secara tiba-tiba menendang salah seorang pelanggan menyebabkan barangan di rak juga turut terjatuh. Seorang pekerja 7E juga ditendang di bahagian bahu sebelah kiri. Suspek cuba menumbuk, tetapi mangsa sempat mengelak. 


Dalam masa yang sama, seorang pekerja Stesen Petronas berhampiran yang datang ke premis itu untuk membeli barang juga ditendang beberapa kali oleh suspek. 


Akibat dari kejadian itu, pekerja 7E mengalami kesakitan di bahagian bahu dan belakang badan. Manakala pelanggan 7E pula sakit di bahagian perut. Dua mangsa berkenaan telah membuat laporan polis dan pergi mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah. 



Difahamkan, suspek sebelum ini kerap datang ke premis itu untuk membeli barang dan tidak pernah menimbulkan sebarang masalah. Keputusan ujian saringan air kencing juga menunjukkan suspek negatif dadah dan tida


Kejadian itu menyebabkan premis tersebut mengalami kerugian sebanyak RM100. Polis juga sedang mengesan pekerja Stesen Petronas yang belum membuat laporan. 


Berdasarkan laporan itu, suspek telah ditahan pada jam 10 malam 28 Mei 2021 dan direman sehingga 31 Mei 2021 untuk membantu siasatan.


Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS



from The Reporter https://ift.tt/3i28Lt5
via IFTTT

'Kalau dah atlet camtu, memang coach ambil mana yang sempat' - Komen jijik lelaki ini dikecam netizen, siap suruh bayangkan kalau anak dara pakai bikini di rumah

shamsulazlan | 02:24 | 0 comments

Atlet renang negara yang juga ibu kepada tiga anak, Cindy Ong baru-baru ini mendedahkan dirinya pernah diganggu secara seksual selama beberapa tahun oleh jurulatih kebangsaan ketika dia masih berusia remaja. 


Cindy yang berasal dari Ipoh, Perak, pernah memenangi tujuh pingat emas di FINA World Championship Masters (bagi usia 35-39), mendakwa seorang jurulatih pernah menyentuh payudaranya ketika pergi ke luar negara untuk menyertai pertandingan. 


Pada waktu itu, tiada media sosial untuk dikongsikan mengenai apa yang berlaku. Namun kini dia yang telah dewasa dan juga seorang ibu serta jurulatih, enggan kejadian yang seumpama itu berlaku kepada anak-anak atau perenang yang dilatihnya. 


Cindy bagaimanapun enggan mendedahkan nama individu berkenaan, tetapi mahu menegaskan bahawa perkara seperti itu berlaku dan menuntut pihak berkaitan mengambil tindakan bagi menangani masalah gangguan seksual seperti itu. 


Ramai yang terkejut dengan pendedahan Cindy, tetapi ada segelintir netizen pula menyalahkan Cindy disebabkan pemakaiannya (pakaian renang) yang dianggap seksi.


"Biasalah tu, puyu pun boleh jadi jerung kalau dah athletes camtu. Memang coach tu tak ambil kesempatan, tapi dia ambil mana yang sempat. Bayangkan kalau anak dara pakai bikini dalam rumah. Agak-agak ayah kat rumah nak pandang je ke?" tulis Hisham Shafiei. 



Komen itu kemudian viral di media sosial dan dikecam teruk oleh netizen.


"Ketika meneliti ruangan komen, mata saya tertumpu pada satu komen yang sangat memalukan. Kenapa saya tak cover muka ataupun nama? Sebab individu ini sendiri membuat keputusan untuk meninggalkan komen sebegini dalam posting public. 


"Lebih menyedihkan, dia sendiri ada anak dara. Di page siap quote surah ar-Rahman. What is he trying to imply here? What I'm feeling now is beyond mad. I'm actually in disgust! Perempuan yang berpakaian seksi bukan green light untuk orangg lelaki suka hati melempiaskan nafsu amarah. Dalam hal ini kalau dah ayah sendiri komen macam ni, how would you think anak lelakinya akan dicorakkan?" tulis Nuur Fatin Dini. 


Bagaimanapun, Hisham menjelaskan dia telah menjadi mangsa viral untuk individu terbabit bagi tujuan meletupkan sales. 


"Saya jadi mangsa, sebab nak letopkan sales. Semoga Allah memberi taufik dan hidayah padanya. Cara yang salah digunakan untuk tarik trafik," tulisnya.



Dalam laporan MalaysiaKini, Cindy juga meluahkan rasa kesal terhadap netizen yang memuat naik komen berunsur lucah, bukannya menumpu kepada laporan berita yang menyatakan hasratnya memburu rekod dunia dalam laporan Harian Metro pada 13 Jun 2020. Golongan lelaki gila seks ini secara terbuka memarahi FB Harian Metro kerana tidak menayangkan 'gambar penuh'. 


Sumber: MalaysiaKini, Harian Metro, FB Nuur Fatin Dini, Hisham Shafiei



from The Reporter https://ift.tt/3wGYOWa
via IFTTT

10 termasuk budak 12 tahun ditahan kerana bergaduh menggunakan senjata di PPR Kempas, JB

shamsulazlan | 00:24 | 0 comments


Susulan viral video pergaduhan di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas, Johor Bahru kelmarin, seramai 10 individu termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ditahan untuk membantu siasatan kes pergaduhan menggunakan senjata. 


Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid berkata, kesemua suspek berusia dari 12 hingga 45 tahun itu ditahan pada jam 6.45 petang selepas pihaknya menerima laporan daripada orang awam. 


Siasatan awal mendapati, pergaduhan itu membabitkan dua keluarga yang  dikatakan berpunca dari masalah peribadi.


Baca: (Video) 'Makcik tudung pink tu punca pergaduhan' - Sekumpulan individu bergaduh, budak ambil kesempatan diterajang sampai terpelanting


Selain itu, kesemua suspek akan dikenakan tindakan undang-undang kerana mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dan akan dikenakan kompaun mengikut Perkara 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan Penyakit Berjangkit 2020. 


Kes pergaduhan yang berlaku pula akan disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata. Dengan tertangkapnya semua suspek terlibat, polis menganggap kes tersebut telah pun selesai. 



Terdahulu, video pergaduhan yang dirakam oleh saksi viral di media sosial menunjukkan seorang wanita bertudung  merah jambu secara tiba-tiba datang dan terus memukul salah seorang lelaki di tempat kejadian. 


Tindakan wanita itu menjadi punca kepada pergaduhan fizikal, sedangkan sebelum itu kedua-dua pihak hanya bertengkar menggunakan mulut, bukannya menggunakan tangan mahupun kaki.


Sumber: Harian Metro, Bernama



from The Reporter https://ift.tt/34wdM5f
via IFTTT

(Video) 'Makcik tudung pink tu punca pergaduhan' - Sekumpulan individu bergaduh, budak ambil kesempatan diterajang sampai terpelanting

shamsulazlan | 03:24 | 0 comments


Viral video di media sosial yang menunjukkan sekumpulan individu bergaduh di perkarangan tempat letak kereta yang tidak diketahui punca sebenar kejadiannya. Namun jelas di situ, kesemua yang terbabit tidak memakai pelitup muka dan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. 


Menurut sumber, kejadian itu berkemungkinan berlaku di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai, Johor Bahru, semalam. 


Berdasarkan video rakaman penduduk dari tingkat atas, individu-individu terbabit terdahulu dilihat saling bertengkar sambil disaksikan beberapa penduduk lain termasuk kanak-kanak. 


Bagaimanapun keadaan berubah menjadi pergaduhan setelah seorang wanita bertudung merah jambu datang dan terus memukul salah seorang lelaki yang menyebabkan individu lain mengambil kesempatan untuk memukul lelaki terbabit. 


Akibatnya, kedua-dua pihak saling membalas pukulan dan kanak-kanak lain yang berada di tempat kejadian turut mengambil kesempatan memukul mangsa. Salah seorang kanak-kanak lelaki berbaju hitam diterajang tepat di bahagian dada sehingga terjatuh sebelum melarikan diri ke arah lain. 


Dalam masa sama, ada beberapa lelaki cuba meleraikan kedua-dua pihak, tetapi malangnya tidak berdaya kerana kedua-dua enggan berhenti. 




Sementara itu di media sosial, rata-rata netizen menuding jari terhadap wanita bertudung merah jambu yang menjadi punca pergaduhan tersebut.


"Baju putih tudung pink tu siapa? Buruknyalah perangai, jadi punca orang berbalah ke? Beria sangat gasak orang. Puas hati tengok budak kecik tu kena terajang. Kecik-kecik dah biadab, kalau mati orang yang dipukul tu, tak pasal-pasal jadi pembunuh. Lepas tu menangis," kata Atty Azi. 


"Tudung pink yang mulakan dulu. Kalau masuk dalam lokap, jangan menangis ye makcik," kata Ryzal. 


"Yang tudung pink tu elok check in balai. Pemula pergaduhan fizikal. PDRM tolong angkut semua yang terlibat terutamanya tudung pink. SOP pun dah tak tau ke mana. Dengan tak pakai mask, bergaduh pulak tu. Secara automatik dah bersentuhan. Nanti kalau dah kena Covid-19, menyusahkan orang kat hospital pulak. Kecik-kecik tak nak mati, dah tua bangka menyusahkan orang pulak," kata Muhammad Rashid. 


Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS



from The Reporter https://ift.tt/3uti1ZY
via IFTTT

(Video) 'Dia nak tolong abang buang sampah' - Budak 5 tahun parah dirempuh kereta akibat melintas secara melulu

shamsulazlan | 21:24 | 0 comments


Viral di media sosial video seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dilanggar sebuah kereta jenis Perodua Kembara, ketika sedang melintas jalan di Kampung Delek, Klang, Selangor. Video kejadian itu sempat dirakam dashcam sebuah kenderaan di tepi jalan. 


Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kejadian itu berlaku pada jam 5.45 petang dan mangsa dilanggar oleh pemandu wanita berusia 21 tahun, dalam perjalanan ke rumahnya di kampung yang sama.


Sebelum kejadian, mangsa, Nur Kasih Dalisya Kamarul Azwan, dikatakan mahu menemani abangnya pergi membuang sampah di seberang jalan. Dua beradik berkenaan berdiri di tepi jalan untuk menunggu masa yang sesuai untuk melintas. Namun, mangsa secara tiba-tiba berlari melintas jalan, tanpa menyedari kehadiran kereta Perodua Kembara tersebut. 


Pemandu Kembara yang terkejut dengan kemunculan mangsa, terus cuba menekan brek kecemasan, malangnya tidak sempat berbuat demikian berikutan jarak yang terlalu dekat, terus merempuh mangsa. 


Akibat dari kejadian itu, mangsa tidak sedarkan diri di atas jalan raya. Mangsa terus dihantar ke Hospital Tunku Ampuan Rahimah Klang dan disahkan mengalami kecederaan parah yang membabitkan kecederaan di bahagian organ dalaman sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan pakar. 


"Mangsa mengalami pendarahan pada limpa dan kececderaan usus," katanya. 


Pemandu wanita berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Sementara seorang ahli keluarga mangsa tampil berkongsi mengenai keadaan anak buahnya dan meminta orang ramai mendoakan Nur Kasih Dalisya selamat. 


"Doakan anak buah saya guys, mungkin di antara kalian, Allah makbulkan doa untuk dia. Keadaan dalaman teruk melibatkan limpa, usus dan paru-paru. Juga ada pendarahan otak. Kuat dugaan awak Qaseh, Acik doakan awak diberi kesembuhan dan kesihatan seperti biasa. 


"Sepatutnya abang dia yang buang sampah tu, tapi disebabkan dia rajin sangat, dia pun nak juga tolong buang sampah tu. Semoga awak cepat bangun adik Qaseh. Ibu, ayah, abang, akak, adik awak semua tunggu awak," katanya.


Sumber: Kosmo, Berita Harian



from The Reporter https://ift.tt/3oVB6Tg
via IFTTT

'Suspek mengaku, dah sebulan dia tak dilayani isterinya' - Remaja dirogol bapa sebanyak 2 kali sebelum dipukul dengan batu bata sampai mati

shamsulazlan | 21:24 | 0 comments


Malang nasib seorang remaja perempuan berusia 16 tahun di Kabupaten Kudus, Jawa Tengah, Indonesia, ditemui mati di dapur rumahnya pada Rabu, 5 Mei 2021. 


Mayat mangsa ditemui oleh adiknya yang ketika itu baru pulang dari sekolah pada jam 10 pagi. Terkejut dengan penemuan yang tidak disangkakan itu, adik mangsa menjerit ketakutan sehingga didengari jiran berdekatan yang lalu bergegas datang untuk melihat apa yang berlaku. 


Ketua Polis Kudus, Aditya Surya Dharma berkata, siasatan awal mendapati, terdapat kejanggalan pada penyebab kematian mangsa berikutan penemuan kesan luka pada mayat mangsa di bahagian wajah, leher dan kepala yang dipercayai dibunuh. Turut ditemui kesan sperma di dalam kemaluan mangsa. 


Setelah melakukan siasatan dan pemeriksaan di lokasi kejadian, akhirnya polis mendapati mangsa telah dibunuh oleh bapa kandungnya sendiri bernama Slamet, berusia 50 tahun. 


Sebelum dianiaya sampai mati, suspek sempat merogol anaknya sebanyak dua kali di bilik, di kediaman mereka yang ketika itu hanya tinggal mereka berdua, sementara isteri suspek keluar bekerja. 


Suspek memberikan alasan dia berbuat demikian terhadap anak perempuannya sendiri kerana tidak dapat menahan nafsu seksualnya setelah lama tidak dilayani oleh isteri. 


"Suspek mengaku khilaf kerana sebulan tidak dilayani oleh isterinya. Suspek juga mengaku dia membunuh mangsa kerana berang anaknya menolak untuk dirogol kali kedua," kata Aditya dalam sidang media pada 24 Mei 2021. 


"Bukti kejadian berdasarkan profil DNA suspek. Mangsa dianiaya sehingga meninggal dunia kerana memberontak ketika dirogol di mana dia dicekik, ditekap dan dipukul dengan batu bata," tambahnya lagi. 


Bimbang perbuatan kejinya terbongkar, suspek sempat mengelar tangan mangsa dan meninggalkan tali di tepi mayat seolah-olah mangsa meninggal dunia akibat bunuh diri. Selesai mencipta alibi tersebut, suspek keluar untuk pergi ke tempat kerjanya (buruh). 


Namun, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua apabila polis berjaya menyelesaikan kes tersebut dan suspek ditangkap pada Jumaat 21 Mei 2021. 


Suspek kini berdepan dengan tindakan undang-undang berkaitan dengan Akta Perlindungan Anak yang memperuntukan hukuman 15 tahun penjara. 


Sumber: Kompas



from The Reporter https://ift.tt/2R2RrsW
via IFTTT
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger