KKMM sedia bantu kesan, Mufti nasihatkan Muhammad Sajjad jangan terlalu menurut perasaan 'bebal' sehingga sanggup murtad

shamsulazlan | 02:24 | 0 comments


Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bersedia membantu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk mengesan Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman sekiranya diperlukan, demikian kata Timbalan Menterinya, Datuk Zahidi Zainul Abidin. 


"Kita sedia membantu untuk mengesan dia kerana dia mempermain dan mempersenda agama. Buat masa ini, biarlahh pihak berkuasa agama dan polis cari dahulu dan jika ada apa-apa keperluan, kementerian ini akan sedia membantu," katanya. 


Jelas Zahidi, ia perlu kerana sikap yang ditonjolkan oleh lelaki itu yang mempersendakan agama, menyindir pihak berkuasa secara berterusan menimbulkan kemarahan orang ramai. 


"KKMM bersedia untuk bekerjasama. Kita akan bantu kesan di mana dia berada. Saya kira polis juga ada kemampuan untuk lakukan ini (kesan). Tapi sekiranya perlu, kita akan membantu," katanya. 


Sementara itu, Mutfi Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor menasihatkan lelaki itu untuk segera bertaubat kerana tiada manusia yang terlepas dari melakukan dosa kecuali para Rasul. 


"Islam merupakan agama yang selari dengan fitrah asal kejadian manusia yang mengkehendaki lelaki dan wanita mengikuti kelakuan, perwatakan termasuk berpakaian yang sesuai dan selaras dengan kejadian masing-masing. 


"Sebarang penyimpangan daripada fitrah asal kejadian ini akan menyukarkan diri sendiri dan tidak akan membahagiakan pelakunya. 


"Kembalilah kepada fitrah dirinya sebenar sebagai seorang lelaki bukan wanita atau khunsa dan bertaubatlah kepada Allah SWT sementara kesempatan masih ada, demi kesejahteraan hidup anda sendiri," katanya. 


Wan Salim juga menasihatkan agar tidak menurut perasaan 'bebal' sehingga sanggup murtad daripada agama Islam yang suci. 


Sumber: Harian Metro, Sinar Harian



from The Reporter https://ift.tt/2Pm8MM5
via IFTTT

'Pergi kedai nak rakam punggung, kena tangkap' - Buat onar di pasar raya, pekerja pendawaian ditahan polis

shamsulazlan | 01:24 | 0 comments


Padah merakam video punggung wanita di sebuah pasara raya di Sungai Petani, seorang pekerja pendawaian berusia 27 tahun ditahan, kelmarin. 


Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, mangsa pertama berusia 28 taun membuat laporan polis pada jam 9 malam hari kejadian. 


Menurut mangsa, dia menyedari suspek memerhatikan gerak-gerinya dan membuat rakaman video ketika dia bersama dua anaknya sedang memilih barang. 


"Dia (mangsa) bersama suaminya memerhatikan dari jauh sebelum mendapati suspek merakam gambar punggung beberapa pelanggan wanita di situ" katanya. 


Mangsa juga ternampak suspek menyelak kain seorang wanita menggunakan kakinya, lalu terus menghampiri suspek dan merampas telefon bimbitnya. 


Ketika diperiksa, terdapat beberapa video yang dirakam oleh suspek. Mangsa terus memaklumkan kejadian itu kepada pihak pengurusan pasar raya berkenaan dan suaminya menghubungi polis yang kemudian datang menahan suspek untuk tindakan lanjut. 


Mangsa kedua, suri rumah berusia 39 tahun juga membuat laporan polis yang dirinya turut menjadi mangsa kepada suspek. 


Siasatan awal mendapati, suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK). 


Sumber: Harian Metro, Info Roadblock JPJ/POLIS



from The Reporter https://ift.tt/3r9qmB7
via IFTTT

'Hentikan ujian calitan dubur, rakyat kami alami kesakitan psikologi' - Jepun gesa China berhenti seksa rakyatnya

shamsulazlan | 20:24 | 0 comments


Jepun menggesa pihak kesihatan China berhenti melakukan anal swab test (ujian calitan dubur) Covid-19 ke atas rakyatnya di negara itu kerana prosedur tersebut boleh menyebabkan kesakitan psikologi, kata jurucakap Kerajaan Jepun, semalam. 


Ketua Setiausaha Kabinet Katsunobu Kato berkata, kerajaan Jepun masih belum menerima maklum balas dari Beijing yang akan mengubah prosedur tersebut dan Jepun akan terus mendesak China untuk mengubah cara ujian saringan yang dilakukan. 


"Ada beberapa rakyat Jepun melaporkan kepada kedutaan kami di China yang mereka diarahkan menjalani ujian calitan dubur yang menyebabkan kesakitan pisikologi yang teruk," kata Kato pada sidang akhbar. 


Namun tidak diketahui berapa ramai rakyat Jepun yang telah diarahkan melakukan ujian tersebut untuk pengesanan koronavirus, tambahnya. 


Beberapa pusat kesihatan di China menggunakan sampel yang diambil dari dubur bagi mengesan jangkitan berikutan China mengambil langkah drastik bagi memastikan tiada pembawa yang berpotensi menyebabkan virus tersebut terlepas dari saringan pihaknya. 


Untuk mendapatkan sampel itu, putik kapas perlu dimasukkan dalam dubur sedalam tiga hingga lima sentimeter ke dalam dubur dan diputar beberapa kali. 


Selepas selesai, putik kapas itu akan dikeluarkan dan disimpan dalam bekas sampel di mana prosedur itu mengambil masa selama 10 saat sahaja. 


Beijing dikatakan mula menggunakan kaedah tersebut dengan lebih kerap setelah seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun diuji positif Covid-19 pada Januari lalu. 


Hanya beberapa hari dalam bulan Januari, lebih daripada tiga juta penduduk di Beijing telah melakukan ujian calitan dubur bagi membendung penularan wabak tersebut, kata pihak berkuasa. 


Diplomat Amerika di China mendakwa, minggu lalu mereka dipaksa melakukan ujian calitan dubur untuk pengesanan jangkitan Covid-19. Washington kemudian mengadu prosedur tersebut tidak bermaruah dan meminta kakitangan kedutaan menolak ujian tersebut sekiranya diminta berbuat demikian. 


Namun, jurucakap Kementerian Luar Negeri China, Zhao Lijian berkata, "Setahu saya, China tak pernah meminta kakingan diplomatik Amerika yang ditempatkan di China untuk melakukan ujian calitan dubur."


Sumber: Daily Mail



from The Reporter https://ift.tt/3q8bf9R
via IFTTT

'Saya tak pandai nak berkata-kata manis' - Lelaki nekad bina pulau indah untuk tawan semula ex-girlfriend tetapi tetap kena REJECT!

shamsulazlan | 20:24 | 0 comments


Seorang lelaki cuba menawan semula hati bekas teman wanitanya dengan membina sebuah pulau khas untuk buah hatinya itu menggunakan duit tabung. Namun usahanya itu menjadi sia-sia.


Walaupun begitu, pulau tersebut kini menjadi tempat romantis yang sering dikunjungi oleh pasangan kekasih muda.


Lelaki bernama Xu, berasal dari Guangdong, China itu dikatakan telah berpisah dengan kekasihnya tahun lalu. Ketika itu, Xu mahu menjaga orang tuanya yang sudah lanjut usia dan mengambil keputusan untuk mencari pekerjaan di kampung halaman. 


Rumah teman wanitanya pula berada di bandar dan orang tuanya menghalang anak perempuan mereka tinggal di kampung menyebabkan pasangan itu berpisah. 


Patah hati dengan apa yang berlaku, Xu kembali ke kampung halamannya di mana dia menghabiskan ratusan ribu yuan untuk membina sebuah pulau kecil berukuran 20 hingga 30 meter persegi di kampungnya. 


Dia juga mengupah penduduk kampung untuk membantu membina jambatan untuk disambungkan pada pulau kecil itu dan menanam pokok dan buaian di tengah pulau. Selain itu, dia juga menanam pokok sakura sebagai simbol cinta jika menurut karya sastera klasik China. 


Xu mula membina pulau itu sejak Disember 2020 dan projek siap sepenuhnya pada akhir Januari 2021.


"Ini adalah tempat yang ideal untuk fotografi," katanya sambil menunjukkan latar belakang awan putih dan pergunungan yang membentuk pemandangan yang sangat indah serta menakjubkan. 



Setelah mengetahui apa yang dilakukan oleh Xu, bekas teman wanitanya sangat tersentuh tetapi dia tetap menolak untuk kembali ke pangkuan Xu.


"Terima kasih di atas usaha dan dedikasi awak yang sangat tulus. Saya harap awak bertemu dengan seseorang yang jauh lebih baik daripada saya," katanya.


Walaupun Xu tidak berjaya menawan kembali hati bekas teman wanitanya, dia tidak menyesal dengan apa yang telah dilakukannya itu. Apa yang penting katanya, dia ikhlas dalam apa yang dilakukan dan itu sudah memadai.


Sumber: Chinese Daily



from The Reporter https://ift.tt/2O8qjH3
via IFTTT

(Video) Lelaki muda nekad buat pembedahan plastik selepas panel interview mentertawakan wajah aslinya

shamsulazlan | 19:24 | 0 comments


Seorang lelaki Vietnam berusia 26 tahun mendakwa dia terpaksa membuat pembedahan plastik selepas ditertawakan ketika menghadiri temuduga kerja, disebabkan wajahnya. 


Pengguna Tik Tok, Do Quyen, banyak mendapat perhatian dari di media sosial selepas memuat naik gambar dirinya sebelum dan selepas menjalani pembedahan plastik. 


Berdasarkan gambar, sememangnya perubahan yang dilakukan sangat ketara membuatkan ramai netizen terkejut. Raut wajahnya amat berbeza berbanding wajahnya yang asli termasuk mata dan hidung. 


Do Quyen menjelaskan dia terpaksa melakukan pembedahan plastik itu selepas cuba mendapatkan kerja dan ditertawakan oleh panel interview hanya kerana wajahnya yang kelihatan tidak menarik.  Namun begitu, ramai yang tidak percaya bahawa itu adalah gambar dirinya. 


@quyen_do8

Trả lời @halfelf2309 ##howichange lúc trc Ngoại xấu thg bị chê bai thay đổi đê mình hoan hảo hơn ạ ##Thaydoi ##daythithanhcongkhongnhi

♬ feeling - Official Sound Studio


Do Quyen yang bekerja sebagai makeup artis di Saigon memberitahu followers Tik Tok yang dia menghabiskan lebih kurang 400 juta dong (RM70,403) untuk sembilan sesi pembedahan plastik termasuk pembentukan semula hidung, implan dagu, veneer gigi (porcelin), pembentukan semula bibir, pembedahan kelopak mata dan implan bibir. 


Peristiwa yang memalukan ketika menghadiri temuduga itu mendorong dia melakukan perubahan drastik tersebut. Keluarganya tidak begitu menyokong apa yang dilakukan dan dia terpaksa membiayai segala kos pembedahan plastik itu sendiri. 


"Kali pertama saya pulang ke rumah selepas melakukan pembedahan plastik, ibu dan ayah tidak mengenali saya," katanya. 


Do Quyen kerap memuat naik gambar dan video dirinya di Instagram dan Tik Tok, termasuk klip video yang menunjukan transformasi dirinya. Walaupun dihujani dengan pelbagai kritikan, Do Quyen tidak pernah menyesali keputusan melakukan pembedahan plastik dan berkongsi pandangan dengan followersnya yang mereka patut melakukan apa sahaja yang dirasakan selesa untuk diri sendiri. 


Sumber: Oddity Central



from The Reporter https://ift.tt/2NIl5lD
via IFTTT

'Tambah banyak lagi CCTV please!' - Majlis Perbandaran Taiping pasang CCTV di hospot untuk kesan & kompaun individu buang sampah secara haram

shamsulazlan | 18:24 | 0 comments


Berikutan masalah pembuangan sampah di tempat yang tidak sepatutnya dan di luar tong sampah seringkali terjadi, pihak Majlis Perbandaran Taiping (MPT) mengambil inisiatif untuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan 'panas' bagi mengesan dan mengambil tindakan terhadap individu yang tidak bertanggungjawab. 


Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh MPT pada 28 Februari 2021, pihaknya terpaksa melakukan pembersihan secara berkala dengan kekerapan seminggu sekali dan angaran berat sampah haram yang dikutip mencecah 40 tan untuk satu kerja pembersihan. 


Melalui Projek Rintis Portable CCTV yang dipasang di dua lokasi panas sejak Disember 2020 iaitu di Tong Sampah Pasar Kamunting dan Taman Kota Jaya, Simpang, MPT telah berjaya merakam perbuatan individu-individu terbabit. 


Berdasarkan maklumat seperti nombor pendaftaran pemilik kenderaan, MPT akan membuat semakan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi mengenal pasti pemilik kenderaan sebelum mengeluarkan kompaun. 


Semenjak projek rintis itu dijalankan,  sebanyak 67 kompaun berjumlah RM16,750 telah dikeluarkan pada Disember 2020 dan Januari 2021, 18 kompaun berjumlah RM4,500 telah dikeluarkan yang menyaksikan penurunan yang sangat ketara semenjak pemasangan CCTV tersebut. 


MPT memberi peringatan kepada para penduduk di kawasan Taiping untuk tidak melakukan pembuangan sampah secara haram atau berdepan dengan tindakan undang-undang di bawah Undang-Undang Kecil Kebersihan Awam (Majlis Perbandaran Taiping) 1984 (Pk.P.U.18). Tawaran kompaun tidak lebih daripada RM 250.00 akan dikeluarkan  dan sekiranya di sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM 2,000.00 atau penjara tidak lebih satu (1) tahun atau kedua-duanya.


Di media sosial, netizen khususnya penduduk Taiping bersetuju dengan tindakan tegas MPT dan memuji inisiatif yang diambil untuk memastikan Taiping bebas dari sampah. 


Pun begitu, ada yang kurang bersetuju dengan jumlah kompaun yang dikenakan itu terlalu kecil kerana dianggap tidak akan memberi kesedaran kepada individu yang melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab itu. 


"Pemantauan melalui CCTV ini bagus, tetapi kompaun yang dikenakan terlalu kecil. Agak sukar nak mendidik masyarakat. Kalau boleh naikkan kompaun lagi tinggi," kata netizen. 


Sumber: Majlis Perbandaran Taiping



from The Reporter https://ift.tt/3r9yktR
via IFTTT

Ops banteras Ekzos Bising masuk ke kawasan perumahan susulan dapat banyak aduan penduduk

shamsulazlan | 18:24 | 0 comments


Pemilik kenderaan sama ada motosikal atau kereta adalah dimaklumkan bahawa, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan melaksanakan operasi menyeluruh Ops Ubah Suai Ekzos bukan hanya di sekatan jalan raya, tetapi juga termasuk di kawasan perumahan yang telah bermula sejak semalam, 1 Mac 2021. 


Ketua Jabatan JSPT Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, pihaknya memberi tumpuan di kawasan perumahan termasuk apartmen dan flat kerana ada aduan dari penduduk yang terganggu dengan bunyi ekzos bising yang banyak melibatkan kawasan perumahan. 


Bagi pemilik kenderaan yang didapati melakukan kesalahan itu akan dikenakan tindakan di bawah Kaedah 103 iaitu di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959 (LN 170/1959). 


"Individu terbabit boleh dipenjara tidak melebihi enam bulan atau denda tidak melebihi RM2,000," katanya. 


Justeru, pemilik kenderaan yang telah melakukan pengubahsuaian ekzos pada kenderaan masing-masing dinasihatkan untuk mengubah kembali kepada ekzos asal bagi mengelakkan dikenakan tindakan. 


Semalam, JSPT Bukit Aman telah menjalankan Ops Khas Kesalahan Bunyi Bising di Jalan Duta, Kuala Lumpur dan seramai 10 motosikal pelbagai jenis telah ditahan kerana didapati melakukan kesalahan penggunaan ekzos bising. 


Salah seorang penunggang yang ditahan berkata, dia hanya sekadar mengikut trend dan minat, selain menjadikan alasan penggunaan ekzos bising bagi tujuan 'keselamatan' di jalan raya agar pemandu kenderaan lain sedar akan kehadirannya. 


Bagaimanapun, alasannya itu tidak diterima dan dia dikenakan tindakan yang menyebabkan dia kini menyesal dengan perbuatannya. 


Sumber: Sinar Harian



from The Reporter https://ift.tt/3kyPwXp
via IFTTT
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger