(Video) 'Saya dah tak nak jadi orang...' - Muhammad Sajjad nak tinggalkan agamanya, salahkan pihak lain yang menjadi punca dia nak murtad?

shamsulazlan | 17:24 | 0 comments


Usahawan kosmetik yang diburu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kembali viral di media sosial selepas lelaki berusia 36 tahun itu mengugut mahu meninggalkan agamanya susulan tertekan dengan tindakan pihak berkuasa yang mahu menahannya di atas kesalahan berpakaian seperti wanita sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina. 


Berdasarkan klip video yang berdurasi 1 minit 48 saat itu, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman berkata, "Saya baca, tak salah kita buat research agama lain kan? Sebab kita tak ada buat apa-apa, lepas itu orang nak salahkan kita teruk. 


"Lepas JAIS keluarkan statement itu, saya dah malas nak fikir. Saya cakap ini bukan saya nak mengugut ke tak. Secara sumpah demi nama saya, nama ayah saya, nama mak ayah saya, saya dah tak nak menjadi orang Islam," katanya sambil menggelengkan kepala. 


"Saya keluar daripada agama Islam. Itu lebih afdal. Saya tak main-main, saya cakap betul. Mereka yang buat saya, jadi saya nak keluar daripada Islam. Sasya tak main-main, saya cakap betul-betul. 


"Mereka yang buat saya nak keluar daripada Islam. Mereka buat saya lebih jauh daripada Islam... dengan benda yang macamini, diorang buat saya, mungkin diorang ingat diorang boleh bagi iktibar... bukan. 


"Saya lebih takut dan saya rasa lebih baik keluar daripada agama ini. Sebab saya lahir pun dalam Islam dan saya ikut sahaja apa yang mak saya ajar, saya buat. Rupa-rupanya... tak tahulah," katanya. 



Kenyataan Muhammad Sajjad itu mengundang respon banyak pihak, termasuk Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri yang berpandangan bahawa Sajjad tidak sepatutnya menyalahkan mana-mana pihak di atas apa yang berlaku kepada dirinya pada waktu ini. Sebaliknya, cuba memperbetulkan diri. 


"Sajjad nak murtad, salah siapa? Adakah salah penguatkuasa yang mengambil tindakan terhadapnya atau nak salahkan netizen yang mengecam akan perbuatannya yang melampau dan salah di media sosial? 


"Saya rasa Sajjad kena salahkan diri sendiri yang semakin hari semakin hanyut dengan kemewahan yang dimiliki serta dunia khayalan ciptaannya yang telah menipu dirinya. 


"Murtad bukan jalan penyelesaian kepada masalah yang Sajjad hadapi, bahkan ia menambah parah dalam diri Sajjad. Kembalilah kepada fitrah, bertaubat kepada Allah, Allah Maha Penerima Taubat," katanya. 



Semalam, Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed memaklumkan pihaknya bersedia membantu JAIS untuk mengesan Muhammad Sajjad yang disyaki sedang bersembunyi bagi mengelakkan ditangkap susulan waran tangkap telah dikeluarkan oleh pihak mahkamah atas kegagalannya hadir pada hari perbicaraan. 


Sehingga kini, JAIS masih berusaha mengesan keberadaan lelaki itu dan tidak menolak kemungkinan yang dia masih berada di kawasan Lembah Klang. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/3q8KiCC
via IFTTT

'Saya tahu bunyi ekzos bising itu mengganggu, tetapi nak ikut trend, minat & keselamatan' - 10 motosikal ditahan polis kerana ubahsuai ekzos

shamsulazlan | 07:24 | 0 comments


Minggu lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memaklumkan pihaknya akan mengambil tindakan terhadap pemilik kenderaan yang menggubahsuai ekzos sehingga menimbulkan gangguan teradap ketenteraman awam. 


Bagi mereka yang didapati melakukan kesalahan itu sama ada pemilik motosikal atau kereta, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000. 


Hari ini, Ops Khas Kesalahan Bunyi Bising telah dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman bermula pada jam 10 hingga 12.30 tengah hari di Jalan Duta, Kuala Lumpur. 


Hasilnya, sebanyak 10 buah motosikal seperti Yamaha Y15(4), Yamaha 125Z (1), Yamaha R15 (1), Benelli (1), Kawasaki Z900 (1), Yamaha R6 (1) dan Kawasaki ER-6 (1) telah ditahan kerana didapati melakukan kesalahan penggunaan ekzos bising yang keterlaluan. 


Mereka yang ditahan akan dikenakan tindakan di bawah Kaedah 103 Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959 (LN 170/1959) dan akan dirujuk kepada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana melakukan pengubahsuaian. 


Salah seorang yang ditahan, Shahril, 30, berkata dia sememangnya sengaja menggunakan ekzos bising itu kerana mengikut trend yang mendorong kepada minatnya. 


Shahril yang ditahan ketika dalam perjalanan ke tempat kerjanya sedar penggunaan ekzos sedemikian hanya akan menganggu orang dan dia kini menyesal setelah ditahan serta bakal dikenakan tindakan undang-undang. 


"Saya akui guna ekzos bising kerana trend dan minat. Saya tahu bunyi bising itu memang mengganggu orang dan saya menyesal dengan perbuatan itu. 


"Saya menggunakan ekzos 'secondhand' sahaja yang dibeli dari kenalan dua tahun lalu. Ekzos yang asal, saya masih simpan. Ekzos bising itu untuk 'keselamatan' saya agar kereta di depan tahu yang saya berada di belakangnya dan tidak menghalang laluan untuk memotong dan sebagainya," katanya. 


Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, pihaknya akan mengambil tindakan berterusan dan orang ramai dinasihatkan untuk tidak melakukan sebarang pengubahsuaian kenderaan sesuka hati sekiranya tidak mahu dikenakan tindakan undang-undang. 


Sumber: Sinar Harian, 



from The Reporter https://ift.tt/3b9swLD
via IFTTT

(Video) Kerana berebut 'Cinggey', sanggup berkuntau 3 penjuru di jalan raya

shamsulazlan | 07:24 | 0 comments


Dalam satu babak, Ketua Kumpulan Rimba Bara iaitu Jijoe (K Rahman) pernah menegur Slash (Pekin Ibrahim), katanya:


"Ada tiga perkara yang boleh menjatuhkan sesebuah negara, satu rasuah, kedua tidak menepati masa dan ketiga cinggey'.


Itulah hal-hal remeh yang berlaku baru-baru ini di sebuah pusat perniagaan di Bandar Chukai semalam di mana seorang lelaki dibelasah dua individu yang bermotifkan berebut wanita, semalam. 


Kejadian itu turut dirakam saksi dan videonya kini viral di media sosial. 


Video berdurasi 29 saat itu menunjukkan, penunggang motosikal berkenaan didatangi dua lelaki menaiki kereta Perodua Viva dan berbincang mengenai sesuatu untuk menyelesaikan masalah yang timbul di antara mereka. 



Bagaimanapun, perbincangan di antara mereka tidak berjalan dengan lancar apabila motosikal mangsa dikatakan terlajak dan terlanggar cermin sisi kereta itu membuatkan dua suspek terbabit keluar dan bertindak membelasah mangsa bagaikan tiada hari esok. 


Orang ramai yang ternampak kejadian itu terus datang dan cuba meleraikan mereka tetapi gagal berbuat demikian. 


Ketua Polis Daera Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu. 


Sumber: Kosmo Online, Info Roadblock JPJ/POLIS



from The Reporter https://ift.tt/3dXC1Py
via IFTTT

(Video) 'Nampak budak jual Yasin depan Pavi, takyah sedekah, kurang ajar nak mam...'

shamsulazlan | 05:24 | 0 comments


Baru-baru ini, pengacara Azwan Ali memuat naik video dirinya didatangi seorang pengemis cilik lalu dihalau, menimbulkan rasa kurang sesetengah warga maya. 


Namun demikian, ada netizen yang tampil menjelaskan mereka juga pernah berdepan dengan pengemis cilik berkenaan di kawasan Pavilion dan disifatkan kurang ajar dan menipu untuk mendapatkan wang dengan cara mudah. 



"Kalau korang nampak budak-budak jual Yasin depan Pavilion camni, tak payahlah sedekah. Kurang ajar nak mampus. Aku bagi RM20, then dia panggil semua kawan-kawan dia minta kat aku. 


"Pastu aku cakap tak boleh, aku suruh diorang share RM20 tadi. Diorang blah, buat muka. Memang macam b**i," kata Nana di Twitternya. 


Perkara itu turut diakui beberapa netizen yang juga pernah mengalami pengalaman seumpama itu di sekitar ibu kota yang dipercayai didalangi oleh sindiket yang sama. 


"Pernah kena juga kat Sogo. Dia kata lapar, tak makan lagi. Bagi duit kat dia RM20, suruh beli makan. Pastu dia blah then dia datang balik sambil tarik tangan member dia suruh member dia minta. I cakap, tadi kan dah bagi? Share la beli makanan. Then tiba-tiba dia kata dia tak kenal budak tu," - Maixaa. 


"Betul! Sangat kurang ajar ya. First kes dulu, budak ni suruh beli Yasin. Tetapi biadab, memaksa pula tu. Aku yang niat mahu sedekah terus tak jadi. Bila tak layan, budak itu maki aku. 


"Kes lain, aku ingat dia sedekah Yasin. Bila ambil, dia suruh bayar RM10. Sudah! Ambil balik Yasin tu, tak kesah pun," - Davina.



Disebabkan kegiatan sindiket seperti ini membuatkan orang ramai berwaspada apabila didekati para pengemis di ibu kota kerana bimbang ditipu. 


Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk tidak mudah terperdaya dengan sindiket pengemis terancang ini. Sebaik-baiknya hulurkan derma atau sumbangan ikhlas anda kepada badan-badan yang berdaftar dan diberi keizinan untuk mengutip sumbangan. 


Sumber: Twitter Nana



from The Reporter https://ift.tt/3bNqK1M
via IFTTT

(Video) 'Pergi kedai nak makan, kedai tutup' - Sekumpulan lelaki kelaparan mengamuk di restoran

shamsulazlan | 02:24 | 0 comments


Malam Ahad, sekumpulan lelaki dirakam menjahanamkan sebuah premis di Jalan Tun Sambathan dengan membaling kerusi dan meja plastik dan video kejadian itu viral di media sosial. 


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, kejadian itu berlaku pada jam 10 malam dan pada ketika itu restoran berkenaan sudah menutup operasi perniagaannya.


Namun, datang sekumpulan lelaki terbabit yang dikatakan mahu makan di restoran itu, tetapi tidak dibenarkan kerana operasi restoran telahpun tamat, membuatkan mereka bengang lalu menimbulkan rusuhan. 


Difahamkan, restoran itu menamatkan operasi perniagaannya pada jam 10 malam kerana patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) PKP yang menetapkan operasi perniagaan hanya dibenarkan sehingga jam 10 malam. 


Ekoran dari kejadian itu, pihaknya telah melakukan operasi khas pada jam 1 pagi dan telah menahan tiga daripada sebelas individu yang terbabit dalam rusuhan itu. Baki suspek sedang dikesan dan mereka akan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh tanpa senjata. 



Sumber: Harian Metro, Info Roadblock JPJ/POLIS



from The Reporter https://ift.tt/3uKmIzF
via IFTTT

31 pegawai & anggota polis bakal dipecat kerana terbabit dengan sindiket Macau Scam didalangi Addy Kanna

shamsulazlan | 02:24 | 0 comments


31 pegawai dan anggota polis yang dikenal pasti terlibat dengan Addy Kanna dalam sindiket penipuan Macau Scam berdepan dengan tindakan tegas termasuk dibuang kerja. 


Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP), mereka yang terlibat boleh dikenakan tindakan tegas seperti ditamatkan perkhidmatan atau diturunkan pangkat. 


Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) kini telah melengkapkan kertas siasatan kes tersebut dan akan dirujuk kepada Pengerusi SPP, Datuk Seri Hamzah Zainudin, yang juga merupakan Menteri Dalam Negeri. 


Abdul Hamid berkata, kesalahan yang dilakukan itu adalah sangat serius dan selaku Ketua Polis Negara, beliau akan membawa kes itu ke peringkat atasan agar dapat diambil tindakan tegas dan adil. 


"Apabila perkara ini diangkat ke atas, kemungkinan hukuman dikenakan kepada mereka adalah buang kerja, turun pangkat atau lain-lain termasuk potongan gaji, tetapi dua hukuman utama pastinya dibuang kerja atau diturunkan pangkat. Itu kuas yang ada pada SPP," katanya. 


Hujung tahun 2020, seramai 31 pegawai dan anggota polis pelbagai pangkat termasuk pegawai kanan berpangkat deputi komisioner telah disiasat kerana disyaki terbabit dalam sindiket Macau Scam dan judi online membabitkan Addy Kanna. 


Kesemua mereka disiasat secara menyeluruh terutamanya berhubung pemilikan aset luar biasa berbanding jawatan dan gaji. Salah seorang yang disiasat berpangkat inspektor dipercayai memiliki wang simpanan berjumlah RM1 juta. 


Sumber: Sinar Harian



from The Reporter https://ift.tt/37VyoWy
via IFTTT

(Video) 'Dik sini sini! Pakcik hantar balik!' - Hari pertama sekolah, budak Tahun 1 lari sampai terpaksa dikejar guna motor

shamsulazlan | 02:24 | 0 comments


Seorang murid lelaki yang dikatakan baru memasuki alam persekolahan Tahun 1 di hari pertama, bertindak melarikan dari sekolah sehingga terpaksa dikejar kerana bimbang akan keselamatan dirinya. 


Video berdurasi 1 minit 14 saat itu menunjukkan seorang lelaki cuba mengejar murid lelaki itu yang berada di depannya kira-kira 60 meter, sambil memanggilnya untuk berhenti. 


"Dik! Dik! Sini! Sini! Sini! Hei sini! Ada polis, pakcik hantar balik. Marilah, pakcik hantar balik," kata lelaki itu, tetapi tidak diendahkannya.


Tidak beberapa lama kemudian, kedengaran deruman enjin motosikal dari belakang. 


Mendengar deruman enjin motosikal, murid berkenaan terus berhenti dan ke tepi jalan menangis-nangis enggan didekati wanita yang dipercayai guru sekolah. 


"Mama tak ada..." kata guru berkenaan dan murid itu tetap menjerit enggan dipujuk kerana mahu kembali ke pangkuan ibunya. 


Mungkin mengetahui dirinya tidak berdaya, akhirnya murid berkenaan akur dan membiarkan saja guru itu mengangkatnya ke motosikal untuk dibawa semula ke sekolah. 



Di media sosial, netizen merasa terhibur dengan gelagat kanak-kanak berkenaan dan bersimpati dengan lelaki yang terpaksa mengejarnya sampai tercungap-cungap. 



Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS



from The Reporter https://ift.tt/3uJjCfi
via IFTTT
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger