7 termasuk 2 kanak-kanak maut, Alza bertembung dengan lori

shamsulazlan | 07:24 | 0 comments


Tujuh termasuk dua kanak-kanak maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza yang dinaiki keluarga itu bertembung dengan lori di Jalan Keramat Pulai, Ipoh, menghala ke pusat peranginan Cameron Highlands, Pahang. 

Kejadian itu berlaku pada jam 5.45 petang di mana Perodua Alza berkenaan membawa lebih kurang 10 penumpang sebelum terbabit dalam kemalangan itu sehingga menyebabkan para penumpangnya tersepit.

Menurut sumber, tujuh yang maut membabitkan dua kanak-kanak, dua lelaki dewasa dan tiga wanita, manakala tiga lagi mangsa yang cedera adalah dua kanak-kanak dan seorang lelaki dewasa. 

Anggota bomba dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai tiba di lokasi kejadian mendapati tiga mangsa masih tersepit dalam kenderaan dalam keadaan parah. 



Bomba mengambil masa lebih kurang sejam untuk mengeluarkan kesemua mangsa. 

Mayat semua mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh untuk dibedah siasat. 

Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/3izUdOb
via IFTTT

Pukul rakan senegara, lelaki Nepal dipenjara 4 bulan

shamsulazlan | 07:24 | 0 comments


Lelaki warga Nepal yang terbabit dalam video viral memukul pengawal keselamatan juga dari negara yang sama dihukum penjara selama empat bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

Majistret Wong Chai Sia, menjatuhkan hukuman itu terhadap Ram Gopal Murau, 34, selepas tertuduh mengaku bersalah di atas pertuduhan tersebut. 

Berdasarkan pertuduhan, Ram didakwa sengaja memukul mangsa, Eslam Husen, 26, menggunakan cota sehingga menyebabkan kecederaan dalam kejadian yang berlaku pada jam 12 tengah hari 7 Julai lalu di tempat letak kereta sebuah kompleks beli-belah, Taman Melati.

Ram dituduh mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. 

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar dijatuhkan hukuman ringan. Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran agar perbuatan itu tidak diulangi. 

Sumber: Bernama

LAPORAN BERKAITAN



from The Reporter https://ift.tt/30LrZKh
via IFTTT

Lelaki didakwa bunuh pensyarah UIAM, menangis di mahkamah (Ada gambar telinga beliau)

shamsulazlan | 01:24 | 0 comments


Lelaki yang dituduh membunuh isterinya yang juga merupakan pensyarah di sebuah universiti awam dua minggu lalu didakwa di mahkamah hari ini. 

Bagaimanapun, tertuduh, Mohd Hairil Izzuan A Samad, 41, tidak membuat sebarang pengakuan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman. Ia berikutan kes itu dibawa ke Mahkamah Tinggi. 

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Prof Madya Dr Maizatulnisa Ohtman, 40, berhampiran sebuah tasik di Jalan Persiaran Sepang Cyber, Cyberjaya di antara jam 11 pagi 29 Ogos hingga 1 pagi 30 Julai lalu. 

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika disabit kesalahan. 

Sebelum itu, tertuduh yang berpakaian serba hitam dilihat menangis semasa memasuki mahkamah.

Tertuduh meminta mahkamah memberikannya masa untuk mendapatkan khidmat guaman kerana dia tidak dimaklumkan perlu melantik peguam. 

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Faraheen Yahya memaklumkan bahawa, keluarga tertuduh telah dimaklumkan mengenai pertuduhan yang akan dilakukan pada pagi ini, tetapi tiada ahli keluarga tertuduh yang hadir ke mahkamah. 

Mahkamah kemudian menetapkan 14 September untuk sebutan semula kes. 

Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/30IVFYB
via IFTTT

'Isteri tak suka masak, saya penat nak tegur' - Suami buntu, isteri goyang kaki memanjang

shamsulazlan | 21:24 | 0 comments


Saya dan isteri dah berkahwin selama enam tahun dan dikurniakan tiga orang anak. Saya bekerja dan isteri pula suri rumah. 

Isteri saya jenis tak suka memasak, kurang makan dan jenis makan je apa-apa makanan ringan atau makanan segera. Kerja-kerja rumah pun jarang-jarang buat. Selalu sangat baju yang dia letak dalam mesin basuh auto tu terbiar 3-4 hari sampai naik bau hapak. Baju tak basuh dan tak berlipat tu memang takyah cerita. 

Sebagai suami, saya dah macam tak boleh nak harapkan dia sediakan masakan apa-apa. Sekali tegur, sekali dia masak. Sebulan sekali belum tentu dia masak kalau tak beritahu. 

Pernah saya tegur, "Rasa macam bujang je. Lapar, makan maggi. Kalau teringin, masak sendiri". Kemudian dia buat muka. 

Anak-anak lebih rapat dengan saya dari dia. Balik dari kerja, anak-anak dah mula berkepit, nak duduk di riba, minta dukung, mandi bagai. 

Bila tidur malam, isteri dengan anak bongsu (bayi 4 bulan), lagi dua tidur bilik asing dengan saya. Balik kerja nak kena fikir nak makan apa atau nak masak apa. Kadang-kadang rasa penat nak tegur isteri. Tapi masih kuat untuk bersabar, insyaAllah. 

Setiap hari dia duk bergosip dengan adik beradik dia yang datang rumah. Pernah belikan stok makanan ringan sampai RM100+. Last-last habis dalam masa satu hari sebab dia buat jamuan time bergosip. 

Ayam, ikan, daging yang saya beli selalu sangat terbiar je dalam peti ais sampai berbulan-bulan. 

Buntu dah macam mana nak tegur dan nasihat. Bukan anak orang kaya pun. Tapi lagak dia nak duk goyang kaki tu, Hrmm...

Tak tau nak share dengan siapa masalah ii. Harap ada yang sudi komen beri nasihat. Terima kasih. 

Sumber: Kisah Rumah Tangga



from The Reporter https://ift.tt/2XMCTxN
via IFTTT

'Tak suka nombor 4? Tak suka hadiah jam?' - Gadis kongsi 10 pantang larang kaum Cina

shamsulazlan | 20:24 | 0 comments


Di dalam sesebuah masyarakat atau bangsa, seringkali kita mendengar pantang larang. Pantang larang ini kebiasaannya dinasihati oleh nenek moyang agar perjalanan hidup lebih mudah di kemudian hari.

Di dalam kepelbagaian bangsa di Malaysia, masyarakat Cina terkenal dengan pantang larang yang ketat sehingga generasi terkini pun masih terikut dengan pantang larang tersebut.

Kita mungkin tertanya-tanya tentang pantang larang yang tidak diketahui secara lebih meluas. Wanita yang berasal dari Kemaman, Terengganu ini merungkai beberapa persoalan tersebut melalui ciapan di Twitter.

MUNGKIN ada kawan-kawan yang tertanya-tanya atau nak tahu dengan pantang larang Chinese (beragama Buddha). Ya, betul, bagi Chinese, kami mempunyai banyak pantang larang juga. 

Antaranya:

  1. Tak suka nombor 4
  2. Tak boleh buang sampah atau sapu lantai pada hari Pertama CNY
  3. Tak boleh hadiahkan jam tangan, jam dan kasut kat kawan Chinese untuk hadiah Birthday dorang
  4. Tak boleh buka payung dalam rumah
  5. Pantang menghidu bau makanan sebelum makan
  6. Tak boleh beli kasut time CNY
  7. Kalau nak pilih bilik, biasa Chinese takkan pilih bilik paling hujung
  8. Jangan pakai baju warna putih / hitam (especially hitam) semasa CNY
  9. Kalau seseorang Chinese telah meninggal dunia biasa akan letak kat rumah selama 3 hari, minimum 1 hari, maksimum 5 hari
  10. Sebelum masuk ke bilik hotel, akan ketuk pintu dulu, waktu malam kasut tak boleh susun cantik

Kenapa tak boleh hadiahkn jam tangan / jam ke kawan kalau birthday?

Sebab jam tangan atau jam bermakna kami harap diorang ni mati awal sikit. Kami tengah kira berapa lama lagi baru diorang akan hilang kat dunia ni. So jangan terasa kalau bagi hadiah jam, pastu muka kawan Chinese berubah jadi muka masam.


Tak boleh buka payung dekat rumah. Especially payung macam ni. Seram dooo. Sebab payung macam ni kami letak time seseorang tu meninggal je. Time majlis kematian, and orang dulu kata mereka risau tersimpan 'mende kotor' dalam payung, sebab tu tak boleh buka payung dalam rumah.

Chinese yang belum kahwin tak boleh bagi angpau ke orang lain. Mereka hanya boleh terima sahaja angpau dari orang yang dah kahwin. Sebab org tua kata nanti sampai bila bila kami takkan dapat kahwin kalau bagi angpau sebelum kami kahwin. Tapi masyarakat Melayu boleh bagi kn? Walaupun belum kahwin.

Kami jaga pantang kaki tu duk goyang-goyang atau tak boleh berhenti (i tak tahu macam mana nak describe) sambil makan. Sebab orang tua cakap nanti akan jadi miskin. Sebab segala rezeki atau duit kita tu akan digoyang sampai habis jadi kosong. Sebab tu parents akan pukul atau cubit kaki kalau duk goncang kaki time makan.

Sorry banyak yang tertinggal. One more thing, berkaitan dengan Feng Shui. Kalau katil kat rumah Chinese, memang pantang menghadap ke pintu. Time tidur, kaki tak boleh hadap ke pintu. Kena terbalikkan. Kepala hadap ke pintu takpe. Sebab tu ada kawan masuk bilik Jiun kat Kolej, dia pelik.

Sorry lupa bagitau. Chinese pun pantang tulis nama dengan Pen Merah. Sebab tu kat kubur Cina, banyak nama mendiang yang ditulis dengan warna merah. Sebab tulah kami pantang. Ia bermakna mati.

Lupa nk kabo, kalau Chinese ada ahli keluarga meninggal, dalam 100 hari anak, cucu tak boleh  pergi rumah orang, sebab tak nak bawak bad luck ke orang lain. And tak boleh potong kuku gunting rambut. Tapi tulah, tak ramai yang tahu. Dulu masa mendiang nenek Jiun meninggal, cikgu disiplin kat sekolah denda sebab kuku panjang.

Bagi bilik pulak, kami takkan pilih bilik paling hujung atau bilik kat corner. Sebab Feng Shui tak ong.

Untuk part susun kasut dlm hotel pula, kami takkan susun cantik-cantik. Kasut memang takkan tersusun cntik. And ada Chinese (termasuk Jiun sndiri) sebab orang dulu kata ia bagi peluang ke 'makhluk lain' untuk pakai waktu malam. Sebab tu ia tergolong dlm pantang larang kami

Ok bagi Hotel pula, yes agama Islam akan bagi salam dlu. Kalau Chinese, kami ketuk pintu dulu. Pastu ada yang akan cakap 'bagi tumpang dua malam je ye'. I think you guys tahu apa maksud dia dah kan?

Kalau makanan dah dihidangkan depan kami, dulu masa kecil kalau Jiun hidu dulu bau makanan tu, nenek jiun terus slap muka. Sebab hantu je yang buat mcm tu. Hidu bau makanan sebab hantu tak boleh makan. Hanya dapat menghidu je. Tapi generasi muda ambik gambar dulu simpan dlm gallery baru makan. Baguslah, daripada menghidu.

Kasut sama jugak. Membawa bad luck dalam hidup dia. And time CNY kalau nak beli kasut, beli sebelum CNY sepanjang CNY(15 hari tu) tak boleh beli kasut walaupun banyak offer. It means dalam setahun ni i buat apa-apa pun takkan jadi, tak Ong.

Hari pertama jarang Chinese nak buat open house, sebab kami tak boleh sapu lantai dan buang smpah ke luar rumah. Ini bermakna kami tak nak terima rezeki tu. Kami sapu rezeki tu dan buang ke luar rumah. Nanti dalam satu tahun ni tak Ong lah. Kalau lantai kotor, tak boleh mop, lap atau kutip dengan tisu je.

Bagi CNY pula, kami tak digalakkan pakai baju hitam dan putih. Sebab CNY ni merupakan satu perayaan yang sangat ceria dan meriah. Kena pakai baju warna merah, kuning, apa-apa pun boleh tapi bukan hitam. Tapi generasi muda sekarang tak ramai dah yang ikut adat ni. Semua buat derkk je, tak dengar nasihat orang-orang tua dah.

Ok, bakpe Chinese tak suka number 4? Sebab nombor 4 membawa maksud bad luck / mati. Sebab bunyi pronouns nombor 4 dalam Mandarin dan Cantonese adalah sama dengan perkataan 'mati'. Kalau nombor 74 membawa maksud 'pergi mati.'

So nombor apa yang Chinese suka? Haha jawapannya nombor 8. Sebab nombor 8 membawa maksud Ong, bawa luck. Sebab tu Chinese kalau pilih nombor tak kira lah nombor plate kete ke, alamat rumah ke atau susunan meja dalam kelas, kami akan pilih nombor 8. Kadang-kadang wedding pun, menu makanan pun akan ada 8 hidangan.

Sumber: Jiun Er



from The Reporter https://ift.tt/2DP6DTq
via IFTTT

(Video) 'Bagus bu! Kasi rata!' - Isteri tua roboh rumah isteri muda kerana cemburu

shamsulazlan | 19:24 | 0 comments


Viral di media sosial baru-baru ini video sebuah jengkaut sedang merobohkan rumah, ekoran pertelingkahan di antara isteri tua dan isteri muda di Sumatera Utara, Indonesia. 

Video itu mula viral sejak 3 Ogos 2020, dimuat naik oleh Sugi Sergai yang mendapat banyak perhatian netizen. 

Dalam video menunjukkan orang ramai sedang menyaksikan jengkaut tersebut sedang merobohkan rumah isteri muda.

Di awal video, orang ramai memanggil nama isteri muda yang didakwa hamil tiga bulan. 

Menurut Sugi, isteri tua menghantar jengkaut tersebut untuk meratakan rumah madunya. Isteri tua marah apabila mengetahui suaminya membelikna rumah baharu untuk isteri kedua. 

Di media sosial, ada netizen yang menyokong tindakan isteri tua dan tidak kurang juga yang mengecam tindakannya. 

"Terbaik kak, jangan bagi peluang. Ratakan saja rumahnya," kata netizen. 

"Lapor saja kepada polis. Tak baik buat macam ni sampai menghancurkan rumah orang," kata netizen lain. 

Pihak berkuasa mengesahkan menerima makluman mengenai kejadian itu, tetapi tidak menerima sebarang laporan polis sehingga ke waktu ini. 

Sumber: Suara, Smart Gram



from The Reporter https://ift.tt/33IJ7Cx
via IFTTT

Saman isteri kerana akses akaun WhatsApp suami tanpa izin

shamsulazlan | 18:24 | 0 comments


Berang akaun WhatsApp diakses tanpa izin, seorang lelaki di Arab Saudi mahu memfailkan saman terhadap isterinya.

Perkara itu hanya disedari oleh lelaki berkenaan di mana pergerakannya dipantau oleh isteri selama sembilan bulan, yang membuatkan lelaki itu nekad mengheret perkara itu ke mahkamah. 

Bagi si suami, tindakan isterinya itu dianggap sebagai pengintip dan jenayah siber. 

Sementara itu isteri pengadu yang merupakan seorang guru mendakwa dia berjaya mengakses ke akaun WhatsApp suaminya dan sempat menyalin semua data termasuk klip video. 

Bagaimanapun dia enggan mengulas lanjut kerana tidak mahu membuka aib keluarga dan hanya menyatakan bahawa dia nekad untuk berpisah dengan suaminya. 

Bagi si suami, dia enggan bercerai dan memilih untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Sumber: Agensi (Harian Metro)



from The Reporter https://ift.tt/31DsYeV
via IFTTT
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger