(Video) 'Hati kering betul dia ni' - Lelaki datang seorang diri rompak kedai emas

shamsulazlan | 18:22 | 0 comments

Sebuah kedai emas di Mydin Alor Mengkudu, Alor Setar telah dirompak oleh seorang lelaki bersenjata, semalam. 

Suspek yang memakai topi keledar datang seorang diri sebelum itu membawa beg yang kemudian masuk ke premis itu sebelum mengeluarkan senjata api dan kapak. 

Dua pekerja premis itu pada awalnya tidak berganjak dan hanya memerhatikan apa yang dilakukan suspek, sehinggalah suspek mengeluarkan senjata api, kedua-duanya bertempiaran lari. 

Suspek kemudian menggunakan kapaknya untuk memecahkan kaca lalu mengambil barang kemas sebanyak mungkin. 

Kejadian itu dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) dan beberapa orang awam yang berhampiran turut merakam suspek yang sedang giat merompak kedai emas itu. 




from The Reporter https://ift.tt/34KMV3L
via IFTTT

'Kau dengan mak bapak kau yang tak sedar diri perangai gengster' - Isteri kepada si baju putih bersyukur perangai sebenar suami & mentua terbongkar

shamsulazlan | 17:42 | 0 comments

"Alhamdulillah terjawab semua. Berbalas segalanya," demikian kata Intan, yang sebelum ini didakwa curang dengan seorang doktor yang bertugas di sebuah klinik di Bandar Baru Bangi. 

Intan, isteri kepada lelaki bernama Aiman, hanya berdiam diri semenjak dia didakwa menjalinkan hubungan dengan doktor terbabit sehingga Aiman datang menyerbu dan membelasah doktor itu di klinik, Oktober lalu. 

Episod pergaduhan yang berlaku pada Ahad lalu yang membabitkan suami dan mentuanya, menjadi satu peluang untuk Intan mendedahkan sedikit sebanyak cerita dari sebelah pihaknya. 

Bagi Intan, apa yang berlaku itu telah membongkarkan sikap sebenar mereka. Malah dia dengan jujurnya mengakui perkahwinan dengan Aiman selama ini merupakan satu penderitaan. 

"Alhamdulillah, terjawab semua. Berbalas segalanya. Saya minta maaf sebab salah saya juga tapi saya bukan jenis yang melayan lelaki yang tergedik-gedik sana sini. Siapa yang kenal saya, tahu siapa saya. 

"Siapa kita nak menghukum orang? Siapa kita nak buka aib orang? Saya tak menyalahkan orang kecam saya sebab ramai tak tahu cerita sebenar dan dengar dari sebelah pihak.

"Macam mana pun saya sedar cara saya salah. Orang takkan dapat bayangkan keadaan saya ketika bersama dia. Mental touture. Pressure and depressed. 

"Tak pernah sekalipun menyesal dengan apa yang terjadi. Alhamdulillah. Sebelum datang orang ketiga, setahun setengah minta cerai (cara baik) tetapi dia tak nak. Hari-hari mental touture sebab perangai dia.  

"Bukan tak berusaha nak baiki (hubungan) tetapi kalau aku seorang yang berusaha memang takkan jadi apalah. Tak ada tempat mengadu masalah. 

"Mama yang menjadi tempat mengadu sebelum ini bertukar menjadi musuh gara-gara mulut dia. Sanggup melaga-lagkan anak dengan mak sendiri. 

"Kau tuduh aku curang selama ini. Kau mental paranoid. Kau sendiri cakap kau akan ceraikan aku kalau aku curang je. Jangan disuruh, and yes I love him so much!!

"Nonsense marriage!! Kaulah orang yang paling bermuka-muka dalam dunia ini. Dengan family kau yang tak betul, dengan mak bapak kau yang tak sedar diri perangai gengster.

"Dengan menantu sendiri pun dengki. Cakap macam-macam aku mata duitan, kaki kikis. Padahal anak kau tu yang tak mampu nak bela aku pun. Aku dah fed up dengan layanan korang. Langsung tak dihargai sebagai isteri dan menantu. Kalau dengan fitnah dan viralkan aku dapat buat aku lepas dari family gila ini, aku bersyukur sangat. 

"Terima kasih Allah!! Aku tak pedulilah apa orang nak cakap. Bukan korang satu selimut, satu bantal dengan dia pun. Satu je aku nak, aku nak cerai.

"Tiga kali dah aku naik court, tapi orang-orang gila glamer ini tak datang. Saja nak gantung aku. Gengster kan sekarang? Bangga dapat pukul orang," tulisnya di Facebook. 

Sumber: mStar Online

LAPORAN BERKAITAN


from The Reporter https://ift.tt/37Ysy53
via IFTTT

'Kak, belilah donat saya' - Demi bantu ibu, adik ni jual donat di tepi jalan dari pagi sampai malam

shamsulazlan | 06:27 | 0 comments

Di kala kanak-kanak yang lain bersekolah, kanak-kanak lelaki ini nekad membantu ibunya mencari pendapatan bagi menyara keluarga dan adik perempuannya yang masih sekolah. 

Biarpun terpaksa menjual sehingga lewat malam, dia tetap teruskan asalkan 10 bekas donat yang dibawanya habis dibeli orang. 

Kegigihan kanak-kanak itu menarik perhatian seorang gadis yang kemudian datang bertanya mengenainya, lalu dimuat naik ke Twitter dan meminta orang ramai yang prihatin membantu adik ini.



"Di sekitar kampus aku, ada seorang budak jual donat di tepi jalan. Dia kata dia telah ditinggalkan oleh bapanya. Ibunya pula bekerja di kedai dobi. Dia mempunyai seorang kakak dan dua lagi adik yang masih kecil. Tiga daripada mereka tidak dapat meneruskan persekolahan kerana masalah bebanan kewangan. 

"Bila balik, aku selalu nampak dia. Dan malam semalam aku nampak dia masih lagi menjual donut sampai tertidur-tidur, dia bawa adik dia sekali. Bila ditanya, dia kata dia berjual sampai jam 11 malam. 


"Dia kata, adiknya hanya ikut dia menjual donat di sebelah malam sahaja. Di waktu siang, adiknya bersekolah. Kakak dia yang berhenti sekolah dulu, tapi akan sambung nanti dan begitulah seterusnya (ikut giliran). 

"Donat yang dia jual enak dan empuk. Harganya 3,000 rupiah (RM0.90) satu dan ada pelbagai rasa. Dia jual di sekitar kampus dan setiap hari dia jual lebih kurang 10 bekas. 

"Kepada yang mereka yang selalu melalui kawasan ini, kalau ternampak adik ni, tolonglah beli donat dia. Kadang-kadang dia gembira sangat kalau kita beli donut dia, sedekahlah sedikit wang untuk dia beli makanan," katanya. 

Susulan dari tweet itu viral, ramai pihak yang tampil membantu, malah ada yang mahu menghulurkan sumbangan berbentuk wang tunai. 



"Terima kasih banyak yang bantu share dan retweet serta doa buat adiknya. Semoga kebaikan anda dibalas olehNya. 

"Alhamdulillah hari ini aku sudah bertemu dengan adik Naufal dan juga ibunya. Sumbangan dari orang ramai telah disampaikan kepada mereka." katanya.

Perkara itu juga mendapat perhatian dari pihak agensi kerajaan yang kemudian mendapati adik Naufal mahu berhenti sekolah kerana ingin membantu ibunya. Ibu bapanya juga telah berpisah. 


Sumber: @awzeepp


from The Reporter https://ift.tt/2rPgNxy
via IFTTT

(Video) 6 orang cedera selepas tercampak keluar dari buaian di fun fair

shamsulazlan | 05:07 | 0 comments

Beberapa pengunjung di sebuah taman hiburan (fun fair) mengalami kecederaan selepas terjatuh dari permainan Crazy Wave yang sedang beroperasi.

Dalam kejadian yang berlaku di Thailand, kira-kira enam mangsa tercampak keluar dari permainan itu dan salah seorang kanak-kanak lelaki terpelanting keluar mengenai operator mesin sebelum tercampak ke tanah. 

Pada awalnya, permainan yang dinaiki 14 orang itu kelihatan berfungsi dengan baik. Namun secara tiba-tiba besi penghadang terbuka menyebabkan mangsa-mangsa yang terbabit tercampak keluar. 

Kakitangan yang mengendalikan mesin permainan itu turut ditimpa mangsa sebelum bergegas berdiri semula menghentikan mesin tersebut. 

Kejadian itu sempat dirakam dua pengunjung berhampiran, manakala pengunjung lain yang menyaksikan kejadian itu bergegas menolong mangsa. 


Berdasarkan video itu juga, seorang kanak-kanak mengalami pendarahan di bahagian dahi, seorang lagi remaja perempuan cedera di kaki. 

Timbul spekulasi yang mendakwa kakitangan terbabit tidak mengunci besi penghadang itu dengan baik menyebabkan kejadian itu berlaku. 

Tidak diketahui keadaan semua mangsa. 



from The Reporter https://ift.tt/2qaRaGL
via IFTTT

'Ditanya berapa income 1 hari, katanya RM80-RM150 sehari satu orang!' - 2 remaja ini dipuji manfaatkan cuti sekolah

shamsulazlan | 03:57 | 0 comments

Musim cuti sekolah di hujung tahun sepatutnya dimanfaatkan dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah. Ada yang di antaranya mengambil inisiatif untuk mencari duit poket sendiri dengan melakukan pekerjaan sambilan. Namun ada juga yang tidak melakukan apa-apa, hanya duduk di rumah menghiburkan diri dengan menonton TV, bermain games dan sebagainya. 

Sikap dua remaja ini patut dijadikan sebagai contoh, yang sanggup menebalkan muka mempromosikan perkhidmatan Touch & Go e-Wallet kepada orang awam. Usaha mereka itu mampu meraih RM80 hingga RM150 sehari, satu angka yang agak banyak bagi mereka yang baru belajar mencari pendapatan sendiri. 

BEZA antara anak Melayu dan anak Cina bila tiba cuti sekolah. 

Sedang saya menunggu kawan di tempat letak kereta, ada dua anak Cina datang promote Touch & Go e-Wallet. Bersungguh-sungguh dia explain. Siap beritahu apa kelebihan produk yang diorang promote. Siap tolong install apps, ajar macam mana cara menggunakannya, semuanya FOC. 

Saya terpengaruh dan sign up terus. Hehehe! 


Bila ditanya sekolah tingkatan berapa, seorang nak masuk form 3, sedang lagi nak masuk form 5. Ditanya berapa income satu hari, dalam RM80 hingga RM150 sehari satu orang. Fuh! Lumayan! 

Anak Melayu cuti sekolah jer mulalah... ermm.. nak komen pun malas. Bila 7-8 orang mati kena rempuh kereta, mulalah extremist-perkauman canang merata isu perkauman. 

Later in life, bila anak-anak Cina lebih kaya dari anak-anak Melayu ni mulalah meracau KETUANAN MELAYU. 

Orang lain kerja kuat untuk mendapatkan sesuatu. Anak-anak bangsa kita kecik-kecik dah habiskan duit mak bapak. Bila dah besar, asyik duk mengharapkan BR1M. Bila tak dapat BR1M, marah. Melayu, Melayu, bila ditegur, marah. 

Bukanlah semua anak Melayu begitu, ada yang rajin bekerja tetapi bukannya semua sempat untuk diviralkan. Walaupun begitu, teguran yang diberikan itu wajar diterima dengan hati terbuka. Ibu bapa mungkin boleh didik anak melakukan sesuatu yang berfaedah di musim cuti persekolahan. Didikan yang baik, sentiasa bermula dari rumah. 




from The Reporter https://ift.tt/2P7oKps
via IFTTT

Tak wajar MOTAC terlibat dalam majlis anjuran syarikat tembakau - PHM

shamsulazlan | 01:57 | 0 comments

Selepas dituntut memberi penjelasan mengenai isu beberapa individu berbogel dalam Malaysia Tattoo Expo, kini Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) perlu didakwa menyokong program yang dianjurkan oleh syarikat tembakau.

Menurut laman Facebook Public Health Malaysia, pengelibatan MOTAC dalam majlis anjuran syarikat tembakau itu adalah tidak wajar dan bertentangan dengan perjanjian WHO Framework Convention on Tabacco Control yang ditandatangani Kerajaan Malaysia. 

Baca pendedahan dari Public Health Malaysia:

MOTAC HENTI BERI SOKONGAN KEPADA MAJLIS TAJAAN SYARIKAT ROKOK

Selepas Oktoberfeast, Vapefeast dan kini kita dikejutkan dengan penganjuran expo tattoo yang jelas menunjukkan percanggahan dengan sosio budaya masyarakat setempat di Malaysia.

Untuk makluman, penganjuran majlis yang mendapat kecaman masyarakat ini sebenarnya dianjurkan oleh produk syarikat tembakau yang berperanan sebagai Title Sponsor bagi expo ini.

Dalam kenyataan terkini, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) memaklumkan adalah satu yang mustahil bagi kementerian untuk meluluskan sebarang permohonan penganjuran yang ada elemen-elemen lucah namun adakah pihak kementerian juga tidak tahu bahawa penganjur expo berkenaan merupakan produk syarikat rokok?


PENGLIBATAN MOTAC BERTENTANGAN DENGAN ARTIKEL 5.3 FCTC

Malaysia telah menandatangani perjanjian WHO Framework Convention on Tobacco Control (WHO FCTC) iaitu suatu komitmen kerajaan untuk menghentikan isu ketagihan tembakau diperingkat global. Salah satu komponen perjanjian tersebut (artikel 5.3) menyebut mengenai perlindungan polisi kesihatan awam dengan menghentikan segala bentuk kerjasama dengan syarikat tembakau.

Penglibatan MOTAC dalam majlis anjuran syarikat tembakau tidak sewajarnya berlaku dan alasan untuk menarik pelancong asing tidak sepatutnya mendahului kepentingan polisi kesihatan masyarakat

Malaysia begitu kaya dengan khazanah alam, kepelbagaian budaya masyarakat berbilang kaum dan pelbagai lagi tarikan hebat yang boleh menjemput pelancong untuk datang ke Malaysia. Jangan jadikan aktiviti-aktiviti negatif yang bertentangan dengan tatasusila masyarakat setempat sebagai alasan untuk menarik pelancong.


LAPORAN BERKAITAN


from The Reporter https://ift.tt/2q9MMI4
via IFTTT

Sebar video bogel bekas kekasih kerana tak puas hati ditinggalkan, peniaga murtabak bakal dipenjara 6 tahun

shamsulazlan | 00:42 | 0 comments

Seorang peniaga murtabak berusia 26 tahun berasal dari Lumajang, Jawa Timur, Indonesia bakal berdepan dengan hukuman penjara kerana menganiaya bekas teman wanitanya. 

Suspek didakwa telah menyebarkan video mangsa yang tidak memakai pakaian kerana bengang ditinggalkan oleh mangsa. Mangsa yang mengetahui perbuatan suspek itu kemudian membuat laporan polis. 

Difahamkan, suspek dan mangsa menjalinkan hubungan selepas kedua-duanya kerap bertemu di premis niaga suspek. Bahkan, mereka berdua sudah menjalinkan hubungan intim.

Namun, lama kelamaan, mangsa meminta untuk memutuskan perhubungan mereka. Tetapi suspek bengang dan tidak dapat menerima permintaan teman wanitanya itu lalu menghantar video mangsa yang tidak berpakaian, malah dimuat naik ke media sosial untuk tontonan umum. 

Bertindak di atas laporan, polis telah menahan suspek dan bakal berdepan dengan hukuman penjara selama enam tahun. 

Sumber: Tribun News


from The Reporter https://ift.tt/2OHqirA
via IFTTT
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger