Makcik culik & jual anak saudara demi iPhone 11

shamsulazlan | 04:55 | 0 comments

23 November lalu, Polis dari An Giang, Vietnam membuat keputusan untuk menahan seorang wanita atas dakwaan cuba menjual anak saudaranya sebagai pertukaran untuk iPhone 11.

Menurut portal media Vietnam, Dantri, suspek, Hanh, berusia pertengahan tahun itu diamanahkan oleh saudaranya untuk menjaga kanak-kanak berusia dua tahun, Ng, untuk seketika. 

Baru-baru ini juga, Hanh berkenalan dengan seorang kawan baru menerusi media sosial dan individu itu dikenali sebagai Vinh. 

31 Oktober, Hanh membawa Ng keluar dan pada masa itu Vinh membuat panggilan video pada Hanh. Ketika mereka sedang berbual, Vinh kerap mengatakan Ng sangat comel. 

Hanh kemudian menipu Vinh dan berkata, Ng dibuang oleh bapa kandungnya, sementara ibu Ng pula ketagih berjudi dan merupakan penagih dadah, dan Hanh merancang untuk menghantar Ng ke tokong untuk dijaga.

Vinh kemudian menawarkan diri untuk mengambil Ng sebagai anak angkat dan berjanji akan memberi Hanh sebuah iPhone 11 bersama sedikit wang tunai. Dan Hanh bersetuju dengan tawaran itu. 

Pagi keesokan harinya, Hanh pergi mengambil Ng dari rumah neneknya dan berkata dia mahu membawa Ng pergi bermain di luar. Sebaliknya dia mahu membawa Ng bertemu dengan Vinh. 

Vinh memberi Hanh 1.5 juta dong (RM270) untuk tambang teksi dan iPhone 11 seperti yang dijanjikan sebelum itu. 

Selesai menyerahkan Ng, Hanh pulang ke rumah nenek Ng. Menyedari Ng tiada di rumah, si nenek bertanya kepada Hanh di mana keberadaan cucunya itu. Hanh berbohong dan mengatakan dia sudah menghantarnya pulang ke rumah itu.

Bagi mengelak perbuatannya daripada disyaki oleh ahli keluarga, Hanh membuat laporan polis dan mendakwa Ng telah hilang. 

Polis mula menyiasat kes itu dan berasa curiga dengan keterangan Hanh. Selepas menyoal siasat wanita itu, Hanh akhirnya mengaku yang dia telah menjual Ng kepada Vinh semata-mata mahu mendapatkan iPhone 11. 

Pada 3 November, polis menyerbu kediaman Vinh untuk menyelamatkan Ng dan membawa Vinh ke balai untuk disoal siasat. Mereka juga menahan Hanh untuk membantu siasatan. 

Sementara itu, Ng telah dihantar ke pangkuan ke keluarganya semula. 



from The Reporter https://ift.tt/2R28Nnm
via IFTTT

'Kesian ayah & ibu cari duit beli baju sekolah tetapi diconteng bila tamat ujian SPM'

shamsulazlan | 04:20 | 0 comments

Conteng baju sekolah selepas hari terakhir peperiksaan SPM nampaknya sudah menjadi trend pelajar sekolah. Tidak diketahui dari mana asal usulnya trend itu, namun ada yang mendakwa trend itu dari negara jiran. 

Seronok, seronok juga, tetapi tidakkah anda terfikir daripada anda mencontengkan baju sekolah itu, ada baiknya jika disedekahkan kepada pelajar yang memerlukan? Anda bukan sahaja dapat mengurangkan bebanan ibu bapa mereka, malah mendapat pahala dari kebaikan yang dilakukan itu seperti yang disarankan oleh Cikgu Emmet. 

ALHAMDULILLAH dan selamat berjaya kepada anak-anak lepasan SPM yang berjaya menamatkan ujian dengan jaya. Rasa lega dan release, kan? Happy tak terkira.

Ok, cikgu nampak trend conteng baju ini makin menjadi-jadi saban tahun. Cikgu rasa trend ni berkembang sejak lima atau enam tahun lepas. Cikgu tak tahu apa kepuasan yang adik-adik dapat jika menconteng baju ini. Yang pasti baju ini adik takkan pakai pergi kenduri atau berpeleseran di bandar. Nasib baju ini pasti ke tong sampah juga kan?

Kasihan ayah dan ibu. Cari duit beli baju, mungkin ada yang ikat perut demi menyediakan baju sekolah. Namun akhirnya baju ini dijadikan contengan selepas tamat ujian SPM.

Bagaimana dengan 2020 nanti ye bakal bakal adik yang ambil SPM nanti? Adakah anda akan ikut jejak abang-abang dalam gambar ini? Atau membuat sujud syukur bersalawat?

"Alaaaa... Tak best la cikgu.... Sujud dan selawat tak ada kena mengena dengan baju," kata segelintir kamu agaknya.

Okey, cikgu bagi cadangan CARA NAK RAIKAN PENGAKHIRAN UJIAN SPM 2020 DENGAN BAJU SERAGAM SEKOLAH.

Pastikan kamu dan sekumpulan kawan kawan kamu..lakukan perkara ini.
Pakai baju seragam yang bersih..
  1. Bawa beg kertas yang cantik.
  2. Isikan dengan baju t-shirt dan seluar sepersalinan.
  3. Lepas tamat ujian akhir, berkumpul di depan tandas. Salin baju dan seluar.
  4. Isikan baju seragam dan seluar sekolah serta kasut sekolah dalam beg kertas yang cantik.
  5. Tulis besar nama ayah dn ibu di beg tersebut.
  6. Pergi ke rumah rakan-rakan Tingkatan 4 yang miskin atau ke rumah anak-anak yatim atau cari anak-anak gelandangan.
  7. Sedekahkan baju itu.
  8. Mohon penerima doakan kecemerlangan SPM kamu sebagai balasan. Mohon doakan kesihatan ayah ibu kamu.
  9. Kamu boleh balik dengan KEBAIKAN DAN PAHALA kerana memudahkan hidup orang lain.
  10. Kamu boleh viralkan perbuatan ini dalam media sosial supaya jadi ikutan dan trending pada orang lain.

Okey, inilah cadangan cikgu. Ini lebih baik dari conteng baju dan buang dalam tong sampah. Sekian, selamat maju jaya.

Sumber: Cikgu Emmet


from The Reporter https://ift.tt/2qMO9go
via IFTTT

2 penumpang maut akibat pemandu terlelap & langgar belakang lori

shamsulazlan | 04:20 | 0 comments

Sebuah kereta yang dalam perjalanan dari Kelantan ke Kuala Lumpur terbabit dalam kemalangan di Kilometer 86, Lebuhraya Central Spine Road, Lipis, pagi tadi menyebabkan dua lelaki maut. 

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, kejadian itu berlaku pada jam 4.45 pagi dan mangsa yang maut dalam kemalangan itu ialah Mohd Shaiful ABdul Manaf, 42, dan Wan Khairul Anwar Wan Kamarunzaman, 32. 

Ketika itu, mangsa bersama seorang lagi rakan mereka, Nukman Salleh, 39, dalam perjalanan ke destinasi. 

Apabila tiba di tempat kejadian, Nukman dipercayai terlelap lalu merempuh belakang sebuah lori yang membawa muatan pakaian terpakai di lorong kecemasan. 

Mohd Shaiful yang duduk di tempat duduk hadapan dan Wan Khairul Anwar yang berada di tempat duduk belakang maut akibat cedera parah di bahagian kepala dan badan. 



Katanya, pemandu dan kelindan lori tidak mengalami kecederaan. Pemandu kereta sedan itu juga tidak mengalami kecederaan. 

Mayat kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk dibedah siasat sebelum jenazah mereka diserahkan kepada keluarga masing-masing untuk urusan pengebumian. 

Siasatan polis juga mendapati, keadaan pemukaan jalan pada waktu kejadian juga licin berikutan selepas hujan dan keadaan berkabus. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Sumber: Harian Metro


from The Reporter https://ift.tt/2OW14Ve
via IFTTT

'Saya menyesal..' - Pelajar bunuh janda anak satu kerana kerap didesak mangsa untuk bertanggungjawab di atas kehamilannya

shamsulazlan | 01:50 | 0 comments

Seorang pelajar ditahan polis kerana disyaki membunuh seorang janda muda berusia 20 tahun di Bojonegoro, Indonesia. 

Mayat mangsa ditemui di longkang pada pagi Isnin, 25 November lalu, oleh seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang ketika itu mahu melepaskan hajatnya di longkang tersebut. 

Terkejut menemui mayat mangsa, Fikri Firmansyah terus melaporkan penemuan itu kepada pihak polis. 

"Saya nak kencing, ternampak pula ada mayat, seram pula saya," katanya. 

Ketika ditemui, mayat mangsa masih memakai baju merah dan seluar dalam berwarna putih. 25 dari kedudukan mayat pula terdapat seluar panjang bercorak bunga yang dipercayai milik mangsa. 

Muka mangsa juga mempunyai luka seperti dipukul dengan objek tumpul. 

Polis telah mengumpul bahan-bahan bukti berkenaan untuk siasatan lanjut. 

Siasatan awal mendapati, mangsa bernama Aidatul Izah, 20, janda anak satu. Polis juga telah menahan suspek yang dipercayai terbabit dalam kes bunuh itu. 

Suspek mengaku telah membunuh mangsa dengan melilit lehernya menggunakan tali berwarna biru lalu dijerut sehingga mati. Bagi memastikan mangsa sudah benar-benar tidak bernyawa, suspek memukul kepala mangsa dengan objek tumpul. 

Suspek yang berusia 19 tahun itu mengaku menyesal membunuh mangsa, malah tidak menyangka dia tergamak berbuat demikian terhadap mangsa yang juga merupakan jirannya. 

Namun, suspek menjelaskan, mangsa kerap meminta dia bertanggungjawab di atas kehamilannya yang dianggarkan sudah berusia 24 minggu atau 6 bulan. Selain itu, suspek mendakwa mangsa juga selalu meminta wang daripadanya. 

Tertekan dengan desakan itu, suspek mengambil keputusan untuk membunuh mangsa dan mencampak mayatnya di longkang. 


"Saya diminta untuk bertanggungjawab di atas kehamilan dan dia selalu meminta wang dari saya," katanya. 

Polis berkata, suspek mengenali mangsa sejak Julai 2019 dan menjalinkan hubungan sehingga ke tahap melakukan persetubuhan. 

Suspek akan didakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh dan bakal berdepan dengan hukuman mati atau penjara seumur hidup atau penjara selama 20 tahun. 

Sumber: Tribun News


from The Reporter https://ift.tt/2qV3v2g
via IFTTT

Budak 4 tahun hilang 20 batang gigi susu kerana ibu bapanya tak perasan gigi anak rosak & mereput

shamsulazlan | 01:10 | 0 comments

Seorang doktor gigi di Hospital Patong di Phuket, Thailand berkongsi di Facebooknya mengenai seorang pesakitnya yang mempunyai banyak gigi yang telah rosak. 

Pesakit berkenaan hanya berusia empat tahun yang datang ke kliniknya kerana mengalami masalah yang serius di bahagian giginya pada 26 November lalu. 

20 batang giginya telah mereput, ada yang sudah pecah dan ada yang hanya tnggal akar di bahagian gusi sahaja. 

Menurut laporan Sin Chew Daily, ibu bapa kanak-kanak lelaki itu selepas menghantar anak mereka ke pusat asuhan dan tidak menyedari si anak mengalami masalah gigi rosak. Kakitangan di pusat asuhan itu juga tidak menyedari perkara itu. 

Doktor gigi itu berkata, oleh kerana masalah yang dialami itu adalah serius, saraf di bawah gigi pesakit boleh terkena jangkitan dan menjejaskan gigi kekal yang berada di bawahnya. 

Doktor tidak mempunyai pilihan lain dan terpaksa mencabut kesemua gigi rosak itu berbanding membiarkan gigi rosak itu tercabut sendiri yang juga boleh mendatangkan risiko. 






Sebanyak 20 batang gigi yang telah rosak dikeluarkan. Pesakit cilik itu diberi 14 suntikan anaesthetic dan 18 jahitan. 



Perkongsian doktor itu viral di media sosial dan mendapat banyak likes dan shares selepas beberapa hari dikongsikan. 

Ini menunjukkan betapa pentingnya ibu bapa memberi perhatian kepada anak mereka dan membawa anak menjalani pemeriksaan agar mereka sentiasa sihat dan kuat. 



from The Reporter https://ift.tt/2rzJ8Yw
via IFTTT

(Video) 'Kau tak faham? Aku belum ada duit! Berambus!' - Makcik pukul lelaki yang datang minta dia bayar hutang RM76

shamsulazlan | 01:05 | 0 comments

Viral di media sosial video seorang wanita mengamuk apabila didatangi lelaki yang menagih hutangnya. 

Bukan sahaja marah, malah wanita terbabit tergamak melempar batu dan memukul mangsa dengan penyapu untuk menghalaunya dari perkarangan rumah. 

Sementara itu, datang seorang wanita yang dipercayai jirannya menasihatkan mangsa untuk beredar sebelum kejadian menjadi semakin buruk. 

Insiden pergaduhan di antara dua pihak berkenaan viral di media sosial sejak Khamis, 28 November 2019. 

Berdasarkan video itu, mangsa sedang menagih hutang daripada wanita bertudung labuh unggu itu. Namun dia menjelaskan dia belum mempunyai wang untuk membayarnya dan bertindak menghalau lelaki itu dengan cara kasar. 

"Aku belum ada duit, pergi kau dari sini!" katanya sambil menghayun penyapu pada mangsa. 

Wanita itu juga meminta mangsa tidak merakam videonya tetapi permintaannya itu tidak dipedulikan. Mangsa berkata, dia hanya datang menuntut hutang Rp260,000 (RM76) seperti yang dijanjikan. 

"Aku di sini cuma datang untuk menagih hutang," kata mangsa. 

Berang dengan lelaki itu yang masih tidak beredar, dia mengambil penyapu untuk memukul mangsa dan memintanya berambus dari situ. Malah dia juga mengambil batu dan dilempar ke arah mangsa. 

Selepas melemparkan batu itu, dia sempat menghamun mangsa dengan kata-kata kesat. 

"Udah, pulang aja. Kalau tak, nanti kamu cedera," kata jiran wanita itu yang datang meleraikan pergaduhan mereka. 

Tidak diketahui lokasi tepat kejadian itu berlaku, namun berdasarkan bahasa yang diungkapkan dalam video itu adalah bahasa Jawa. 


Sumber: Suryamalang


from The Reporter https://ift.tt/2L0Ubkc
via IFTTT

'Anak saya dah tiada...' - Bayi maut tercekik selepas diberi makan jeli

shamsulazlan | 00:19 | 0 comments

Seorang bayi lelaki berusia satu tahun di Filipina tercekik ketika diberi makan Jelly Ace, makanan manis yang sedang popular di negara itu pada 15 November lalu. 

Mangsa, Dean Adrian Villanueva Martin, dikejarkan ke hospital di mana dia telah disahkan meninggal dunia, tetapi bernafas semula selepas pasukan perubatan mencuba sedaya upaya menyelamatkannya. 

Untuk pengetahuan umum, sel otak akan mula rosak selepas 4-6 minit tiada peredaran darah di organ tersebut. Selepas 10 minit, otak akan terus berhenti berfungsi dan mati. 

Dalam kes ini, tiada peredaran darah di dalam otaknya selama 26 minit dan disebabkan itu, mangsa berada dalam keadaan koma. 



Mangsa mula mengalami kegagalan organ dan tahap hemoglobinnya juga rendah, berlaku pendarahan dan tahap gula yang tinggi dan banyak lagi. 

Selepas dua hari kemudian, mangsa tidak dapat lagi bertahan dan meninggal dunia pada 22 November. 


Kejadian ini menunjukkan betapa pentingnya ibu bapa menjaga pemakanan bayi kerana mereka bertanggungjawab di atas nyawa anak mereka sendiri. 

The Asian Parent juga menyenaraikan beberapa jenis makanan yang tidak sepatutnya diberi kepada bayi berusia 6 bulan hingga 12 bulan. 

BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN
  • Jagung mentah
  • Ceri, beri atau anggur
  • Buah kering seperti kismis

PROTEIN
  • Kacang sama ada dicincang atau tidak dan mentega kacang
  • Daging keras atau besar
  • Hotdog dan sosej
  • Daging ikan dengan tulang ikan
  • Ketulan keju

PRODUK BIJIRIN
  • Biskut atau Granola Bars
  • Kentang, kerepek, pretzels dan lain-lain makanan ringan
  • Keropok atau roti dengan biji, kepingan kacang dan biji gandum
  • Ketulan beras atau bijian lain
  • MAKANAN MANIS
  • Gula-gula, jellybean, karamel, gula-gula getah atau gula-gula jeli
  • Marshmallows
  • Gelatin

Ibu bapa, beringatlah. Jangan biarkan anak anda tidak dijaga. 



from The Reporter https://ift.tt/2qU5VOw
via IFTTT
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger