(Video) 23 murid tadika muntah & dimasukkan ke hospital kerana diracun oleh guru

shamsulazlan | 19:11 | 0 comments

23 murid tadika dimasukkan ke hospital selepas diracun oleh guru mereka dalam kejadian di China, lapor Daily Mail.

Suspek dipercayai berbuat demikian kerana mahu membalas dendam terhadap rakan sekerjanya selepas kedua-dua pihak bertengkar. 

Suspek membawa serbuk bahan kimia tambahan yang biasa digunakan sebagai bahan pengawet dalam daging proses ke sekolah dan dicampurkan dalam bubur yang dihidangkan pada murid pada pagi Rabu lalu. 



Ekoran kejadian itu, kesemua murid muntah dan cirit birit selepas makan hidangan sarapan pagi itu sebelum kesemua mangsa dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. 

Polis telah menahan suspek yang tidak didedahkan identitinya.

Video rakaman menunjukkan jururawat dan doktor sedang merawat mangsa. Ada segelintir mangsa dilihat terbaring tidak sedarkan diri dan dimasukkan air. 

Salah seorang bapa mangsa, Li, berkata dia menerima panggilan dari pengetua tadika yang memaklumkan anak perempuannya berusia empat tahun tidak sihat selepas bersarapan. 

"Apabila saya tiba di tadika, anak saya sudah pengsan. Selain anak saya, empat lagi kanak-kanak lain kelihatan tidak sihat dan pening kepala," katanya. 



Li dan beberapa lagi ibu bapa murid lain terus bergegas mengejarkan anak mereka ke hospital di mana  kesemua mangsa disahkan keracunan dan doktor terpaksa mengepam racun itu keluar dari perut mangsa. 

"Anak saya kata bubur itu rasa pahit dan masin dari yang sepatutnya," kata salah seorang ibu bapa mangsa. 

Polis mengesahkan suspek bertindak demikian kerana mahu membalas dendam terhadap rakan sekerjanya dengan meracun murid-murid tadika melalui makanan dicampur dengan bahan kimia. 

Kebanyakan mangsa sudah pulih dan dibenarkan keluar dari hospital. Hanya seorang saja murid yang masih berada dalam keadaan kritikal dan dipindahkan ke hospital lain untuk rawatan. 

Biro pendidikan tempatan telah menggantung operasi tadika itu buat sementara waktu dan murid-muridnya akan hadir ke tadika lain yang berdekatan dengan kejiranan mereka. 


from The Reporter https://ift.tt/2OGHNqb
via IFTTT

(Video) Murid 12 tahun, dukung rakan OKU ke sekolah setiap hari sejak 6 tahun lalu

shamsulazlan | 18:46 | 0 comments

Kata orang, tiada apa yang mustahil sekiranya anda mempunyai sahabat yang baik menyokong anda di kala anda menghadapi kesusahan. 

Seorang murid lelaki OKU di China mampu mengikuti rutin harian persekolahan selama enam tahun tanpa menghadapi sebarang masalah dengan bantuan rakan karibnya yang selalu mendukungnya setiap hari. 

Xu Bingyang, 12, selalu mendukung Zhang Ze ke sekolah tak kira hujan atau panas selain membantu membelikan makanan tengah hari dan bergerak satu satu kelas ke kelas lain. 


Persahabatan di antara dua kanak-kanak dari bandar Meishan, selatan barat China ini juga disiarkan dalam media tempatan. 

Xu, yang lebih tinggi dan tegap berbanding Zhang berkata kepada media bahawa dia tidak kisah untuk membantu rakan karibnya yang serba kekurangan itu. Malah katanya, bukannya sukar untuk dia mendukung Zhang. 

"Berat saya 40 kg dan Zhang pula hanya 25 kg, jadi tiada masalah untuk saya dukung dia," kata Xu. 

Sementara itu, Zhang sangat berterima kasih di atas bantuan dan kemuliaan Xu. 

"Xu adalah kawan baik saya. Setiap hari dia belajar dengan saya, berbual dengan saya dan bermain dengan saya. Saya berterima kasih kepada dia yang selalu membantu saya setiap hari," kata Zhang. 

Xu dan Zhang adalah murid Tahun 6 di Sekolah Rendah Pusat Bandar Hebazi di Daerah Qingshen. 



Menurut laporan perubatan, Zhang mempunyai masalah otot yang jarang berlaku yang juga dikenali sebagai penyakit rag doll, sejak dia berusia empat tahun. 

Keadaan itu menyebabkan Zhang hilang upaya untuk mengawal otot di kakinya, sekali gus tidak mampu untuk berjalan. 

Mujur kehadiran Xu yang mahu membantunya membolehkan Zhang bersekolah seperti kanak-kanak yang lain, sejak mereka bertemu di Tahun 1. 

Bagi Xu, adalah kewajiban untuk dia membantu mereka yang memerlukan bantuan. 

"Saya besar daripada dia. Kalau saya tak tolong dia, tiada sesiapa yang akan bantu," katanya yang juga mahu terus membantu golongan susah apabila dia dewasa kelak. 

Sumber: Daily Mail


from The Reporter https://ift.tt/2TQ0iJR
via IFTTT

2 remaja buat challenge ceroboh IKEA Batu Kawan semalaman, ditahan dan didakwa

shamsulazlan | 07:11 | 0 comments

Dua remaja lelaki ini berkunjung ke IKEA Batu Kawan, Pulau Pinang pada 28 Mac kira-kira jam 8:00 malam. Apabila premis itu ditutup pada jam 10:00 malam, mereka bersembunyi di dalam kotak bagi mengelakkan dikesan oleh pihak pengawal keselamatan. 

Selepas memastikan keadaan di sekeliling tiada individu lain, mereka keluar dari persembunyian. 

Menurut pihak IKEA, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan dua remaja itu berkeliaran dalam premis mereka sambil merakam gambar dan video. 

Kedua-duanya ditangkap pada jam 6:40 pagi apabila pengawal keselamatan mendapati mereka berdua berkeliaran dalam premis itu, lalu dilaporkan kepada ketua pengawal keselamatan IKEA. 

Suspek mengaku berbuat demikian kerana mahu menyahut cabaran di internet bagi membuktikan mereka berani tinggal di IKEA semalam dan kemampuan mereka mengelak dari ditahan pengawal keselamatan. 

Sementara itu, polis mengesahkan kejadian itu. Dua remaja berusia 17 tahun itu merupakan rakan sekelas, ditahan lokap semalaman sebelum dibawa ke mahkamah untuk didakwa. 

Polis sedang menjalankan siasatan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan jika sabit kesalahan, dua remaja terbabit boleh dikenakan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda RM3,000 setiap seorang atau kedua-duanya sekali. 

Difahamkan, cabaran itu dimulakan pada tahun 2016 selepas seorang selebriti YouTube, Bakuna Fatata merakam video diri mereka tidur semalaman di IKEA, mencetuskan pelbagai reaksi netizen. 

Secara ringkasnya, cabaran itu menggalakkan penonton bersembunyi di dalam premis perniagaan seperti IKEA atau pusat beli-belah semalaman tanpa ditangkap oleh pengawal keselamatan. 

Individu yang mengambil cabaran ini biasanya datang pada waktu premis hendak ditutup dan bersembunyi di mana-mana dan keluar berlegar-legar dalam premis sehingga keesokan hari. 



from The Reporter https://ift.tt/2I5lN7g
via IFTTT

'Apa salah aku?!' - Pelanggan dilabel gedik oleh cashier restoran kerana buat special request

shamsulazlan | 06:56 | 0 comments

Seorang lelaki terkejut apabila dia dilabel sebagai 'gedik' oleh cashier sebuah restoran makanan segera dipercayai di Shah Alam, hanya kerana dia membuat permintaan khas ketika membuat pesanan. 

"Apa salah aku buat special request?!" tulisnya. 

Berdasarkan gambar resit yang dikongsikan, difahamkan pelanggan berkenaan membuat permintaan khas yang dia tidak mahu bahagian kepak atau paha. Namun terkejut apabila mendapat resit yang jelas dan terang tertulis perkataan 'gedik' pada resit bertarikh 31 Mac 2019, jam 8:58 malam. 

Tidak berpuas hati dengan insiden itu, pengadu membuat aduan pada pihak restoran terbabit melalui emel dengan bantuan rakannya.



Tampil seorang individu yang bekerja dengan restoran itu pula menafikan 'gedik' itu ditujukan kepada pengadu, sebaliknya ditujukan kepada kakitangan yang menyediakan pesanan itu. 

Sementara itu, pihak restoran memohon maaf di atas kebiadapan kakitangannya di cawangan berkenaan dan memberi jaminan bahawa pihaknya akan menyiasat dan mengambil tindakan terhadap kakitangan terbabit. 


from The Reporter https://ift.tt/2I512IL
via IFTTT

(Video) Bayi 3 bulan maut terjatuh dari eskalator, netizen dakwa si ibu sengaja berbuat demikian

shamsulazlan | 06:11 | 0 comments

Ketika mengunjungi sebuah pusat beli-belah di Dongguan, China, pada Sabtu 30 Mac, seorang ibu mendukung bayi lelakinya berusia tiga bulan ketika menuruni eskalator. 

Namun secara tiba-tiba, bayinya terlepas dari dukungannya dan terjatuh dari tingkat tiga menyebabkan mangsa maut serta merta di tempat kejadian. 

Menurut laporan China Press, ketika kejadian itu berlaku, anak lelaki yang sulung turut bersama dengannya. 

Difahamkan, si ibu menuruni eskalator itu dengan mendukung bayinya di sebelah kiri, menghadap ke ruang terbuka berbanding dia sepatutnya mendukung bayinya di sebelah kanan bahagian dalam. 

Berdasarkan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan si ibu baru saja melangkah ke eskalator sebelum hilang keseimbangan menyebabkan bayinya terlepas dari dukungan dan terjatuh ke tingkat bawah. 

Si ibu dan anaknya kemudian bergegas turun mendapatkan mangsa tetapi mangsa sudah meninggal dunia. 

Pihak perubatan yang tiba di lokasi kejadian selepas mendapati panggilan kecemasan juga tidak dapat menyelamatkan mangsa. 

Pihak berkuasa sedang menyiasat kejadian itu dan siasatan awal mendapati kejadian itu adalah satu kemalangan yang tidak disengajakan. 



Tetapi netizen yang menonton video viral itu pula mendakwa sebaliknya. 

"Si ibu nampak berdiri dengan seimbang, kenapa kejadian itu kelihatan seperti disengajakan? Ada ke orang dukung bayi mereka seperti itu?" soal netizen. 



from The Reporter https://ift.tt/2JWbXHr
via IFTTT

'Bomba minta tidak perlu jalankan bedah siasat terhadap mayat Adib' - Saksi ke-28

shamsulazlan | 05:31 | 0 comments

Saksi ke 28 dalam Inkues Kematian Muhammad Adib Mohd Kassim, Pegawai Penyiasat Kanan, Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Subang Jaya, Asisten Superintendan Lew Keng Joe berkata ada beberapa pegawai bomba memaklumkan tidak perlu menjalankan bedah siasat terhadap mayat Adib. 

Dalam keterangannya di Mahkamah Koroner, Keng Joe memaklumkan, perkara itu diberitahu kepadanya ketika dia tiba di Institut Jantung Negara (IJN) selepas dimaklumkan kematian Muhammad Adib. 

"Saya tiba jam 10.30 malam dan ada beberapa pegawai bomba yang tidak memakai uniform beritahu agar tidak perlu menjalankan bedah siasat terhadap mangsa," katanya.

Keng Joe kemudian menghubungi Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari dan arahan dikeluarkan agar bedah siasat perlu dijalankan dan proses bedah siasat dimulakan pada jam 1:00 pagi sebelum selesai lima jam kemudian. 

Pegawai Pengendali Inkues, Faten Hadni Khairuddin: "Adakah kamu berada sepanjang proses bedah siasat dijalankan?"

Saksi: "Iya."

Terdahulu, Keng Joe yang bertugas selama 14 tahun dalam pasukan beruniform itu berkata, beliau ada menemui Muhammad Adib selama tiga kali sepanjang anggota bomba itu dirawat di IJN.

Faten: "Bila lawatan kali pertama kamu?"

Saksi: "Pada 28 November 2018, jam 4.30 petang saya sampai di Unit Rawatan Rapi (ICU) IJN tetapi tidak masuk ke dalam bilik rawatan. Saya ada berjumpa dengan abang mangsa, Mohamad Asyraf dan seorang doktor IJN. Hasil rakaman percakapan, doktor memberitahu Muhammad Adib tidak sedarkan diri."

Faten: "Kali kedua lawatan?"

Saksi: "Kali kedua pada 12 Disember jam 8.45 pagi dan saya telah berjumpa dengan Perunding Kanan Pakar Pembedahan Kardiotorosik IJN, Datuk Dr Mohamed Ezani Md Taib. Saya nampak mangsa sedarkan diri tetapi tidak boleh bercakap kerana ada tiub di dalam mulut. Saya meminta izin daripada Dr Ezani untuk bertanyakan satu soalan kepada Muhammad Adib."

Faten: "Ada tanya soalan?"

Saksi: "Ada. Saya tanya, Adib dilanggar atau dipukul? Dia tidak menjawab tetapi nampak beremosi. Dia menggerakkan badan ke kiri dan ke kanan. Saya nampak tangan kirinya cuba menarik tiub di dalam mulut tetapi berjaya dihalang oleh jururawat yang berada di tepinya. Dr Ezani beritahu saya mangsa mungkin hilang ingatan kerana tekanan darahnya rendah."

Faten: "Ada tak sesiapa yang pernah bertanyakan soalan ini kepada mangsa?"

Saksi: "Ada. Sebelum beredar, Dr Ezani memberitahu saya bahawa dia pernah bertanyakan soalan itu kepada mangsa tetapi Muhammad Adib juga enggan menjawab."

Faten: "Adakah kamu catit maklumat ini?"

Saksi: "Ada"

Faten: "Terangkan lawatan kali ketiga?"

Saksi: "Saya ke IJN pada 17 Disember jam 2 petang, saya bersama Ketua Bahagian Siasatan Jenayah telah sampai depan ICU. Tetapi saya dimaklumkan oleh pegawal keselamatan di situ bahawa ahli keluarga tidak benarkan sesiapa melawat. Saya cuma berada di luar sahaja."

Faten: "Ada tak apa-apa maklumat yang kamu perolehi?"

Saksi: "Pegawal keselamatan memberitahu Muhammad Adib tidak sedarkan diri. Pada malam tersebut jam 9.45 malam saya berada di rumah telah dihubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah memaklumkan bahawa mangsa telah meninggal dunia. Saya kemudiannya bergegas IJN."

Sumber: Sinar Harian


from The Reporter https://ift.tt/2uG78Hq
via IFTTT

'Pekerja bas bakar tiket, halau & tinggalkan saya di tepi jalan' - Penumpang dakwa dianiaya

shamsulazlan | 02:11 | 0 comments

Viral di media sosial luahan ketidakpuasan hati seorang lelaki yang mendakwa telah dianiaya oleh pekerja syarikat bas ekspres dalam kejadian yang berlaku baru-baru ini. 

Difahamkan, mangsa membeli tiket untuk perjalanan dari Alor Setar menuju ke destinasi, Kuantan. Malangnya, mangsa telah dihalau keluar dari bas dan ditinggalkan di tepi jalan di kawasan Sungai Petani atas sebab-sebab yang tidak munasabah. 

Menurut mangsa yang tidak didedahkan identitinya berkata, pekerja terbabit juga membakar tiketnya yang dipercayai mahu menghilangkan bukti. 

"Pesanan buat rakan-rakan, jangan beli (guna perkhidmatan bas ini kalau tak nak menyesal. 

"Ceritanya, aku beli tiket bas syarikat itu kemaqin. Selepas itu, tadi aku naik bas dan duduk di tempat aku seperti biasa. Tiba-tiba datang seorang pekerja minta aku bangun seketika, nak atur balik tempat duduk katanya. 




"Aku pun bangun saja, kemudian dia kata, "Turun jap adik" dan aku mula rasa pelik. Kenapa pula nak kena turun kalau sekadar nak atur tempat duduk? 

"Aku pun ikut saja, turun dari bas. Selepas itu pekerja itu kata, "Adik, tempat adik ada kat tangga ni". 

"Siapa tak geram?! Aku berkeras, aku kata "Bang, saya bayar untuk seat, bukan untuk tangga.", Kemudian dalam 10 minit aku seorang bertikam lidah dengan empat orang pekerja bas itu dan akhirnya aku mengalah. 

"Sebelum itu dia ambil dan bakar tiket aku sebab nak hapuskan bahan bukti. Last sekali aku kena halau, turun di tengah jalan. 




"Terlupa nak cerita, sebelum perjalanan itu aku nampak para pekerja itu menjual bungkusan-bungkusan yang mereka panggil 'barang', selepas itu dapat beratus-ratus. Agak-agak apa eh?" katanya. 




Susulan itu, netizen menyuarakan kebimbangan mereka menggunakan perkhidmatan bas ekspres dan menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan sekiranya kejadian itu benar-benar berlaku. 



from The Reporter https://ift.tt/2I0Ci4k
via IFTTT
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger