Home » , » Athirah Najwa hilang, dipercayai lari dari asrama sekolah pada awal pagi Rabu

Athirah Najwa hilang, dipercayai lari dari asrama sekolah pada awal pagi Rabu

shamsulazlan | 19:24 | 0 comments



Seorang remaja perempuan, Athirah Najwa Gazairi, 14, dilaporkan hilang, dipercayai melarikan diri dari asrama sebuah sekolah menengah di Subang Jaya, awal pagi semalam. 


Ibunya, Noor Fadhlina Nokman, 42, berkata, kehilangan anaknya itu disedari oleh rakannya yang mendapati Athirah tiada di asrama dan kelas. 


Difahamkan, Noor Fadhlina dimaklumkan mengenai kehilangan anak perempuannya itu pada jam 8.30 pagi oleh pihak sekolah sebelum dia dan suami terus bergegas ke sekolah. 


Menurut maklumat yang diterima, Athirah yang merupakan anak kedua daripada empat beradik dipercayai keluar dari asrama dengan hanya membawa dompet serta beg galas. 


Sebelum ini, Athirah pernah menyuarakan permintaannya untuk bertukar sekolah. Ketika ditanya oleh ibunya apakah dia mempunyai masalah di sekolah, Athirah menafikannya. 


"Saya kini buntu mahu mencarinya di mana. Saya bimbang keadaannya di luar sana memandangkan dia tidak membawa duit yang banyak. Hanya duit perbelanjaan asrama sahaja. 


"Menurut rakannya, dia dipercayai memakai tudung berwarna hitam, hoodie berwarna hitam serta seluar 'track'," katanya. 


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asistant Komisioner Wan Azlan Wan Mamat mengesahkan pihaknya menerima laporan kehilangan remaja itu pada jam 10.06 pagi semalam. 


Beliau menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai remaja itu tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/BxmJAj5
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger