Home » , » (Video) 'Nak cepat, boss dah terlambat ke airport' - Driver kereta pemimpin politik langgar garisan berkembar undang kemarahan netizen

(Video) 'Nak cepat, boss dah terlambat ke airport' - Driver kereta pemimpin politik langgar garisan berkembar undang kemarahan netizen

shamsulazlan | 22:22 | 0 comments


Viral di media sosial video yang menunjukkan sebuah kenderaan yang dipercayai milik seorang timbalan menteri melanggar peraturan jalan raya, mengundang pelbagai reaksi netizen. 


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kelantan, Superintendan Suhaimi Jusoh mengesahkan pihaknya mengambil maklum mengenai video berdurasi 38 saat itu yang menunjukkan Toyota Alphard berwarna hitam dengan nombor pendaftaran P45 memotong kenderaan di garisan berkembar sehingga mendatangkan bahaya pada kenderaan dari arah bertentangan. 


Siasatan awal mendapati, kejadian itu berlaku di laluan Bukit Marak-Binjai berhampiran sebuah jambatan di persimpangan lampu isyarat Chabang Tiga, Gong Dermin. Kenderaan mewah itu dipandu oleh lelaki berusia 31 tahun yang dipercayai pemandu kepada pemimpin berkenaan.



Ketika itu, pemandu terbabit dalam perjalanan ke rumah majikannya dan bertindak melanggar peraturan garisan berkembar kerana perlu segera menghantar majikannya yang sudah terlambat ke lapangan terbang di mana majikannya dijadualkan berlepas pada jam 5.50 petang. 


Kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 


Sumber: Harian Metro, MalaysiaKini



from The Reporter https://ift.tt/3zMvcYx
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger