Home » , » (Video) Gaduh dengan boyfriend, ibu campak bayi di lobi hotel

(Video) Gaduh dengan boyfriend, ibu campak bayi di lobi hotel

shamsulazlan | 23:24 | 0 comments

Seorang wanita muda warga Itali tergamak mencampak bayinya ke lantai ketika bergaduh dengan teman lelakinya di sebuah hotel di Romania, menyebabkan mangsa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). 

Wanita yang tidak didedahkan identitinya itu, tinggal di hotel tersebut selepas terkandas di negara berkenaan susulan pelaksanaan perintah berkurung bagi mengekang penularan wabak Covid-19. 

Kejadian itu turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) hotel yang terletak di bandar Timisoara, Romania barat.

Menurut laporan media tempatan, wanita berkenaan tinggal di hotel itu semenjak melahirkan bayinya (pramatang) di Hospital Bersalin Bega, dua bulan lalu. Kedatangannya ke bandar itu untuk menziarahi teman lelaki yang juga merupakan bapa kepada bayinya. 

Bayi pasangan itu yang dilahirkan pra-matang terpaksa ditahan di hospital untuk pemantauan doktor sebelum dipindahkan ke Hospial Louis Turcanu dan tidak lama selepas itu, bayi berkenaan dibenarkan pulang. 

Bagaimanapun, wanita berkenaan tidak dapat pulang ke Itali ekoran perintah berkurung yang dilaksanakan dan terpaksa menetap di hotel di mana kos penginapan dibiayai oleh ibu bapanya. 

Bapa kepada bayi itu sering datang melawat tetapi difahamkan pasangan berkenaan bertengkar sebelum kejadian itu berlaku. 


Bayi itu kemudian menjalani pemeriksaan bagi memastikan dia tidak mengalami sebarang kecederaan serius pada kepala dan tulang belakangnya. Hasil pemeriksaan mendapati, mangsa mengalami kecederaan otak traumatik. 

Mangsa kini ditempatkan di ICU dan masih dirawat di Hospital Louis Turcanu.

Sementara ibunya yang berusia 21 tahun, yang juga mempunyai anak berusia tiga tahun di Itali, ditahan untuk siasatan lanjut. 

Sumber: Daily Mail


from The Reporter https://ift.tt/3c5pzZt
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger