Home » , » 'Saya tak tahan tengok dia tukar baju' - Alasan suspek rogol rakan sekerja

'Saya tak tahan tengok dia tukar baju' - Alasan suspek rogol rakan sekerja

shamsulazlan | 00:24 | 0 comments

Seorang gadis berusia 16 tahun di Banjarbaru, Kalimantan Selatan, menjadi mangsa rogol oleh rakan sekerjanya sendiri yang berusia 36 tahun. 

Sumber polis berkata, suspek telah ditahan tidak beberapa lama selepas kejadian itu berlaku. 

Ketika disoal siasat, suspek mengakui melakukan perbuatan itu atas alasan tidak dapat menahan nafsunya sebaik saja mengetahui mangsa sedang menukar pakaian. 

Selain berjaya menahan suspek, polis turut merampas beberapa barang bukti seperti baju dan pakaian dalam mangsa. 

"Suspek melakukan perbuatan itu kerana tergoda melihat mangsa yang sedang menukar pakaian yang membuatkan dia tidak dapat menahan nafsu dirinya," kata polis. 

Setelah puas melampias perbuatan jijiknya itu, suspek terus melarikan diri. Mangsa terus pulang ke rumah dan memaklumkan kejadian itu kepada keluarga yang kemudian membuat laporan polis. 

Suspek kini berdepan dengan hukuman penjara 15 tahun jika disabit kesalahan. 

Sumber: Kompas


from The Reporter https://ift.tt/2YqOLpV
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger