Seorang wanita berkongsi mengenai kisah hidupnya yang mula terjebak dengan aktiviti penyalahgunaan dadah jenis kokain dan heroin sejak usia 15 tahun dan pernah mengalami overdose sebanyak 19 kali sehingga mengubah penampilan dirinya.
Madison McManus, 29, mengakui kehidupannya berubah setelah dipengaruhi oleh teman lelaki yang memperkenalkannya dengan pelbagai jenis dadah ketika remaja, membuatkan dia merempat menjadi gelandangan pada usia 20 tahun.
Dia pernah ditahan beberapa kali oleh pihak berkuasa dan menjalani kehidupan di jalanan sebelum mengambil keputusan untuk berubah dan bebas dari dadah.
Madison yang berasal dari New Jersey, juga hamil ketika berusia 18 tahun. Dia terpaksa menyerahkan anak perempuannya kepada badan kebajikan disebabkan ketagihannya yang tidak terkawal.
Kini, ibu satu anak itu kembali ke pangkuan keluarganya dan sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan terhadap anak perempuannya yang berusia sembilan tahun.
Lapor The Sun, Madison berjaya menangani masalah ketagihannya itu dengan bantuan dari pihak NGO dan kini dia mahu berkongsi mengenai pengalaman hidupnya itu dengan harapan dapat membantu orang lain agar tidak mengulangi kesilapan yang dia pernah lakukan.
"Kepada sesiapa yang sedang berjuang, masih ada harapan. Ada jalan penyelesaian untuk masalah ketagihan ini. Sebelum ini saya menjalani kehidupan yang penuh kesengsaraan dan pernah terfikir tidak akan berjaya keluar dari kehidupan seperti itu.
"Tetapi bila saya sudah nekad, saya cari kehidupan baru dan saya menemuinya. Jika ada bantuan, pegang dan jangan lepaskan," katanya.
Sumber: The Sun
from The Reporter https://ift.tt/3uPIJx7
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment