Seorang YouTuber maut ditikam teman wanitanya dalam kejadian yang berlaku di Wisma Topaz, Kecamatan Panakkukang, Kota Makassar, Indonesia pada jam 5 pagi Jumaat lalu, 5 Mac 2021.
Ari Pratama, 20, yang mempunyai lebih 16,000 followers maut ditikam oleh Aisyah Alfika, 20, menggunakan pisau dapur yang dibawanya dari rumah.
Ketua Unit Siasatan Jenayah Kecamatan Panakkukang, Iqbal Usman berkata, pihaknya berjaya menahan suspek yang ketika itu mahu melarikan diri melalui tangga.
Berdasarkan fakta kes, Ari dan Aisyah berkenalan melalui media sosial dan menjalinkan hubungan selama tujuh bulan. Dalam tempoh itu, pasangan berkenaan kerap melakukan hubungan intim seperti suami isteri, setiap kali bertemu.
Biarpun telah melakukan hubungan intim selama beberapa kali, Aisyah selalu terasa dirinya diabai dan dipermainkan oleh Ari yang membuatkan dia berasa sakit hati yang membawa kepada timbulnya perasaan dendam.
Lebih menyakitkan, Aisyah mendakwa Ari pernah berjanji mahu mengahwininya. Tetapi janji-janji itu hanya sekadar kata-kata manis di mulut. Dari situ Aisyah mula merancang untuk membunuh Ari, malah menyediakan pisau untuk membunuh lelaki itu. Tetapi perancangannya selalu menemui kegagalan.
Sehingga pada hari kejadian, Ari menghubungi Aisyah dan mengajaknya berjumpa. Aisyah meminta izin dari bapanya untuk keluar rumah dengan alasan mahu membeli sesuatu di pasar raya. Setelah bertemu, Ari dan Aisyah mendaftar masuk ke sebuah tempat penginapan.
Seterusnya pasangan itu pergi ke bilik bernombor 214 di tingkat dua bangunan berkenaan. Ketika Ari sedang tidur, Aisyah mengambil kesempatan itu untuk menikam dadanya menggunakan pisau membuatkan Ari terbangun.
Jam 5 pagi, video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan Ari yang tidak berpakaian tiba-tiba keluar dari bilik itu sambil memegang bahagian dadanya berlumuran darah dan terus berjalan perlahan ke kaunter di tingkat satu. Seketika kemudian, suspek juga dilihat keluar dari bilik yang sama dan masuk ke bilik bersebelahan untuk bersembunyi.
Ari memaklumkan kepada kakitangan di kaunter mengenai apa yang berlaku dan meminta bantuan daripada mereka sebelum berjalan keluar daripada bangunan itu yang akhirnya terjatuh tidak sedarkan diri serta disahkan meninggal dunia.
Polis tiba di tempat kejadian tidak beberapa lama kemudian dan berjaya menahan Aisyah yang ketika itu mahu melarikan diri melalui tangga. Polis turut merampas sebilah pisau yang digunakan Aisyah dalam kes pembunuhan terancang itu.
Ketika disoal siasat, Aisyah mengakui dia menikam Ari kerana dendam yang berpunca dari sikap Ari tidak serius dalam perhubungan mereka.
Bedah siasat juga menemui beberapa kesan luka tikaman di bahagian dada yang dipercayai menjadi punca kematiannya.
"Sakit hati pak, dia mau meninggalkan saya," kata Aisyah.
Kes masih dalam siasatan polis. - Agensi
from The Reporter https://ift.tt/3kU66AU
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment