Home » , » Anak komplot dengan ibu, racun isteri sampai mati kerana tak izin suami kahwin lagi

Anak komplot dengan ibu, racun isteri sampai mati kerana tak izin suami kahwin lagi

shamsulazlan | 20:24 | 0 comments


Seorang isteri dan ibu kepada tiga orang anak mati dibunuh oleh suaminya, Mohsin Hayat dengan bantuan ibunya kerana tidak memberi izin untuk berkahwin kali kedua di Chiniot, Pakistan. 

Bapa saudara mangsa, Nawazish, telah melaporkan kejadian itu di Balai Polis Lalian yang terletak di daerah Kot Ismail selepas mendapati mangsa dibunuh dengan tanpa belas kasihan oleh suaminya dan keluarga mertuanya. 

Menurut laporan tersebut, Mohsin dengan bantuan ibunya memaksa mangsa, Aniqa, meneguk air beracun setelah dia menolak hasrat suspek untuk berkahwin kali kedua. 

Pasangan itu sudah mendirikan rumah tangga selama lapan tahun dan dikurniakan dua anak perempuan dan seorang anak lelaki. 

Difahamkan, si ibu yang mahu suspek berkahwin lagi dan perkara itu menyebabkan pasangan itu sering bergaduh. 

Menurut laporan, Aniqa juga didera secara fizikal oleh Mohsin yang tidak berpuas hati dengan keengganan Aniqa untuk bermadu. 

Sumber: MSN News



from The Reporter https://ift.tt/2Zbb4zL
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger