Home » , » 'Dulu selalu post gambar selfie sehinggalah saya jatuh sakit (penyakit ain)'

'Dulu selalu post gambar selfie sehinggalah saya jatuh sakit (penyakit ain)'

shamsulazlan | 00:34 | 0 comments

Dunia media sosial sememangnya meriah dengan pelbagai perkongsian gambar, kisah, info dan sebagainya. Tidak kurang juga ada golongan yang gemar berkongsi gambar dirinya setiap hari di media sosial. Tetapi tahukah anda bahawa di dalam keasyikkan memuat naik gambar itu, ada yang berasa kurang senang sehingga menimbulkan rasa benci menyebabkan empunya gambar terkena penyakit ain?

Baca perkongsian wanita ini di bawah. Semoga memberi manfaat dan terimalah nasihat daripada beliau sebagai peringatan bersama. 

DULU saya selalu post gambar di media sosial. Sehinggalah satu hari itu saya pelik kenapa saya selalu jatuh sakit. Sakit yang tiba-tiba dan sakit yang pelik-pelik. 

Kemudian saya kerja dengan seorang bibik Indonesia. Dia kata, "Ada orang hantar sesuatu pada awak supaya kecantikkan atau seri muka awak itu ditarik perlahan-lahan". 

Pada awalnya saya abaikan apa yang dia cakap sebab saya tak percaya dengan benda-benda seperti ini. 

Badan saya naik merah-merah yang banyak, yang meninggalkan parut kekal. Daripada kaki sampai ke tangan. Saya rasa malu sangat-sangat. 

Keesokkan harinya, ibu bawa saya pergi berjumpa dengan seorang ustazah. Saya tidak pernah mengenali dia tetapi dia kata, kurangkan post gambar ke apa, banyakkan membaca Quran dan jangan tinggalkan solat. 

Kemudian dia ada bercakap mengenai penyakit Ain. Penyakit yang bila mana orang pandang kita tetapi penuh dengan kebencian.

Apa yang terjadi apabila dah terkena penyakit ain? Bermacam-macam penyakit akan muncul dan penyakit ini agar sukar untuk dirawat. 

Bila kita post gambar kita ke, apa ke, kita tidak tahu bahawa ada orang yang dengki, benci apa semua kita tidak tahu. Tetapi bila sudah terkena pada diri sendiri barulah saya faham kenapa Islam menyuruh kita mengamalkan sikap Qanaah dan mengapa Islam betul-betulkan hadkan sesetengah perkara itu pada golongan wanita. 

Saya sudah melaluinya. Sama ada anda nak percaya atau tidak, itu semua terpulang keada diri anda masing-masing. Tetapi sekali lagi, ini hanya sekadar nasihat. 

Sumber: Vouzdiel


from The Reporter https://ift.tt/35MkNNf
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger