Home » , » (Video) Ibu buang bayi perempuan dari jambatan selepas bertengkar dengan ibu mertua

(Video) Ibu buang bayi perempuan dari jambatan selepas bertengkar dengan ibu mertua

shamsulazlan | 19:46 | 0 comments

Tergamak seorang ibu di Shaanxi, China, membuang bayi perempuannya dari jambatan selepas bertengkar dengan ibu mertuanya. 

Dalam kejadian 3 Ogos lalu, suspek, Zhou, menziarahi ibu mertuanya untuk menguruskan hal berkaitan dengan pengebumian mendiang bapa mertuanya. 

Sebelum Zhou keluar dari rumah, dia bertengkar dengan ibu mertuanya itu mengenai hal rumah. 

Zhou yang sejak dari dulu lagi tidak 'sekepala' dengan ibu mertuanya mengakui kemarahannya tidak terkawal ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah. 

Tiba di jambatan itu, dia melepaskan kemarahan dengan membuang bayinya berusia 10 bulan dari ketinggian 10 meter ke dalam sungai. 

Zhou kemudian cuba membunuh diri tetapi segera dihalang orang awam yang berada di tempat kejadian sebelum diserahkan kepada pihak polis. 

Pihak berkuasa dipanggil ke lokasi untuk mencari dan menyelamatkan mangsa. 


Sumber: AsiaOne


from The Reporter https://ift.tt/2OIcSNM
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger