Seorang wanita cedera selepas terjatuh dari motosikal ketika diragut oleh dua penjenayah dalam kejadian yang berlaku di Kampung Pauh Sebanjar, Simpangan, Tumpat, pada jam 7:20 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud berkata, mangsa berusia 22 tahun mengalami luka di lutut, kaki, tangan dan muka.
Sebelum kejadian itu, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Dash dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Bendang Pak Yong, dari tempat kerja.
Ketika melalui kawasan selekoh, mangsa didatangi dua lelaki yang menaiki motosikal mengekori mangsa dari belakang.
Salah seorang suspek kemudian terus menyambar beg duit mangsa yang diletakkan di bakul motosikalnya.
Tidak cukup dengan itu, suspek bertindak menolak motosikal mangsa menyebabkan wanita itu hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan.
Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kerugian kira-kira RM1,700 yang membabitkan wang tunai RM200 dan seutas rantai emas.
Usaha mengesan suspek sedang giat dilakukan dan kes disiassat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.
Sementara itu di Facebook, mangsa meluahkan rasa kemarahannya terhadap dua suspek terbabit.
"Kepada peragut. Mu berjaya ragut beg duit aku. Segala-segalanya mu brjaya. Takpoo, mu ingat dehh, aku takkan halal dunia akhirat mu make duit hasil titik peluh aku.
"Mu make lah, mu make duit haram tuu. Hari ni mungkin hari muu lagi. Takpo, lamo-lamonyo bucit la tu perut muu. Biaa nyo bucit sapa pecoh.
"Kijoo malahh tauu nak amek hak ore jahh. Takpo, aku tak mampu balas. Tuhan ada. Tuhan akan balas semuanya. Tak arini, esok. Tak esok, lusa. Gitulah," katanya.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter http://bit.ly/2V9RZxU
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment