Home » , » Padah Main Game, Lelaki Lumpuh Separuh Badan

Padah Main Game, Lelaki Lumpuh Separuh Badan

shamsulazlan | 04:37 | 0 comments

Menurut portal Sohu, lelaki 40 tahun itu sering bermain permainan digital di telefonnya sehingga dua ke tiga jam lamanya.

Khabarnya, bermain telefon sambil baring merupakan kebiasaan buat lelaki yang berasal dari Chengdu itu untuk melepaskan lelah setelah habis waktu bekerja.

“Sibuk sepanjang hari dan hanya dapat berehat sejam atau dua jam pada tengah hari. Pada waktu malam, saya akan berehat sambil memegang telefon bimbit dua ke tiga jam,” katanya dipetik portal itu.

Namun, malangnya perkara tersebut telah mengakibatkan badannya dari bahagian perut ke bawah tidak dapat digerakkan.

Menurut doktor yang merawatnya, Wang mengalami cervical spondylosis (sakit tulang leher) yang turut menjejaskan tulang belakangnya.

Tambahnya lagi, pekerjaan Wang sebagai seorang pengusaha restoran mi memburukkan lagi keadaan kesihatannya.

Ini kerana tuntutan kerjanya memaksa Wang untuk berdiri dengan lama dan pada masa yang sama menundukkan kepala dan membengkokkan leher.

Menurut laporan portal itu lagi, Wang telah menangguhkan temu janji doktor sekali gus mengakibatkan dia lumpuh separuh badan dengan tiba-tiba.

Bagaimanapun, satu pembedahan kecemasan telah dijalankan dan dilaporkan keadaan Wang semaking pulih.

Namun, doktor tersebut tidak berani jamin jika Wang mampu pulih sepenuhnya akibat penyakit yang ditanggungnya itu.

 

The post Padah Main Game, Lelaki Lumpuh Separuh Badan appeared first on The Coverage Edisi BM.



from The Coverage Edisi BM http://ift.tt/2AIakap
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger