Home » , » Nur A'liyah lari ikut teman lelaki ke KL rupanya

Nur A'liyah lari ikut teman lelaki ke KL rupanya

shamsulazlan | 04:56 | 0 comments

Remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang oleh bapanya selepas motosikal ditunggangnya ditemui berdekatan kawasan estet di Yong Peng, Johor, jam 9.30 pagi semalam, disahkan selamat dan berada di Kuala Lumpur, lapor Harian Metro

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, kes itu dianggap selesai dan berdasarkan rekod, Nur A'liyah pernah melakukan perbuatan itu untuk kali ketiga mengikut teman lelakinya ke Kuala Lumpur. 

Bapanya, Haslan Hamidan, 45, dalam perjalanan ke ibu negara untuk mengambil anak sulung daripada empat beradik itu. 

Terdahulu, Haslan mendapati anaknya hilang selepas motosikalnya ditemui polis. Polis juga memaklumkan menemui kunci motosikal dan diari milik Nur A'liyah. 

Menurut rakan-rakan di tempat kerja anaknya memberitahu anaknya sebelum ini ada mengadu diekori beberapa hari sebelum kejadian. 

"Kali terakhir saya berhubung dengannya melalui WhatsApp dan saya berpesan bangun solat Subuh dan berharap ujian (berkomputer JPJ) kali ini lulus selepas gagal dua kali sebelum ini. 

"Dia membalasnya berserta dengan gambarnya yang sudah bersiap. Tetapi mesej kali kedua tidak dibaca sehingga ke hari ini. Malah, nombornya tidak dapat dihubungi. 

"Kami risau dan memohon pertolongan orang ramai bagi mengesannya," katanya. 


from The Reporter http://ift.tt/2jSmnHD
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger