Home » , » Bayi Hidup Semula Sebelum Dikebumikan

Bayi Hidup Semula Sebelum Dikebumikan

shamsulazlan | 06:37 | 0 comments

NEW DELHI – Satu pasangan suami isteri terkejut apabila bayi mereka yang meninggal dunia tidak lama selepas dilahirkan tiba-tiba hidup semula ketika dibawa untuk dikebumikan.

Varsha Bidawat, 21, melahirkan sepasang bayi kembar tidak seiras yang tidak cukup bulan di sebuah hospital swasta di Shalimar Bagh pada 30 November lalu.

Bayi perempuan disahkan meninggal dunia tidak lama selepas dilahirkan dan bayi lelaki itu pula meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Suami Varsh, Aashish Kumar berkata, selepas memaklumkan kematian anak kembarnya, doktor membungkus mayat bayi itu dan diletakkan di dalam plastik.

Ujarnya, ketika mayat anaknya dibawa ke tempat pengebumian tiba-tiba plastik yang mengandungi bayi lelaki tiba-tiba bergerak.

“Kami terus menghentikan kereta dan membuka bungkusan itu sebelum mendapati bayi itu bergerak-gerak.

“Kami kemudian terus bergegas ke sebuah hospital berhampiran dan doktor memaklumkan bayi lelaki itu masih hidup,” katanya.

Ujarnya, bayi seberat 75 gram itu kini ditempatkan di unit rawatan rapi untuk kanak-kanak.

Sementara itu, pihak berkuasa memberitahu, kes itu sedang disiasat dan pihak hospital terbabit mungkin dikenakan tindakan sekiranya didapati cuai.

 

The post Bayi Hidup Semula Sebelum Dikebumikan appeared first on The Coverage Edisi BM.



from The Coverage Edisi BM http://ift.tt/2zLWO1C
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger